View: 4134|Reply: 20
|
[Tempatan]
{7} Graduan Undang2 obersi tapi merompak kerjayanya !
[Copy link]
|
|
Bagan Serai: Walaupun dianggap pintar dan memiliki ijazah jurusan undang-undang luar negara, seorang lelaki dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kes samun pejabat pos di Gunung Semanggol, di sini bersenjatakan pistol tiruan.
Suspek yang berusia 46 tahun itu didakwa menggunakan alasan merompak wang kutipan pejabat pos itu sebanyak RM660 untuk membiayai pengajian anaknya di sebuah universiti tempatan.
Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, polis menahan suspek di sebuah rumah sewa di Taman Selinsing Melati, Semanggol, di sini, pada jam 1.30 pagi Isnin lalu.
Katanya, suspek menjadi buruan polis selepas petugas wanita pejabat pos itu membuat laporan bahawa suspek berpura-pura mahu berurusan sebelum mengacukan sepucuk pistol dan melarikan wang tunai berkenaan pada kira-kira jam 9.45 pagi, 6 Mac lalu.
“Berdasarkan aduan, polis membuat siasatan dan hasilnya suspek berjaya ditahan bersama pistol palsu yang digunakan ketika melakukan rompakan.
“Dalam soal siasat suspek mengaku melakukan samun itu menggunakan sepucuk pistol tiruan dan melarikan sejumlah wang tunai daripada mangsa dengan alasan kesempitan wang untuk membiayai pengajian anaknya di universiti tempatan.
“Bagaimanapun, siasatan mendapati pada 2003, suspek turut terbabit dalam kes samun di Johor dan sudah menerima hukuman,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mat Fauzi berkata, suspek mengaku pernah melakukan kes rompakan sama di Teluk Emas, Melaka, tahun lalu.
“Apa yang memeranjatkan kami, selain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, suspek adalah seorang graduan luar negara dan mempunyai ijazah dalam jurusan undang-undang,” katanya.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau sebatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24
p/s ilmu dan amal tak seiring...
Last edited by tongkatwaran75 on 24-5-2013 10:10 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tak berbaloi rompak pejabat pos. tak smpi rm1k pun |
|
|
|
|
|
|
|
Sebut ttg loyer hampeh, teringat akan loyer paling malaun negara....Zulkipli Nordin |
|
|
|
|
|
|
|
Mental kot pakcik nih...tak perlu highlight ada degree oversea or local..sebab ada manusia pandai tapi tak cerdik dan ada yg cerdik taoimtak pandai |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 24-5-2013 08:24 AM
tak berbaloi rompak pejabat pos. tak smpi rm1k pun
aku tak tau la orang ni bangsa die ape,tapi melayu buat jenayah mmg cukup2 makan..curi getah sekerap,curi motor,curi pisang orang,curi kabel
|
|
|
|
|
|
|
|
anak2 dtuk kot..
masa muda senangla dpt sponsor pi oversea.
dpt degree petik jari aja. |
|
|
|
|
|
|
|
urm... ada je cara jenayah buat duit lg senang. work smart not hard.. |
|
|
|
|
|
|
|
Merompak pejabat pos? Gosh... berapa sangat lah duit yg diorg simpan dlm laci tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 24-5-2013 12:00 PM
Merompak pejabat pos? Gosh... berapa sangat lah duit yg diorg simpan dlm laci tu.
Pejabat pos banyak duit la muntz.. kalau tak camne orang keluarkan duit ASB.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sia sia blajaq tinggi last2 jd penyangak... |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak Cari Keja so rompak.lah |
|
|
|
|
|
|
|
dapat gak la duit dari mencelup sana sini.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa....yg lebih bijak dari tu pun ada buat lebih teruk lagi..rileks lah beb |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 2-3 rekod jenayah lampau?
So maksudnya before this mmg dah pernah masuk jail la.
So maybe dia takde duit sebab dah tak boleh nak practice as lawyer? |
|
|
|
|
|
|
|
manusia terdesak akan buat apa sahaja yang tak masuk akal , apa lagi menyalahi undang2 dunia atau agama... |
|
|
|
|
|
|
|
Maruah = rm600 ? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni graduan undang2 je kan, x disebut pun sbg bekas loyer.. maybe malas nk keje punya psl kot.. nak cri duit cara senang, pakai pistol palsu je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|