CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61419|Reply: 115

Tajwid dan Bacaan Al-Quran

[Copy link]
Post time 30-7-2013 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mnm77 at 29-6-2015 10:21 AM

Salam

Khas untuk warga forum CARI, khusus di board Agama Islam, saya dah terfikir beberapa waktu untuk buka ruang sesi soal jawab berkaitan Tajwid. Mungkin thread atau persoalan macam ni dah ada dulu-dulu tetapi saya tak pasti persoalan-persoalan tu berada dalam satu thread khusus, maka saya buka ruangan ni.

Kepada sesiapa yang ingin bertanya, dialu-alukan. Kepada yang nak tolong jawab, atau sama-sama nak kongsi ilmu, juga lebih-lebih dialu-alukan.

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni, bulan yang mana Al-Quran diturunkan, kita disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran sebanyak yang boleh. Mungkin dalam kita membaca Al-Quran, ada ketika kita tak pasti bagaimana bacaan yang betul mengikut hukum tajwid yang diterima-pakai secara umum dan ikut aturan kaedah bacaan Al-Quran Mushaf Resam Uthmani, yang menjadi 'standard' kepada bacaan Al-Quran di Malaysia khususnya, dan umumnya di serata dunia.

Silakan....

****

Ringkasan untuk memudahkan rujukan:
Cara bacaan berkaitan Hamzah Wasal
- membariskan alif yang tidak berbaris pada permulaan ayat (mulai post #5)
- cara bacaan apabila tanwin bertemu hamzah wasal (post #52, page 3), atau Nun 'Iwad (post #80, page 4)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 09:20 AM | Show all posts
Salam TT

Klo ada yg pakar kongsi asas/sejarah pembelajaran bacaan/tajwid/mengaji Al-Quran pn bagus gk.

Comments

Cadangan yang baik....  Post time 30-7-2013 12:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 10:25 PM | Show all posts
Seingat saya sedara @mnm77
perbincangan dgn para penolak satu ketika dulu
ada mengatakan yg bacaan/tajwid hari ni byknya guna kaedah dua qira'at
i.e. hafs dan warsh - lbh byk yg guna hafs 'Asim ibn Abi an-Najad drpd Kufa

Tp apa beza harf dgn qira'at atau adakah sama atau cmne?
- klo x silap ada hadis guna perkataan ahruf (jamak harf) juga ada yg guna perkataan qira'at

Sila beri pencerahan. Tq.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 08:44 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 30-7-2013 10:25 PM
Seingat saya sedara @mnm77
perbincangan dgn para penolak satu ketika dulu
ada mengatakan yg bacaa ...


Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Saya buka ruangan untuk sesiapa, termasuk yang bertanya untuk memberi jawapan kepada persoalan tersebut, atau berkongsi di sini...

Saya nak lebih tumpukan pada aspek praktikal bacaan. Aspek sejarah/sirah berkaitan ilmu tajwid ni boleh juga kongsi, sebagai ilmu tambahan di sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 09:24 AM | Show all posts
Baiklah saya mulakan dengan Pembukaan... Surah Al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Pertanyaan di bawah ini saya jumpa pada tahun 2007,ditanya oleh saudara @pinguin:
pinguin posted on 30-9-2007 09:56 AM
saya nak tanya cara bacaan huruf alif di dalam permulaan ayat tetapi huruf tu xde baris.. selalu jumpe dia macam ada tanda huruf mati bulat... contohnya dalam Al-Fatihah.. IhdiNassirotolMustakim... huruf alif pertama dibaca dgn baris bawah wpun xde tande baris.. and dalam ayat2 Qur'an yang lain saya ada jumpe.. tapi yang pelik saya selalu juga dengan orang baca alif tersebut dgn baris atas... macamana nak bezakan cara menyebut huruf alif tersebut?

Kita semua wajib hafal surah Al-Fatihah. Lihat pada kalimah الْحَمْدُ, huruf Alif pada permulaan kalimah tersebut tidak berbaris, dikenali sebagai  Hamzah Wasal (sepatutnya ada tanda kepala huruf Sod atas Alif seperti ini ﭐ , tetapi teks yang saya pakai di atas tidak kelihatan/diletakkan). Untuk kes ini, ia dibaca dengan baris atas (fathah). Bagi yang mahir bahasa Arab, tidak menjadi masalah. Kita semua juga hafal, pun tiada masalah.

Kita lihat pula ayat ke-6, kalimah اهْدِنَا, ia dibaca dengan baris bawah (kasrah) pada huruf Alif.

Masalah timbul bila kita berjumpa dengan huruf Alif yang tak berbaris pada kalimah di permulaan sesuatu ayat, dalam Al-Quran di tempat-tempat  yang kita tak hafal ayat tersebut.

Contoh jika kita tidak menghafal ayat-ayat berikut:

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً  (Al-Fajr, 28)
(dibaca dengan baris bawah/kasrah)

اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ وَتَكُونُوا مِن بَعْدِهِ قَوْمًا صَالِحِينَ  (Yusuf, 9)
(dibaca dengan baris depan/dhammah)

Ada ketika Alif itu dibaca dengan baris atas (fathah), ada ketika dibaca dengan baris bawah (kasrah), atau baris depan (dhammah), mengikut aturan tertentu. Saya tidak menjumpai kaedah yang menerangkan bacaan ini dalam pengajian saya terdahulu (mungkin sekarang dah ada saya tak pasti)

Apa yang saya nak kongsi ini saya percaya semua kita berhadapan dengan masalah yang sama jika kita tidak tahu aturan bacaan, melainkan kita mahir bahasa Arab, kita akan tahu nahu (grammar) dan cara bacaannya.

Petua yang saya dapat simpulkan dari kajian saya (yang saya dah praktikkan), ialah:

1. Lihat pada kalimah di permulaan ayat itu, adakah kalimah tersebut merupakan kata nama tentu (Isim Ma'rifah), tandanya ialah selepas huruf Alif diikuti huruf Lam. Jika selepas Alif ada Lam, cara bacaannya ialah dengan baris atas.
Contoh: pada ayat kedua dan ketiga surah Al-Fatihah
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ   
(contoh ini Alif Lam Qamariah: Lam sakin dibunyikan لْ, yakni sukun pada huruf Lam menyebabkan huruf Lam itu bunyi mati)
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ         
(contoh ini Alif Lam Syamsiah: Huruf Lam tidak berbunyi, dari huruf Alif terus masuk ke dalam huruf Ra ر )

Ringkasnya:
Apabila Alif bertemu huruf Lam, Alif itu dibaca dengan baris atas (fathah)

2. Jika didapati Alif TIDAK bertemu huruf Lam, ada 2 kemungkinan utama, dan juga ada kes khas.
   a) dibaca dengan baris bawah (kasrah), contohnya:
      ayat ke 6 surah Al-Fatihah:
       اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ        
       (lihat huruf ketiga, huruf Dal د berbaris bawah)
       ayat 64 surah Ya-Seen:
       اصْلَوْهَا الْيَوْمَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
       (lihat huruf ketiga, huruf Lam ل berbaris atas)

    b) dibaca dengan baris depan (dhammah)
       اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ   (Yusuf, 9)
       (lihat huruf ketiga, huruf Ta berbaris depan/dhammah)
       ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً   (Al-A'raf, 55)
       (lihat huruf ketiga, huruf 'Ain berbaris depan/dhammah)
      
Contoh-contoh di atas, kalimah yang bukan kata nama, yang merupakan kata perintah atau kata kerja, huruf Alif dibaca dengan baris bawah (kasrah) atau baris depan (dhammah). Bagi yang tidak arif bahasa Arab, boleh lihat huruf ketiga sebagai kaedah untuk tahu bacaan yang betul.

3. Kes Khas: Bagi Alif (Hamzah wasal) bertemu huruf Hamzah
Lihat kepada ayat berikut (Al-Ahqaf, 4)
قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُوا مِنَ الْأَرْضِ أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِي السَّمَاوَاتِ ۖ ائْتُونِي بِكِتَابٍ مِّن قَبْلِ هَٰذَا أَوْ أَثَارَةٍ مِّنْ عِلْمٍ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Bagaimana sebutan kalimah yang digariskan di atas (ائْتُونِي) apabila memulakan bacaan dari kalimah tersebut? Huruf kedua ialah Hamzah, dan huruf ketiga ialah Ta yang berbaris depan (dhammah).

Mungkin kita sangka ia akan berbunyi 'uktuuni'.... tapi bacaan yang betul ialah 'iituuni' (huruf rumi yang saya gariskan di sini bermaksud mad yang panjangnya 2 harkat)
Teks Arab ائْتُونِي dibacakan seperti ini: إِيتُواني  apabila memulakan bacaan dari kalimah tersebut.

Boleh rujuk pada pautan ini untuk mendengar cara bacaan yang betul:
http://corpus.quran.com/wordmorphology.jsp?location=%2846:4:18%29

Sebab bacaannya terjadi sedemikian akan dijelaskan kemudian kerana saya tidak mahu menjadikan post ini terlalu panjang di sini.

Rumusan tentang cara membariskan Hamzah Wasal di permulaan ayat:
1. Apabila Alif bertemu huruf Lam, Alif itu dibaca dengan baris atas (fathah)
2. Bagi kes Alif TIDAK bertemu huruf Lam, jika huruf ketiga itu berbaris depan (dhammah), maka akan dibaca dengan baris depan (dhammah) juga. Jika huruf ketiga itu berbaris atas (fathah) atau bawah (kasrah), maka akan dibaca dengan baris bawah (kasrah).
3. Bagi kes khas jika Alif (Hamzah Wasal) bertemu Hamzah, maka bacaannya dipanjangkan seperti mad badal.

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 2-8-2013 11:21 AM

Comments

JazakAllah hu khoir  Post time 2-8-2013 06:10 PM
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 04:06 PM | Show all posts
nice sharing.. keep it up!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 04:53 PM | Show all posts
mnm77 posted on 31-7-2013 09:24 AM
Baiklah saya mulakan dengan Pembukaan... Surah Al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat

أع&#1 ...

Assallamualaikum warahmatullahii wabarakatuh

Alhamdullillah...

Wah baguss Tuan mnm77....


Uncle tempah seat depan...nak masuk kelas ya...  
tumpang belajar...


harap Tuan guru jangan garang sangat ya....  .hehhee....
tapi..uncle sedia dirotan....  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 05:00 PM | Show all posts
mnm77 posted on 31-7-2013 09:24 AM
Baiklah saya mulakan dengan Pembukaan... Surah Al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat

أع&#1 ...

Alhamdullillah....


Thanks keterangan tentang huruf alif tak berbaris yg Tuan mnm77 terangkan sebagai panduan kita...


Uncle syare sikit info yg sedikit sgt ni..harap tunjuk ajar Tuan Tuan...khususnya Tuan mnm77


Sepatutnya.....DLM RESM UTHMANI....Huruf Alif yg tak berbaris tu...diletak 'KEPALA HURUF SOOD"....& dinamakan 'ALIF HAMZAH WASOL"

Jadi..tulisan yg betul adalah spt berikut...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 05:03 PM | Show all posts


Bagaimana pun ada banyak juga mushaf yg tak ikut...

cthnya...

Al Quraan syaamil



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 05:17 PM | Show all posts
Alhamdullillah....


Kesalahan "MELETAKAN BARIS" (tidak mengikut resm Uthmani) ni akan mengakibatkan......Org yg tidak pandai membaca Al Quraan  (spt Uncle le...  semoga Allah s.w.t bagi Uncle tambahan ilmu..aminnn)
Akan TERSALAH membaca apabila membaca secara menyambungkan Ayat tadi dgn ayat sebelumnya...

Spt cth...membca secara menyambungkan 'Basmallah " dgn ' Alhamdullillah"....

kalau ikut RESM Uthmani....huruf mim tanda kasrah akan masuk terus pada lam yg bertanda mati.....tapi kalau tak ikut resm uthmani spt cth dlm Al Quraan Syaamil...nanti...org yg tak fahm..akan bunyikan....

" mi alhamdu..."

Sepatutnya   " milhamdu.."
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 06:35 PM | Show all posts
Alhamdullillah...


Daripada keterangan ni...Uncle dapat faham..bahawa....'Alif hamzah Wasal" ni ditandakan sebegitu adalah bersebab....iaitu.....
- apabila kita ..memulakan bacaan pada kalimah yg mempunya alif hamzah wasal" ...baru ..kita membariskan huruf tersebut spt yg diajar Tuan mnm77....
- tapi...apabila kita membaca secara sambung (dengan ayat sebelum)..maka..kita membaca seolah olah huruf hamzah wasal tersebut "tidak Ujud"...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 01:22 AM | Show all posts
erms... menempek melihat apa yg dinyatakan.

1) saya ingin tahu, bilakah  bacaan akan dibaca dalam erti kata lantunan mengikut kaedah tajwid?
2) apakah yg dimaksudkan dengan bacaan nun yg berbaris sukun juga nun yg tidak berbaris sukun dalam mengenali tajwid dalam bacaan Alquran resmi Uthamani?
contoh :

pada bacaan (in'darrab bi) dan (an'ha') sebagai contoh.
3) pada bacaan (yas alu'naka) dibaca dengan mad asli (2 harkat) pada sebutan (lu'naka) dimana sukun dihilangkan pada huruf wau. soalan : pada akhir ayat ini adakah dibaca dengan mad asli juga untuk bacaan ini (yagh'lamu'n)?

Last edited by AdAkAmA on 2-8-2013 01:29 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 08:10 AM | Show all posts
burungantu posted on 1-8-2013 06:35 PM
Alhamdullillah...


Alhamdulillah... terima kasih uncle atas input yang diberikan... saya pun belajar dari uncle juga ni...

Daripada keterangan ni...Uncle dapat faham..bahawa....'Alif hamzah Wasal" ni ditandakan sebegitu adalah bersebab....iaitu.....
- apabila kita ..memulakan bacaan pada kalimah yg mempunya alif hamzah wasal" ...baru ..kita membariskan huruf tersebut spt yg diajar Tuan mnm77....
- tapi...apabila kita membaca secara sambung (dengan ayat sebelum)..maka..kita membaca seolah olah huruf hamzah wasal tersebut "tidak Ujud"...

Benar ada sebab kenapa Alif tu tak berbaris, dan sebabnya dah pun uncle huraikan di atas. Dan ilmu yang unlce dah kongsi di sini, alif yang tak berbaris tu bila ada simbol kepada huruf Sod di atasnya, disebut 'HAMZAH WASAL'. Rupa bentuknya:  ﭐ

Alhamdulillah syukran uncle....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 08:25 AM | Show all posts
burungantu posted on 1-8-2013 05:03 PM
Bagaimana pun ada banyak juga mushaf yg tak ikut...

cthnya...


Memang betul ada mushaf yang tak ikut resm uthmani, dan kalau ikut sejarah pun, memang banyak kaedah yang berbeza-beza telah diperkenalkan untuk memudahkan orang yang baru masuk Islam belajar Al-Quran ketika zaman sahabat. Asal penulisan Al-Quran tidak bertitik dan berbaris. Maka orang yang mahir ilmu penulisan bahasa Arab sahaja yang boleh baca Al-Quran, yang lainnya baca secara hafalan dari kaedah periwayatan.

Maka sebab itulah khalifah Uthman (RA) pada zamannya dia membuat satu 'standardization', supaya memudahkan orang belajar baca Al-Quran, terutamanya bagi orang bukan Arab.

Nota: resm mushaf yang berbeza dari resm Uthmani, mempunyai kaedah yang sedikit berlainan, namun dari segi bacaannya tetap sama bila kita tahu kaedahnya.

**Berkenaan Hamzah Wasal, post saya yang ke #5 tu pun tak tepat sebab tak nampak tanda simbol kepala huruf Sod di atas huruf Alif, sepatutnya ada seperti ini ( ﭐ ), disebabkan teks Al-Quran yang saya ambil itu tidak meletakkan simbol tersebut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 09:08 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 2-8-2013 01:22 AM
erms... menempek melihat apa yg dinyatakan.

1) saya ingin tahu, bilakah  bacaan akan dibaca dalam erti kata lantunan mengikut kaedah tajwid?

Salam

Keseluruhan Al-Quran dianjurkan supaya dibaca ikut TARTIL, sepertimana gaya bacaan yang dibaca oleh Rasulullah SAW. Kaedah tajwid diperkenalkan untuk memudahkan kita baca ikut tartil.


Ataupun lebihkan (bangun waktu malam) daripadanya, dan bacalah Al-Quran dengan TARTIL
(Al-Muzammil, 4)


2) apakah yg dimaksudkan dengan bacaan nun yg berbaris sukun juga nun yg tidak berbaris sukun dalam mengenali tajwid dalam bacaan Alquran resmi Uthamani?
contoh :

pada bacaan (in'darrab bi) dan (an'ha') sebagai contoh.

Setakat pemerhatian saya, huruf Nun yang mati tapi tidak diletakkan tanpa sukun di atasnya, menunjukkan bacaannya 'dimasukkan' ke dalam huruf berikutnya/selepasnya.

Contoh kaedah tajwid bagi bacaan عِندَ (kalimah pertama dari 2 kalimah 'inda rabbi dari Surah Al-A'raf ayat 187), dibaca secara Ikhfak (ﺇﺧﻔﺎﺀ) bila nun mati bertemu huruf Ikhfak. Bunyi Nun mati itu 'dimasukkan sedikit' ke dalam bunyi huruf Dal.

Jika Idgham (ﺇﺩﻏﺎﻡ), yakni memasukkan bunyi, juga nun mati tidak diletakkan tanda sukun. Contoh dimasukkan secara keseluruhan sehingga bunyi Nun tidak kedengaran kerana dengung (seperti yang digariskan di bawah), dari Surah Al-A'raf ayat 22:
فَدَلَّٮٰهُمَا بِغُرُورٍ۬‌ۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٲتُہُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡہِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِ‌ۖ

Bagi contoh  عَنۡہَا‌ۖ ('anha) yang ditanya, Nun mati diletakkan tanda sukun di atasnya itu untuk membezakan bacaannya secara Izhar (ﺇﻇﻬﺎﺭ), yakni bunyi Nun itu JELAS bunyi mati dan tidak dimasukkan ke dalam huruf Ha.

Maka, mushaf resm Uthmani banyak membantu kita baca Al-Quran ikut kaedah tajwid.

3) pada bacaan (yas alu'naka) dibaca dengan mad asli (2 harkat) pada sebutan (lu'naka) dimana sukun dihilangkan pada huruf wau. soalan : pada akhir ayat ini adakah dibaca dengan mad asli juga untuk bacaan ini (yagh'lamu'n)?

Kita kayuh pelan-pelan.... sikit-sikit biar jelas... soalan yang ditanya di atas hukum bacaannya secara tajwid ialah Mad 'Aridh lil Sukun

Mad ‘Aridh Lil Sukun
Dinamakan Mad ‘Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf.

Boleh dibaca dengan beberapa wajah:
-Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli,
-Dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal, atau
-Dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 2-8-2013 11:54 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 11:16 AM | Show all posts
Akan bersambung pasal Kes Khas Hamzah Wasal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 03:50 PM | Show all posts
mnm77 posted on 2-8-2013 11:16 AM
Akan bersambung pasal Kes Khas Hamzah Wasal....

Alhamdullillah...

jazakallahu kahiran Tuan mnm77,... jelas dah cara baca alif hamzah wasal....

sebelum Tuan sambung...munkin nak p hamzah koto' (qoti'e )...uncle teringin nak sembang sikit kesalah yg biasa kita buat dlm penggunaan 'alif hamzah wasol" ni...

selalu..bila zikir lepas solat.....kita akan baca tahmid "Alhamdullillah" ni 33 X...

dan ..selalunya....expressss..... & terkadang siap ada pasang gear...

mula...'Alhamdullillah.....,   Alhamdullillah.....,  Alhamdullillah.."

kemudian laju....terus jadi...." La ham dullillah la ham dullillah la ham dullillah..."

atau ..yg lagi laju..jadi..." hal ham dullillah hal ham dullillah hal ham dullillah "


Kat sinilah jelas sekali kesalah besar bila tak faham hamzah wasal...


Sepatutnya...bila baca wasal...dianya  ikut hukum hamzah wasal..jadi....Alhamdu llillahil hamdu llillahil hamdullillah..

ﭐلحمد لله)


so..hamzah dgn tanda kepala sod tu dihazafkan ..tak dibaca...dan disambung terus dgn huruf yg mati selepasnya (lam)...jadi...hilhamdu...



tapi...selalu juga kita tak abilberat..pakai hentam...jadilah..


takut takut....salah jadi..hal ham  atau...La hamdullillah..........

(cuba le pasang telinga ....ada.....    )


sekian selingan...hehee...

maaf Tuan mnm77...uncle bebel je...

silakan Tuan sambung...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 04:07 PM | Show all posts
bersambung...

Kes Khas: Bagi Alif (Hamzah wasal) bertemu huruf Hamzah
Lihat ayat berikut (Al-Ahqaf, 4)
قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُوا مِنَ الْأَرْضِ أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِي السَّمَاوَاتِ ۖ ائْتُونِي بِكِتَابٍ مِّن قَبْلِ هَٰذَا أَوْ أَثَارَةٍ مِّنْ عِلْمٍ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Sebutan kalimah yang digariskan di atas (ائْتُونِي) apabila memulakan bacaan dari kalimah tersebut tidak mengikut aturan yang dijelaskan sebelum ini. Ini termasuk dalam kes khas. Lihat huruf kedua ialah Hamzah bertanda mati, dan huruf ketiga ialah Ta yang berbaris depan (dhammah).

Bacaan yang betul bagi ائْتُونِي ialah dibacakan seperti  إِيتُواني  apabila memulakan bacaan dari kalimah tersebut.

Boleh rujuk pada pautan ini untuk mendengar cara bacaan yang betul:
http://corpus.quran.com/wordmorphology.jsp?location=%2846:4:18%29

Ada 2 sebab utama kenapa ائْتُونِي dibacakan sedemikian:
1. Apabila huruf Mad bertemu Hamzah sakin (Hamzah yang ada tanda sukun), secara bacaannya memang dibacakan mengikut hukum Mad Badal. Hamzah Wasal juga berupa Alif (huruf mad), maka hukum yang sama juga (Mad badal) terpakai bila Hamzah Wasal bertemu Hamzah (bersukun).
2. Aturan baris pada huruf ketiga tidak diikut kerana baris dhammah itu bukan dhammah yang asli, ia merupakan dhammah mendatang yang asalnya baris bawah (kasrah). Maka ia dibaca dengan baris bawah (kasrah) pada Hamzah Wasal tersebut.

1. Mad Badal
Pada umumnya ia berlaku apabila 2 Hamzah bertemu dalam satu kalimah, yang pertama berharakat dan yang keduanya sukun (bertanda mati). Maka huruf Hamzah yang kedua diganti sebagai huruf mad (dipanjangkan harakat) mengikut baris Hamzah yang pertama, untuk meringankan bacaan.

Justeru ia disebut Mad Badal kerana huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah, dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah.


Jika huruf hamzah yang pertama berbaris fathah, maka yang kedua diganti menjadi huruf alif, seperti: asalnya .
Jika huruf yang pertama berbaris kasrah, maka yang kedua diganti menjadi huruf ya, seperti: asalnya .
Jika huruf yang pertama berbaris dhammah, maka yang kedua diganti menjadi huruf wau, seperti: asalnya .

Cara membacanya, panjang dua harakat seperti mad asli (mad tobi'i)

Kes di atas, jika berdasarkan panduan Mad Badal, dan baris huruf ketiga yang berbaris dhammah, kalimah ائْتُونِي memungkinkan kita membaca seperti 'uutuuni' (uu = bunyi 'u' 2 harakat). Namun bacaan yang sebenarnya dibacakan dengan 'iituuni' kerana sebab berlaku Dhammah mendatang pada huruf ketiga (Ta) dalam kalimah tersebut. Asal kalimah tersebut huruf Ta berbaris bawah (kasrah). Kes ini 'special' sebab kita tak tahu melainkan kita belajar nahu/grammar bahasa Arab yang juga ada kes-kes khas.

2. Dhammah Mendatang
Terdapat 5 contoh kalimah yang istimewa sebagai contoh khas dhammah mendatang. Secara zahirnya kita akan nampak kalimah ini huruf ketiganya berbaris dhammah, namun hakikatnya huruf ketiga pada kalimah asal bagi kalimah-kalimah tersebut adalah berbaris kasrah.

Kalimah tersebut ialah: { ﭐبنُوا ، ﭐقضُوا ، ﭐمضُوا ، ﭐمشُوا ، ﭐئتُوا}.
Bagi lima kalimah khas ini, tidak dilihat kepada huruf ketiga yang berbaris dhammah, kerana baris dhammah yang terdapat pada huruf tersebut adalah merupakan baris yang mendatang. Kita hendaklah merujuk kepada baris pada kalimah asalnya, yakni barisnya ialah kasrah.

Kalimah-kalimah tersebut berasal dari kalimah-kalimah yang berikut:
{ ﭐبنِ ، ﭐقضِ ، ﭐمضِ ، ﭐمشِ ، ﭐئتِ }

Lihat kalimah ﭐئتُوا asal kalimahnya ialah ﭐئتِ di mana huruf Ta berbaris kasrah. Maka sebab itulah dibacakan dengan bunyi 'iituu...'

Kita selalu dengar dan guna kalimah 'bin' dan 'binti' kan? Asal kalimah 'bin' merupakan 'ibni', dan pada penggunaan tertentu boleh menjadi 'ibnu' dengan adanya dhammah mendatang.

Contoh yang lebih mudah untuk faham, ayat 17 Surah Al-Maaidah:


لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ


Kalimah yang digariskan (ibnu) huruf ketiganya Nun yang berbaris dhammah, merupakan dhammah mendatang, bukannya dhammah asli. Jika kita berhenti pada kalimah الْمَسِيحُ dan kemudian kita mula bacaan setelah berhenti, maka dibaca dengan 'ibnu Maryam', bukannya 'ubnu Maryam', dan ini tak ikut aturan huruf ketiga yang biasa diguna. Kalimah yang asli ialah 'ibni' yang mana huruf Nun berbaris bawah, maka sebab itu dibaca Hamzah Wasal itu dengan baris kasrah.

Contoh di atas sekadar untuk faham dhammah mendatang, jika berhenti selepas kalimah Al-Masih. Bacaan secara biasa ialah 'Al-Masiihu -bnu Maryam' secara sambung.

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 2-8-2013 04:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 04:39 PM | Show all posts
burungantu posted on 2-8-2013 03:50 PM
sebelum Tuan sambung...munkin nak p hamzah koto' (qoti'e )...uncle teringin nak sembang sikit kesalah yg biasa kita buat dlm penggunaan 'alif hamzah wasol" ni...


Macam tau saja saya nak pi ke situ... tapi sikit saja... takleh banyak sangat nanti 'jam' kepala.... tajwid ni secara praktikal lebih mudah, bila tulis ni kena tulis dengan bahasa yang ringkas supaya senang faham dan dapat tangkap, kalau tidak nampak macam susah.....

Tapi uncle dok depan sekali memang cepat tangkap, bukan tu saja, boleh sama-sama kongsi jugak ilmu uncle tu kan?

Pasal Hamzah Qoto' ni, cuba lihat bacaan pada pautan ini:
http://corpus.quran.com/wordmorphology.jsp?location=%2841:44:9%29



Kalimah:


Dibaca dengan dua kali bunyi Hamzah baris atas....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 06:42 PM | Show all posts
siapa tahu, apa akan terjadi jika dibaca surah Alikhlas yg pada maksud zikir yg terpantas berulang2 kali (5 saat per surah Alikhlas)? apakah sebutan yg akan keluar? Last edited by AdAkAmA on 2-8-2013 06:44 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.201308 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list