View: 9643|Reply: 50
|
Pembohongan yang semakin banyak.....
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum warga CARI Forum,
Tujuan post ini bukan untuk politik. (Sebenarnya juga nak test paste gambar). Tapi sebab politik di Malaysia kini berkait dengan pembohongan jadi saya sangat suka guna contoh politik. Contohnya pun sangat senang dicari. Ayat berikut ni selalu kita dengar.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Pertama sekali, untuk mereka yang hanya baca berita dari satu 'aliran', harap cuba-cuba juga baca dari 'aliran' lain supaya nampak perbezaan beritanya. Yang mana berbohong tu kita cerita nanti.
Yang ini dari Harakah:
Yang ini dari Sinar Harian:
Yang mana satu sebenarnya TGNA katakan, dah tentu kena ambil dari lidah resmi mereka.
Yang berikut pula, 2 pengakiuan yang berbeza. Kita tak pertikai bahawa dua dua bercakap apa yang ditulis. Siapa yang berbohong?
Dan terakhir sekali..... 2 hadith
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Celakalah orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa . Celakalah dia , celakalah dia “ (Hr Ahmad dan ad-Darimi)
Abu Hurairah RA berkata yang maksudnya, “Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu bergurau dengan kami? Rasulullah SAW menjawab: Aku tidak pernah berkata perihal yang tidak benar.” Hadith riwayat Tirmidzi.
Contoh terbaik seperti gambar di bawah. Adakah Komunis Gopeng dikira fasiq? atau dia bikan seorang Muslim?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
zaman internet dan teknologi tidak dapat dielakkan dan kita kita sama2 terjebak kelalaian n fitnah |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...selidikilah berita itu dan guna logic
tak kisah nak baca sumber mana pun sebab yg penting konteks sesuatu perkara tu jelas.
actually , kena guna otak je. |
|
|
|
|
|
|
|
umat umat buih adalah umat yg bagi saya suka pada benda yg menjurus ke arah perpecahan dan ada kerangka utama yang perlu dipertahankan selain dari kacamata keuntungan ekonomi semata mata .
ada nilai yg perlu dipertahankan dan nilai ini penting . bersatulah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo di CI femes dgn kata2 'bideo mana bideo'...tepek2 gamba pn byk yg tipu (edit). |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun yang berusaha untuk yang benar itu sedikit, semoga kita berada dalam kumpulan itu.
Biar kalah dalam pilihanraya asalkan kita jangan bersama pembohong.
Saya banyak baca dalam forum ni, bila pembohongan di post sebagai satu jenaka, ramai pulak yang sahut menyahut.
Sebenarnya yang paling parah sekali ialah bod gosip. Lebih dahsyat lagi, dia orang tu bangga benar kalau gosip tu dia yang tahu dulu.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “…dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)
"Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." [Muttafaqun 'alaih HR Bukhari dan Muslim]
Ada satu ayat yang menakutkan jugak ni. Ni ayat untuk pemimpin yang menyesatkan atau menggalakan kemungkaran:
"Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: `Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul. Dan mereka berkata: `Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, berilah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar" (Surah Al-Ahzab (33)ayat 66-68)
Bayangkan kalau pemimpin tu ada 5 juta penyokongnya dan dia melakukan dosa. Dan dibiarkan rakyat berterusan berdosa bersama. 5 juta kali 2 kali lipat azab = jadi la 10 juta azab.
Allah s.w.t. itu benar. |
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 27-5-2013 09:51 PM
Walaupun yang berusaha untuk yang benar itu sedikit, semoga kita berada dalam kumpulan itu.
Biar ...
*Nama bod pn dh ghibah
Nabi s.a.w. kata fitnah pasti dtg:
Akan terjadi fitnah (huru-hara).
Ketika itu orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri,
orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan,
dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari.
Barangsiapa menghadap fitnah itu, maka fitnah itu akan menariknya.
Barangsiapa yang mendapat tempat berlindung/tinggal, hendaklah berlindung/tinggal di dlmnya...
- Bukhari, Muslim ...lg satu,
Tidak lama lagi akan tibalah masanya
di mana sebaik-baik harta seorang Muslim ialah
kambing yang dibawanya ke puncak gunung
dan ke kawasan-kawasan tadahan hujan
dia lari demi agamanya daripada pelbagai fitnah
- Bukhari
Pembohongan demi pembohongan akan timbul satu-persatu
Dunia pn dh memandang jelik dgn sistem kehakiman, perundangan, guaman negara kita...
Menang sorak x semestinya menang kes maka, bertempik buat sakit tekak je.
- x pyh menghadap sgt, ambil tahu dan tunggu dgn sabar.
(sokong-xsokong dlm hati pn xde hal kot, jgn turut serta sudah )
p/s: Ramai jgk kt laman sosial x minat politik dan ban pentaksub²nya...tp dok lyn gosip artis plop???
|
|
|
|
|
|
|
|
ini sangat benar, dan paling sy risau terutama di fesbuk....
HAMPIR2 kita tak tahu yg mana benar yg mana salah......
jgn libatkan diri....
DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Fitnah akan terjadi. Pada ketika itu seorang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan (berusaha).
Berkemungkinan fitnah itu akan menarik perhatiannya yang dilihatnya dari jarak yang jauh. Barangsiapa mendapat tempat perlindungan maka berlindunglah dia di situ."
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu kata: Siakap senohong gelama ikan duri
Nk tahu mana yg pembohong, mesti la yg berani ambil hak rakyat sendiri...
...matinya ikan bila timbul di permukaan air tu menampakkan perutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...
manja nak kongsi info ni bersama forumer semua..
sekiranye..terdapat ape2 maklumat yg kurang tepat atau x btul..
manja harap u allz dpt btulkan...
info ni manja dpt dari
http://myibrah.com/rahsia-tersem ... -takuti-oleh-yahudi
tujuan manja berkongsi maklumat ni ialah..kerana..
lepas baca saje artikel ni..manja terus teringat pd PRU...yg baru saje berlalu..
terus teringat betapa berbezanye time2 PRU..
zaman mak manja dulu tahun 70s & 80s..
bile story2 dgn mak..mmg sgt beza time dulu & skrg..
dulu2..xde pun story2 tunjuk prasaan..perhimpunan haram bagai..
masa skolah main batu seremban..ni time manja..la..
xde pun story mory psl pasal politik..
tp skrg..budak2 darjah 1 , 2 dh pandai citer politik..
parti ni jahat parti ni baik...mcm mana bleh jadi mcm tu??..
sbb parents ke story mory psl ni??..thats y anak2 pun terikut2??....
teringatkan..negara kite yg x brape lame dulu..aman..harmoni...& semakin maju..
teringatkan kehidupan sndiri...time2 skolah dulu..smpai skrg..
nak study kat kolej/ uni??..silakan...
hidup bebas..nak buat ape jek bleh..cari keje..keje..bla3..
nak pegi mana2 pun bleh..tgk wayang..gi shopping...dll..
bersyukur sgt..dpt tinggal dlm rumah yg selesa..dgn neighbourhood..yg happy..
Last edited by manjalara_01 on 1-6-2013 07:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia Tersembunyi yang Amat di Takuti Oleh Yahudi
Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.
LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan “Hakikat Sebenar” matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.
Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.
Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan “kambing Hitam” untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.
Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.
Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini...(???)..
Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah “PEMBOHONGAN”. Pembohongan bermaksud “Dusta” itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.
Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.
Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji “Gunung Roti” bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis “ The Protocols of the Elders of Zion” perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.
Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang...(????). Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam.(???) Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia...(????)... Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal. Last edited by manjalara_01 on 1-6-2013 07:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum sekelian,
Sekian lama tak jenguk thread ni dan dah jauh ke page belakang perginya.
@mbhcsf
actually , kena guna otak je.
Kalau ikut perkataan ayat selidiklah, bukan ikut otak je. kalau ikut 'otak je', hanya professor neuro cerebrum jer yang layak je. Periwayat hadith sangat hati hati untuk menggunakan 'otak je'. Bila guna 'otak je' sama macam hukum qias. Tapi hukum qias pulak kena guna rujukan yang sahih jugak. macam hukum sertu.
@manjalara_01
Rahsia Tersembunyi yang Amat di Takuti Oleh Yahudi
Saya berpendapat yang artikel ni banyak spekulasi je. Tu pun ada yang kena letak tanda soal berderet. kalau fakta sahih, tak payah tanda soal. macam soalan yes or no. |
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 10-6-2013 07:03 PM
Assalamualaikum sekelian,
Sekian lama tak jenguk thread ni dan dah jauh ke page belakang perginya.
...
ouch hangat kembali thread ni....
that is why you ' tagged' me eh?
hahah |
|
|
|
|
|
|
|
saya percaya sesuatu benda berlaku dalam pengetahuan-Nya dan yg penting kena ambik sebagai learning process laaa...
awat you sound marah sangat ? |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....
Bila di kaitkan dengan petanda kiamat iaitu ..DATANGNYA PENYAKIT TANPA UBAT. Secara zahirnya kita mengaitkan ia dgn HIV dan AIDS. Kaji lebih mendalam tentang hiv dan aids ini..
Virus HIV adalah satu virus di mana bila memasuki badan manusia dia akan bergabung dengan sel-sel di dalam badan dan antara sel yang di carinya adalah sel-sel yang berkaitan dengan sistem pertahanan badan. Virus ini tidak boleh membiak dengan sendiri kerana tiada nukleus pada nya, tetapi menggunakan struktur dan DNA sel antibodi untuk membiak. . Akibat dari penggabungan nya dengan sel-sel antibodi, sel-sel antibodi yang lain walaupun belum di tawan oleh virus HIV tidak dapat mengenal musuh, kerana musuh telah menyamar sebagai antibodi.
Andai di kaitkan proses ini di dalam kehidupan masyarakat Islam, kita akan nampak ini lah yang berlaku. Hakikatnya Orang Islam sendiri sudah tidak mengenal musuh kerana musuh itu sendiri serupa dengannya...
Wallahualam... Last edited by GiQ on 10-6-2013 09:10 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg dah lama berlaku dan ianya semakin parah, kerana ledakan maklumat internet, untung kepada mak bapak atau golongan tua2 yg x tau internet dan meenjalani kehidupan yg normal, tidak spt generasi kita yg masa byk dihabis guna internet fb hiburan melalaikan, |
|
|
|
|
|
|
|
artikel tulisan Dr Saodah dalam majalah DAKWAH juga mengupas persoalan yang bersangkutan dengan tajuk thread ini. Kalau saya ada masa saya akan rumuskan nanti malam insya ALLAH. |
|
|
|
|
|
|
| |
|