CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5361|Reply: 86

[Tempatan] 3 subjek baru untuk murid Tahun Empat

[Copy link]
Post time 20-11-2013 08:21 AM | Show all posts |Read mode
2013/11/20 - 05:05:58 AM (BH)

Kuala Lumpur: Mulai tahun depan murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah.

Menurut laman web Kementerian Pendidikan, subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak.

Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

Fahami sejarah negara

Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.

Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.

p/s Makin meroyan ler chegu chegu .
aman iols primary skol last tyme, kena belajar 8 subjects i.e. BM, BI, Geo, Sejarah, Math, sains, Pendidikan Islam, Lukisan, Sivik, dan PJ. Jaman KLSR ler katakan...OK jewwwww

Last edited by MissNigga on 20-11-2013 09:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 08:23 AM | Show all posts
oh akak tak ada Kajian Tempatan ya?


kertunya uols
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:25 AM | Show all posts
ohh ... anak saya tahun empat tahun depan
student lahir tahun 2004 perintis kepada KSSR yg gantikan KBSR
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:28 AM | Show all posts
malaysia    --   exam oriented country,,
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:28 AM | Show all posts
iolss suka je kalo subjek yg hands on..menggalakkan kreativiti anak2..yg bole meningkatkan daya saing demi kesinambungan hidup nnt..yg sejarah tu...adui...lemau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 08:31 AM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 20-11-2013 08:23 AM
oh akak tak ada Kajian Tempatan ya?

kertu kertu iols... jiwa iols mengalah jiwa budak belia remaja taw....
muka pun awet muda.. sebab selalu wat facial protein.. katanya ... ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2013 08:33 AM | Show all posts
MissNigga posted on 20-11-2013 08:31 AM
kertu kertu iols... jiwa iols mengalah jiwa budak belia remaja taw....
muka pun awet muda.. se ...

oh facial protein, entah air apa entah bedah.cun panggil air ketembun ketambun hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 08:36 AM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 20-11-2013 08:33 AM
oh facial protein, entah air apa entah bedah.cun panggil air ketembun ketambun hahaha

mujur abe kassim tak cakap air ketum ...

air tembuni ler abe kassem oittteeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 08:40 AM | Show all posts
MissNigga posted on 20-11-2013 08:36 AM
mujur abe kassim tak cakap air ketum ...

air tembuni ler abe kassem oittteeeeeeeeeeeee  ...

hoho, air tembuni rupanya, macam-macam nak tubik tadi, ketambun, ketumban, ketumbit, kebamtun
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:44 AM | Show all posts
MissNigga posted on 20-11-2013 08:31 AM
kertu kertu iols... jiwa iols mengalah jiwa budak belia remaja taw....
muka pun awet muda.. se ...


tegang gitu muka uols kan kaka

xperlew botox bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:48 AM | Show all posts
anak aku leww salah sorang darjah 4 tu
buku teks pun tak dapat lagi
nasible anak jantan ku tu minat subjek reka bentuk, IT dan sejarah silam ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 08:48 AM | Show all posts
cikatilia posted on 20-11-2013 08:44 AM
tegang gitu muka uols kan kaka

xperlew botox bagai..

harus ler... kak hamsor pun jeles tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:52 AM | Show all posts
ramai gak kat sini ye anak nk masuk thn 4 tahun depan..... termasuk aku gak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:52 AM | Show all posts
ok la tu, kan katanya gaji cikgu lagi tinggi dari pensyarah kan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:58 AM | Show all posts
MissNigga posted on 19-11-2013 12:31 PM
kertu kertu iols... jiwa iols mengalah jiwa budak belia remaja taw....
muka pun awet muda.. se ...

Amboi sangat!!! Sehari berapa botol protein shake kau buat masker, dik Nigga?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:59 AM | Show all posts
Air Tembuni lar bang Kassim, notty tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 09:01 AM | Show all posts
aku zaman alam dan manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 09:01 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 20-11-2013 08:58 AM
Amboi sangat!!! Sehari berapa botol protein shake kau buat masker, dik Nigga?

kalo ada supply..kita goncang ler ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:02 AM | Show all posts
anak aku gak la ... yg 2 subjek tu ok kot sbb kemahiran gak la kiranya kot.. yg sejarah tu mmg lemau lah... dah lah fakta bercelaru dah... kejap kena jajah, eh eh eh tak penah lak.. eh merdeka la plak.. kl xkena jajah sememangnya lah merdeka ye x?  ke aku yg xpaham?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 09:03 AM | Show all posts
annehuda posted on 20-11-2013 09:01 AM
aku zaman alam dan manusia

sure kaka terror nak mengaitkan co relation in between human ngan nature khenzzz
ker ... masih nak mendalami lagi ..???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055213 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list