CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19860|Reply: 20

Suami lafaz cerai taklik ketika marah

[Copy link]
Post time 19-3-2013 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Dua tahun lalu, akibat perselisihan faham, suami saya ada melafazkan kata: “Aku ceraikan kau… Bila kau nak? Sekarang? Esok?”
Apa yang saya faham ialah suami dengan niat mahu menceraikan saya, tetapi apabila waktunya bergantung kepada saya. Waktu itu saya hanya mendiamkan diri supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dan mengelak kemungkinan dicederakan.

Bagaimanapun, selang beberapa minggu kemudian saya ada minta diceraikan 'sekarang' kerana tidak tahan sikap barannya.

Selepas itu ada juga insiden dia melafazkan taklik, tapi tidak habis dan saya faham apa yang dimaksudkan. Dia juga pernah ucapkan selamat tinggal kepada saya.

Terlalu banyak yang keluar daripada mulut suami menjurus kepada perpisahan. Persoalannya adakah kami masih sah sebagai suami isteri dengan merujuk ucapan: “Aku ceraikan kau…Bila kau nak? Sekarang? Esok?”

Sehingga hari ini jiwa saya menganggap dia bukan suami, malah secara spontan saya menolak apabila dia cuba menyentuh saya.

Saya menjerit ketakutan kerana jiwa saya sudah menganggap dia sebagai orang lain. Jiwa saya kuat mengatakan yang kami bukan suami isteri lagi.

Saya tidak ada kekuatan untuk merujuk perkara ini kepada mana-mana pihak termasuk keluarga kerana mungkin keluarga bakal memulaukan saya.

Ziela,
Johor



Pada pandangan saya kata-kata yang dikeluarkan suami bukan sangat menginginkan perceraian. Ia dikeluarkan akibat marah atas perselisihan faham dan berlaku pertengkaran antara anda berdua.

Dengan kata lain suami masih ingin tinggal bersama dengan anda dan tidak mahu menceraikan anda.

Ia lebih berbentuk ugutan dan cadangan semata-mata. Bagaimanapun, kata-kata cerai sepatutnya tidak dipermain-mainkan sama sekali.

Sebenarnya lafaz cerai ada berbentuk sarih (jelas) dan kinayah (tidak jelas). Bagaimanapun, lafaz yang disebut di atas seperti: “Aku ceraikan kau…Bila kau nak? Sekarang? Besok?” adalah bersyarat (taklik).

Kata-kata selamat tinggal berbentuk kinayah dan memerlukan niat. Ia perlu dijelaskan oleh suami puan, sama ada berniat untuk bercerai dengan kata-kata berkenaan.

Anggapan puan bukan lagi isteri kerana berasa sudah berlaku perceraian adalah persepsi sendiri.

Hanya suami dan mahkamah syariah yang akan menentukan kedudukan pernikahan puan.

Ini dapat dilakukan dengan bertanya kedudukan sebenar puan di sisi suami atau melaporkan kepada mahkamah syariah.

Sememangnya setiap pasangan tidak mahu berlaku perceraian.

Bagaimanapun, perkara sebegini perlu diselesaikan bagi meneruskan kehidupan sebagai suami isteri atau kehidupan lain apabila ternyata berlaku perceraian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 12:03 PM | Show all posts
salam... memang jatuh talak mengikut ilmu yg ada pd saya nie......lebih baik bw berbincang dgn pejabat agama yang berhampiran dan rujuk pada ahli keluarga......tp pendangan saya memang 120% talak memang dah jatuh ... Last edited by azharpac2 on 19-3-2013 01:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 12:12 PM | Show all posts
azharpac2 posted on 19-3-2013 12:03 PM
salam... memang jatuh talak mengikut ilmu yg ada pd saya nie......lebih baik puan berbincang dgn pej ...

habis tu 2 tahun ni dianggap zina free?



homaiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 12:46 PM | Show all posts
babyridz posted on 19-3-2013 12:12 PM
habis tu 2 tahun ni dianggap zina free?


rasanya memang zina lahhh kan...kan2 Last edited by azharpac2 on 19-3-2013 01:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 12:56 PM | Show all posts
azharpac2 posted on 19-3-2013 12:46 PM
sepatutnya bila puan dlm situasi mcm nie,lebih baik jgn adakan,hubungan suami isteri,atau perkar ...

eh??? ni bukan masalah iols ..

ni iols kopipes dari metro... ayoooo


http://www.hmetro.com.my/article ... etikamarah//Article

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 12:59 PM | Show all posts
Dua tahun lalu, akibat perselisihan faham, suami saya ada melafazkan kata “Aku ceraikan kau… Bila kau nak? Sekarang? Esok?”)------> NIAT TAKLIK SUDAH DIKIRA SAH DAN BERJALAN, & 2 MINGGU KEMUDIAN PUAN MINTA DILEPASKAN (jd MAMANG JATUH TALAK(pada pendapat saya) , tp pasal dosa pahala zina ,itu terserah kepada yg maha esa,. ....jika lahir zuriat pada masa ini...Subhannallah..susah nanti status anak tuh....bayangkanlah bergelumang dosa setiap saat,minute,jam,hari,minggu,bulan,tahun...... Last edited by azharpac2 on 19-3-2013 01:03 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-3-2013 01:00 PM | Show all posts
Kalau sapa2 yang ada masalah yang lebih kurang sama, boleh la buat rujukan kat sini



Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 01:06 PM | Show all posts
thats ok, kita bleh bincang perkara nie, tak kira copy dari meto ker apa ker ,tp ramai antara kita tak ada ilmu yg cukup utk membimbing keluarga mengikut syariat yg ditetapkan... Last edited by azharpac2 on 19-3-2013 01:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 01:37 PM | Show all posts
x berani nk bagi komen...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:03 PM | Show all posts
azharpac2 posted on 19-3-2013 12:59 PM
Dua tahun lalu, akibat perselisihan faham, suami saya ada melafazkan kata “Aku ceraikan kau… Bil ...

tp bukan ke lepas talak dah sah..kalau bersetubuh, dikira rujuk?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:48 PM | Show all posts
memang betul..dah dikiri rujuk..tp jika suami tak ada niat rujuk bersama isteri mcm mana??? si suami cuma nak yang tut..tut.. shj... ...susah nak jelaskan tuh.. dikhuatiri perkara yg sama berulang (diceraikan kali ke-2)...pasal tuh lah kena laporkan pada pejabat agama utk tindakan selanjutnya.. Last edited by azharpac2 on 20-3-2013 03:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:48 PM | Show all posts
walaupun setelah bersama pasangan tetap perlu failkan lafaz talak tu agar ada simpanan dipejabat untuk rujukan akan dtg.
kalau tak buat mcm ni  dan pasangan lupa berapa kali telah bercerai tentu lebih haru.

perlu rujuk pejabat agama taw
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2013 06:28 PM | Show all posts
setuju, memang perlu rujuk pejabat agama
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 06:07 PM | Show all posts
adui bahye nye kannnnnnn....

alang2 dh crite kes ni..sy nk tanye bagi pihak kawan...

cerai taklik bain sughra tu mcm mane? sy di fahamkan cerai ni xleh dirujuk dan hakim bole jatuh kan talak...
mcm mane ia berlaku? eh x bape paham..dia kne dtg mahkamah khamais 28 mac...mohon pencerahan bagi sesiapa yg tahu...dia tak pakai lawyer x mampu..bile nk amik yg lawyer kerajaan yg free tu xlepas had gaji terlebey beberape ringgit saja...tp mmg x mampu nk byr lawyers fees 3k tu... Last edited by MariaClara on 25-3-2013 06:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 05:58 PM | Show all posts
As salam. Makcik nak tanya,

suami dengar fitnah orang yg makcik ada affair, dan beri sms kat makcik yg berbunyi:

"engkau confirm akan aku ceraikan nanti"..

So, makcik nak tanya, adakah talak dah jatuh ke belum?.. regardless makcik ada affair ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 08:48 AM | Show all posts
makcikku posted on 1-4-2013 05:58 PM
As salam. Makcik nak tanya,

suami dengar fitnah orang yg makcik ada affair, dan beri sms kat mak ...

tak jatuh lg sebab ikut ayat  yg ditulis  "AKAN" bermaksud belum lagi .....tetapi lebih baik tanya suami.....untuk kepastian hati akak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 09:01 AM | Show all posts
MariaClara posted on 25-3-2013 06:07 PM
adui bahye nye kannnnnnn....

alang2 dh crite kes ni..sy nk tanye bagi pihak kawan...

talak bai'n nie bermaksud talak 3, jadi talak 3 nie memang tak boleh dirujuk kembali oleh suami isteri,hanya perlu melalui urusan mahkamah syariah,talak 3 nie sumua org maklum bahawa ...Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 06:42 PM | Show all posts
babyridz posted on 19-3-2013 01:00 PM
Kalau sapa2 yang ada masalah yang lebih kurang sama, boleh la buat rujukan kat sini

saya nak tahu lebih lanjut pasal ni.. contoh kahwin di oversea.. cth singapura.. dan lepas 2 tahun isteri minta cerai dari suami sebab suami tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.. kuasa untuk lafaz taklik oleh lelaki atau perempuan ? dan kemudian pulang Malaysia dan memfailkan taklik di mahkamah syariah.. proses nya berapa lama ? adakah sah kahwin bukan di Malaysia

minta penjelasan..



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah baca andai terniat dlm hati suami nk ceraikan isteri maka jatuhlah talak....bab ni suami yg harus jujur dgn diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 01:15 PM | Show all posts
Assalam..saya mahu tnya soalan..
semalam sy bergaduh dengan suami..suami ade lafaz cerai macm ni
1. jika kau cancel loan, jatuh talak 3
2. kalau kau mngeluh lagi selepas ni, jatuh talak.
3. kalau kau ego lagi lepas ni jatuh talak.

Adakah jatuh talak apabila sy langgar yang suami sy sebutkan tu??

minta penjelasan pleasee...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053310 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list