CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13229|Reply: 20

'SARJAN MISAI' IN REALITY

[Copy link]
Post time 11-12-2012 12:00 AM | Show all posts |Read mode
BAPAK AKU PERNAH CERITA..YANG 'SARJAN MISAI'' SEBENAR MEMANG WUJUD DULU KAT KL...
BELIAU memang anggota polis yang jaga lalu lintas kat kl dulu....BELIAU TERKENAL JUGAK DI KALANGAN
WARGA KL....SEBAB TU ADE WATAK DIA CERITA DRAMA POLIS RODA2 KL....







Bergambar kenangan dengan pelakon Gerak Khas yang mirip wajahnya, A. Galak.


MELIHAT kepada raut wajahnya, mungkin ramai yang akan terpedaya dan menyangka lelaki ini adalah pelakon drama bersiri Gerak Khas yang terkenal dengan imej misai melentingnya iaitu A. Galak.
Malah, pernah beberapa kali dia ditegur oleh orang ramai yang menjerit-jerit memanggilnya dengan nama watak yang dilakonkan dalam drama itu iaitu Sarjan Misai.
“Saya bukan A. Galak atau Sarjan Misai. Saya adalah SI Kamal Misai. Mungkin sudah ditentukan Tuhan saya dikurniakan penampilan yang seiras dengan watak terkenal itu,” demikian kata Sub Inspektor (SI) Kamaruddin Kamsa setiap kali ada yang menyangka dialah yang memegang watak yang tidak kurang penting dalam drama bersiri popular itu.
Raut wajahnya yang bujur selain mempunyai misai yang melentik ke atas sering mengingatkan kita dengan watak Sarjan Misai yang dilakonkan A. Galak atau Zakaria Ahmad.

Keunikan misainya itu menyebabkan Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai SI Kamal terkenal di kalangan pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan masyarakat di sekelilingnya.
Menurutnya, bermisai di kalangan pelatih mahupun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dihalang. Namun, setiap anggota atau pegawai tidak boleh menyimpan misai yang melebihi atau menutupi bibir selain memastikan ia sentiasa kemas.
Namun, anggota dan pegawai polis tidak dibenarkan menyimpan jambang atau janggut.
Misai Kamal yang melentik itu dijadikan sebagai identiti bagi memudahkan orang mengenalinya memandangkan hanya beliau sahaja yang mempunyai misai seperti itu.
Berbicara mengenai tugasnya, Kamal merupakan individu yang bertanggungjawab melatih dan memberi tunjuk ajar seni mempertahankan diri, kawad dan latihan jasmani kepada pelatih Pulapol.
Beliau yang bertugas sebagai jurulatih di Kem Komandan Pulapol Jalan Semarak sejak 1977 sememangnya seorang yang komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugasnya.
“Setiap kali bertugas, saya akan pastikan semua pelatih menjalani rutin harian mengikut apa yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka gagal mematuhinya, tindakan akan diberikan tanpa mengira siapa,” katanya.
Maka tidak hairanlah wajahnya yang garang dan tegas membuatkan setiap pelatih baru melangkah masuk ke Pulapol akan kecut perut.


Namun, Kamal menyanggah semua dakwaan itu dan menyatakan dia sebenarnya mempunyai peribadi dan perwatakan seorang yang penyayang.
Menurutnya lagi, tanggungjawab melatih bakal polis merupakan satu amanah yang cukup berat untuk dipikul bagaimanapun, beliau tidak pernah mengeluh malah menganggapnya ia sebagai tugas yang mencabar dirinya.
Antara latihan yang diberikan kepada pelatih termasuk berkawad, teknik asas bela diri, kaedah berlawan, cara membuat tangkapan dan bertempur.
Katanya, seseorang pelatih perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk bergelar polis.
“Salah satu kriteria yang perlu ada pada polis ialah mempunyai daya tahan yang tinggi. Sekiranya dalam latihan mereka tidak mempunyai tahap fizikal dan mental yang kuat bagaimana mereka hendak mempertahankan negara suatu hari nanti.
“Justeru, pelatih perlu menjalani pelbagai latihan fizikal, jasmani dan rohani supaya apabila turun beraksi ke gelanggang umum, mereka akan bersedia dan tabah menghadapi segala cabaran yang dilalui,” ujarnya.
Beliau juga sangat menekankan aspek penampilan dan tingkah laku yang baik kepada pelatih apabila hendak menjadi polis.
Menurutnya, di kaca mata masyarakat, polis adalah individu yang penuh disiplin serta bertanggungjawab di dalam mencegah jenayah dan menjaga keamanan negara.
Beliau beliau juga aktif dalam Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia. Beliau ditugaskan sebagai jurulatih silat dalam pertubuhan tersebut dan telah mengajar ramai pesilat.
Kepakaran dan pengalamannya selama 35 tahun dalam seni silat gayung membolehkan beliau diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Seni Gayung Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam sandang tertinggi iaitu Khalifah Besar.
“Seluruh ahli keluarga saya juga turut mempelajari seni silat gayung,” katanya.
Kamal diberi kepercayaan untuk menjadi wasit, juri dan ketua dalam beberapa pertandingan silat peringkat kebangsaan.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di dalam Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) pada tahun 1995.
Walaupun tugasan banyak dilakukan di dalam pulapol namun, beliau juga tidak ketinggalan untuk menyertai pelbagai misi bantuan antaranya misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Batambang, Kemboja dan misi menyelamat di Jambi, Sumatera Selatan di Indonesia.
Beliau turut terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa bencana di negara kita.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 12:15 AM | Show all posts

sakai gila muka sarjan hassan nih. kahkahkah!

dah aku nak chow tido.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 07:46 PM | Show all posts
aku geli ngam lelaki bermisai ...nasib baek cik abg aku x bermisai syg abg aku...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 11:10 PM | Show all posts
wahhh serupaaaa.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 11:34 PM | Show all posts
Misai derang je serupa...klu raut muka tak de la iras sgt pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2012 10:43 AM | Show all posts
Pailang posted on 11-12-2012 12:15 AM
sakai gila muka sarjan hassan nih. kahkahkah!

dah aku nak chow tido.

tak baik la kau cakap sakai


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2012 05:05 PM | Show all posts
tang misai mmg nmpk sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 04:16 PM | Show all posts
aku ingat adik beradik abg galak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2012 04:56 PM | Show all posts
lejen
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:39 PM | Show all posts
kembar x seiras
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:59 PM | Show all posts
suka lelaki ada misai....encem....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 01:13 AM | Show all posts
Alamak sekali tok guru silat aku daaaa... cikgu Kamal
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 03:29 AM | Show all posts
Aku cukup respek la background pakcik misai ni. Achievements beliau tu dari dulu sampai skang tu yang membuatkan aku boleh letak pakcik ni dalam kategori Lelaki Macho.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 09:34 PM | Show all posts
La.. Character tu bkn fiction semata2. Sama plk tu muka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 03:31 PM | Show all posts
memang terbaik arrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 09:54 PM | Show all posts
muka tak berapa nak serupa macam misai mereka. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku knl sgt2 pkcik ni..bapak aku pn knl..aku tgl kt pulapol dr thun 1980 tpi ng pkck ni aku biase2 je xlah tkut sgt..pakck ni baik tau ng budk2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 10:42 PM | Show all posts
laa ada yg original version rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm kembar dua2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 11:15 AM | Show all posts
macam kembar...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.059372 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list