Kuala Lumpur: “Isteri tak tahu....pandai makan pandai simpan dik (adik). Pandai-pandailah kita nak lepaskan diri. Saya selalu cakap ada mesyuarat dan kadang kala nak berjumpa rakan di kedai mamak atau menonton bola (sepak).
“Macam-macam alasan boleh guna...janji dapat datang sini. Tapi kena pandailah buat mereka (isteri) percaya,” kata seorang lelaki separuh umur pelanggan sebuah kelab dangdut di ibu negara yang diibaratkan ‘syurga’ buat mereka untuk berhibur selain menagih belaian manja pelayan wanita di premis berkenaan.
Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Rosli, 54, ketika berbual dengan wartawan berkata, setiap hujung minggu dia pasti datang ke pusat berkenaan tanpa pengetahuan isterinya.
“Saya datang berhibur, sebab saya suka menari. Jadi, di sinilah tempat terbaik buat saya dan golongan sebaya yang lain. Harga minuman pun murah...layanan wanita (pelayan) juga baik,” katanya sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus, ala watak Pak Maun yang dilakonkan oleh Allahyarham Mahmud June, dalam filem Nasib Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, tanpa menjelaskan lanjut jenis layanan diberikan wanita di pusat hiburan itu. PENGUNJUNG lelaki menari bersama pasangan masing-masing di kelab berkenaan.
Rosli terdiam seketika apabila wartawan bertanya adakah isterinya tahu kedatangannya di tempat berkenaan sebelum berkata, dia sudah ‘menguruskan’ wanita (isteri) itu dengan baik sebelum mengakhiri perbualan.
nak dapat servis dari isteri bak pelayan kelab...
audit diri....muhahahayaaaaaa..(maaf axl..guna juga gelak mike)
kenapa xlayan isteri macam pelayan kelab juga..
(xpayah bagi isteri buat apa keje pun...bagi duit&kemewahan lagi dekat isteri....isteri keje siap diri pakai cantik2 layan suami je)..mesti lagi tiptop isteri layan suami lebih drpd pelayan kelab..
ni ada isteri tipu isteri...suami apa macam ni...
minat sangat menari bina disco dlm rumah sendiri..lagu sudirman
Post time 28-12-2013 11:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
suami kalau kat rumah loving semacam..tak habis2 ckp i love u...kiss kat pipi..dahi..hugs ketat etc..sebelum kluar rumah..hah yg tu yg kena risau tu..something fishy is going on..hehe
maksud saya layan isteri macam ratu..bukan macam kuli batak.. bila dah dilayan sebegitu tentu isteri dapat memberi khidmat terbaik..
isteri berpakaian begitu ditempat yang sesuai la..dalam bilik..
port orang2 UMNO setiap hujung tahun atas alasan hadir persidangan UMNO tahunan di PWTC, pastuh ramai2 jalan kaki gi kiambang kat chow kit... bukan tak tahu...kalu bapak2 korang kata nak gi KL nak hadir sidang UMNO,... jgn percaya laa... membohong punya.. siang gi persidangan, malam gi dangdut ramai2 tempah GRO.....
Last edited by slippergombak on 28-12-2013 10:15 PM