View: 8282|Reply: 65
|
[Tempatan]
Pemuda maut disambar petir
[Copy link]
|
|
PUCHONG – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut menantu pada majlis perkahwinan diadakan di Taman Mawar di sini semalam berakhir duka apabila adik pengantin lelaki maut disambar petir.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Mohd Fareez Naim Mhd Fuzi, 18 dikatakan berjalan kaki memayungi ibu saudaranya ke kereta berikutan hujan lebat. Ketika berada beberapa meter dari jarak khemah perkahwinan abangnya, mangsa, ibu saudaranya dan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun tiba-tiba disambar petir dan tercampak.
Saksi kejadian, Abd Manap Kamal Baharin berkata, dia ternampak percikan api dan bunyi kuat seperti letupan.
Menurutnya payung yang dipegang mangsa terbakar dan panahan petir menyebabkan ketiga-tiga mangsa rebah di atas jalan.
“Beberapa tetamu yang berada di khemah terus berlari ke tempat kejadian sambil melaungkan ALLAHUAKBAR beberapa kali.
“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital, namun Fareez yang menuntut di Politeknik Port Dickson disahkan meninggal dunia beberapa minit selepas itu,” katanya.
Bapa arwah, Mhd Fuzi Mahmud, 55 berkata, sebelum kejadian anaknya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.
Katanya, anak kelima daripada enam beradik itu seorang yang peramah.
“Kejadian berlaku ketika anak saya menghantar ibu saudaranya yang mengandung ke kereta. Saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya yang masih sugul dengan kejadian menimpa anaknya itu.
Sementara itu, juruhebah perkahwinan, Azizul Azwan Amran, 31 berkata, arwah orang yang pertama sampai di khemah perkahwinan terletak beberapa meter dari rumah keluarganya, semalam.
Arwah katanya sempat bersembang dengannya dan menyatakan baju yang dipakainya adalah pilihannya.
“Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang menyatakan baju pemberian bapanya yang dipakai saya pagi semalam adalah pilihannya.
“Ayat terakhir dia saya tidak akan lupa abang kena ingat sampai bila-bila baju ini saya yang pilih,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah..muda2 lagi dak ni |
|
|
|
|
|
|
|
agak good looking orangnya.. apa2 pun.. Alfatihah kpd mangsa.. semoga keluarga tabah... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ajal nyer begitu... alfatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ... hensem nya arwah |
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat keluarga..sedih nyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-fatihah dan takziah ke atas keluarga mangsa..
Berdasarkan laporan wartawan,
dikatakan berjalan kaki memayungi ibu saudaranya ke kereta berikutan hujan lebat. Ketika berada beberapa meter dari jarak khemah perkahwinan abangnya, mangsa, ibu saudaranya dan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun tiba-tiba disambar petir dan tercampak.
aku yakin, ia dalam jarak lebih daripada 10 meter dan kenduri perkahwinan itu dijalankan di kawasan yg lapang.
Terdapat banyak unsur logam / konduktor elektrik dan taqdir Tuhan, payung yg dipegang oleh mangsa adalah objek logam paling tinggi berbanding kereta, atau sebarang konduktor elektrik yg lain dlm perimeter 10 meter. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dengar berita ni semalam.Kawan aku cite sebab arwah tu kawan dia.Berlaku juga depan mata dia.
Lepas kena sambar tu dia pi tengok arwah dah tak de nadi tapi arus elektrik masih ada dalam badan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
urm. innalillah. kalau petir cuaca tak elok suruh keluarga sanak saudara duk dalam rumah.. bahaya tau.. hurm.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat keluarga mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
siannyer..
Innalillah....
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang beriman..semalam memang ujan lebat ribut petir pun |
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah...nampak baik bdk ni ensem pulak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Fitrah manusia suka pada kecantikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
soalan stendet wartawan..
apa perbuatan pelik arwah???
kemon la wartawan..toksah tanya soalan pelik gitu lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.. muka nampak budak baik |
|
|
|
|
|
|
| |
|