CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23307|Reply: 151

Talkin baru habis dibaca, sudah tanya fasal harta

[Copy link]
Post time 20-11-2012 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Bukan hendak bersikap skeptikal, cuma kadangkala Cik Normah berasakan, orang yang kelihatan baik pada luarannya belum tentu boleh dipercayai.

Berpakaian sopan santun, bertutup litup sana-sini mungkin sekadar untuk mengaburi mata orang lain. Hakikatnya, di sebalik imej baik itu terselindung perangai yang agak meloyakan juga.
Cik Normah akui, sebelum menceburi bidang kewartawanan, Cik Normah cukup mengagumi vokalis sebuah kumpulan ini. Bagaimanapun, setelah sekian lama bergelumang dalam bidang ini dan bercampur gaul dengan orang seni, Cik Normah dapati ramai yang tidak ikhlas dan hanya berpurapura.

Macam sikap vokalis tadi, sudah beberapa kali kisah mengenai sikap buruknya singgah ke telinga Cik Normah. Sekali dua memang Cik Normah tak ambil pusing, tapi kalau sudah berkali-kali disogokkan cerita sama, Cik Normah yakin cerita itu bukan rekaan. Sebaliknya si vokalis itu memang individu yang bermasalah.

Baru-baru ini Cik Normah mendapat berita bapa mentua vokalis itu meninggal dunia. Masalahnya, baru saja talkin habis dibacakan, si vokalis sudah mula sibuk bertanyakan kepada ipar-duai soal pembahagian harta.

Terkejut meraklah Cik Normah.

Yalah, apa hak dia untuk bertanya sedangkan hakikatnya dia hanyalah ‘orang luar’. Kenapa tergamak dia mengajukan soalan sebegitu rupa, walhal dia tahu yang saudara-mara isterinya masih bersedih.
Mujur juga mukanya tidak ditumbuk oleh ipar-duai, sebab mereka bukan pendek akal macam dirinya. Barangkali tidak mahu memalukan nama baik keluarga, mereka pendamkan saja kemarahan itu.

Kalau tidak, memang sudah makan penumbuk rasanya vokalis ini.

Bagaimana agaknya perasaan isteri artis itu? Mungkin dia menanggung malu dengan sikap tamak suaminya.

Tak tahulah kenapa dia tidak sabar nak kejar harta? Takkanlah tak ada duit langsung, sedangkan album ketika bersama kumpulannya dulu cukup laris.

Agaknya, ketika laris dulu, dia tidak tahu hendak menyimpan. Jadi, apabila nampak peluang untuk dapat duit, dia pun jadi tak tentu hala. Sepatutnya dia beringat sejak dulu, waktu masih popular, bukan sekarang baru hendak bergolok-bergadai sampai memalukan orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 12:16 PM | Show all posts
sah jahil...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 12:17 PM | Show all posts
peachRose posted on 20-11-2012 12:16 PM
sah jahil...

tulaaa... rete bapak mertua pulak tu...



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:18 PM | Show all posts
sape vokalis yg gelojoh sgt tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:20 PM | Show all posts
apa daaa....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:21 PM | Show all posts
talkin ka harta ka apa ka...yg penting...siapa dia neh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2012 12:23 PM | Show all posts
peachRose posted on 20-11-2012 12:16 PM
sah jahil...

sebenarnya orang jahil yang melambat lambatkan urusan pembahagian harta pusaka

kalau dia bijak... dia akan selesaikan awal.. sbbnya.. selagi urusan pusaka tak selesai.. agak sukar utk  yang pergi utk "tenang" di "sana"

pengajian pesaka tengahari ini ... sekadar menyampaikan ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:23 PM | Show all posts
baca cite ni terus terbayang amy search..aku pun x tau sb ape..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 12:24 PM | Show all posts
di sinilah silap melayu, melengah2kan bab permbahagian pusaka.......kononnya bila ada yg bertanya paszal harta itu gila harta sedangkan kubur masih merah katanya......

sedangkan dlm islam kita dianjurkan agar menyegerakan apa2 yg berkaitan dgn si-mati sama ada hutang atau pun harta....sbb tu laa kita digalakkan oleh junjungan besar agar berwasiat sebelom tidur agar tidak timbul permasalahan pusaka.......

bab pusaka nih bila dilengah2kan akan menjadi susah.....bila semua dah balik dan bertemu utk menguruskan jenazah adalah antara masa yg paling sesuai utk berbincang perihal pusaka harta si mati....nnt bila dah semua balik ke tempat masing2 nak berjumpa balik dah susah masing2 ada kerja dan kerjaya harian yg memerlukan komitmen......nnt semua akan lepas tangan suruh orang lain selesaikan sedangkan bab pusaka memerlukan pernglibatan semua waris...

nnt bila generasi pertama gagal menguruskan bab pusaka turun ke generasi kedua dan seterusnya maka proses akan menjadi semakin rumit....sbb tu laa di amanah raya nilai pusaka yg tidak dituntut bernilai berbillion2 ringgit.....

jd aku rasa melayu perlu ubah mindset kononnya pada hari pengebumian jenazah si mati tidak wajar utk dibicarakan isu hata peninggalannya sbb semakin lama tertangguh bermakna kezaliman atas yg berhak dan juga si mati....sudah2 ler dgn ungkapan "Kubur masih basah dah bincang pasal harta" yg sepatutnya dibuang jauh dari minda kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 12:24 PM | Show all posts
luve posted on 20-11-2012 12:23 PM
baca cite ni terus terbayang amy search..aku pun x tau sb ape..hehe

bapak mertua die baru meninggal ker?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 12:26 PM | Show all posts
axl_bach posted on 20-11-2012 12:24 PM
di sinilah silap melayu, melengah2kan bab permbahagian pusaka.......kononnya bila ada yg bertanya pa ...

oh yeker?

pembelajaran utk arini..

terima kasih untuk info...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:26 PM | Show all posts
bapak mertua Amy baru meninggal dunia kan baru2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:26 PM | Show all posts
otomantaro posted on 20-11-2012 12:23 PM
sebenarnya orang jahil yang melambat lambatkan urusan pembahagian harta pusaka

kalau dia bijak. ...

yup, yg jahil saja yg masih ikut budaya "Kubur masih basah dah nak bincang pasal harta" sedangkan dlm harta peninggalan si mati ada byk yg berhak dan semuanya perlu diselesaikan dgn cepat sebagai satu usaha kita yg hidup membantu si mati.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:28 PM | Show all posts
otomantaro posted on 20-11-2012 12:23 PM
sebenarnya orang jahil yang melambat lambatkan urusan pembahagian harta pusaka

kalau dia bijak. ...

aku tahu
tapi dia ni pangkat menantu jer..
kalau anak si mati yg kecoh aka bini dia...
logik le..
lagi pun bukan kena setel hutang piutang dulu baru boleh bahagi reta yg lelebih tu?


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:28 PM | Show all posts
ceramah agama memang betul aku dengar kena selesai siap2 pasal harta pusaka nih............walaupun nampak zalim kena percepatkan urusan nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:29 PM | Show all posts
otomantaro posted on 20-11-2012 12:23 PM
sebenarnya orang jahil yang melambat lambatkan urusan pembahagian harta pusaka

kalau dia bijak. ...



sebab itu kita digalakkan membuat wasiat...tuk memudahkan pembahagian harta....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 12:30 PM | Show all posts
axl_bach posted on 20-11-2012 12:26 PM
yup, yg jahil saja yg masih ikut budaya "Kubur masih basah dah nak bincang pasal harta" sedangkan  ...

termasuk jahil ialah.. wartawan sangap yg tak mau belajar ilmu ni... tahu type gussip aje..

gunalah tenaga utk perbetulkan keadaan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:31 PM | Show all posts
kucen posted on 20-11-2012 12:26 PM
oh yeker?

pembelajaran utk arini..

just my nickel......tp utk cerita nih macam x wajar laa dia sebagai menantu yg bangkitkan.....mungkin dia just bangkinkan isu nih kepada isterinya sj agak masalah pembahagian pusaka disegerakan.....kita xtau niat dia bleh jadi dia memang nakkan harta bahagian isterinya ataupun memang dia memandang berat permasalahan pembahagian pusaka yg akan menjadi maha rumit jika ditangguh2kan.......

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:32 PM | Show all posts
peachRose posted on 20-11-2012 12:28 PM
aku tahu
tapi dia ni pangkat menantu jer..
kalau anak si mati yg kecoh aka bini dia...

mmglah menantu..mungkin dia tahu dia bercakap bagi pihak isterinya...

ipar pun sama jahil gak.. maka terkeluarlah cerita keluarga ke wartawan yg sama jahil gak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:32 PM | Show all posts
mungkin cara dia tanya tu nak mengingatkan mereka.. bukan tanya yg mcm "eh brapa byk kita dpat harta abah ni?" cik normah ni xda kat situ, so jgn la assume bukan2.. sapa la yg bukak mulut ni kan...hurmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.238239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list