CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12372|Reply: 101

[Tempatan] {1}Santau tuju era IT ragut nyawa bapa & abgnya!

[Copy link]
Post time 26-3-2014 06:53 AM | Show all posts |Read mode
26 Mac 2014

Bagan Serai: “Ramai tidak lagi percaya mengenai ‘santau tuju’ di zaman IT (teknologi maklumat) ini, namun saya sudah merasai azab selain kehilangan bapa dan abang yang maut akibat sihir ini,” kata Mohd Farid Idris, 30, yang mendakwa dia kini terpaksa bertarung nyawa selepas turut menjadi mangsa ilmu hitam itu.


Mohd Farid, dari Kampung Sungai Gedung, di sini, berkata, keluarganya yang mengalami muntah darah berulang kali, mulanya dimaklumkan ia berkemungkinan simptom penyakit tibi ketika dirawat di hospital.

Katanya, ramai tidak percaya mereka disantau malah ada saudara mara yang mengatakan perkara itu karut dan mendakwa mereka sekeluarga menghidap penyakit tibi yang berjangkit di dalam rumah.

Namun menurut Mohd Farid, kebimbangan mereka sampai ke kemuncaknya apabila bapanya Idris Mohd, 60, menghembuskan nafas terakhir pada September 2010 diikuti abangnya Mohd Jusoh, 38, seminggu kemudian selepas menderita penyakit misteri itu selama lebih dua tahun.

Dia yang bekerja sebagai kakitangan di sebuah stesen minyak di pekan Parit Buntar mendakwa, perbuatan syirik itu tidak berakhir di situ saja apabila dia pula diserang santau sebaik kematian dua ahli keluarganya itu.

“Saya pernah dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas memuntahkan darah pekat berwarna merah kehitaman.

“Doktor yang melakukan pemeriksaan mulanya mengesyaki saya mengidap tibi. Namun dia akhirnya gagal memberi jawapan tepat selepas ujian darah mendapati saya bebas dari jangkitan bakteria mycobacterium tuberculosis,” katanya yang menderita penyakit misteri itu sejak hampir tiga tahun lalu.-myMetro

p/s sihir zaman Nabi dah ujud...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2014 06:55 AM | Show all posts
Nabi disihir

Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku. Disebut dalamhadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripadaBani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi.

Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan,baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukansesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengankatanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, makasalah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanyabertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?


Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkanorang. Ditanyalagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab­nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain(sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barangtersebut? Dijawab­nya, ditanam dalam sebuah periginamanya Perigi Darwan.


Makaditanya lagi, dengan apa­kah kita akan merawatkan Muham­mad ini? Maka dibacakanbeberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w.sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa­sanya, Allah SWTtelah menyem­buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalanganmanusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


MusuhIslam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahajauntuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadissahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari ba­rang-barangsihir tersebut, dikeluar­kan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.


Peristiwa ini tidak boleh disa­makan dengan manusiadi zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan,menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripadamelakukan kerja harian.


Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasaada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang me­ngetahui,Aishah pun tidak menge­tahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki(malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayatpelindung penyakit sihir.


Ia merupakanpanduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidakmengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahubahawa baginda telah matbub (disi­hirkan).


Jika Nabi sendiri tidak menge­tahui bagindadisihirkan, bagaima­na orang hendak berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba sipengubat mengatakan ‘kamu telah kena sihir’ Datang pesakit lain, dikata ‘kamutelah kena buatan orang’, ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘ka­mu telah disihir fulan bin si fulan.’


Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir,ini­lah masalah yang kita hadapi. Tidak sepatutnya berlaku sede­mikian kerana hanya Allah sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya. Pengubatan disyariatkan,tetapi jangan sampai mendakwa orang itu kena sihir atau menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.

http://www.darussyifa.org/002_NabiDisihir.php


Last edited by tongkatwaran75 on 26-3-2014 07:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2014 06:57 AM | Show all posts

MOHD Farid melakonkan kembali cara dia berubat untuk membuang santau.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 07:02 AM | Show all posts
Dr dok buat kerja haram menyihir org, baik la tok moh ni suruh jin pak turut dia pi tlg cari kapalterbang...nak tgk, handal ke tak handal..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 07:15 AM | Show all posts
raja bomoh kan ade
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 07:47 AM | Show all posts
area situ meme kuat santau..
melayu dan santau berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2014 07:57 AM | Show all posts
baru ni budak office akak datang rumah dgn mak dan family dia.
menangis2 kata nak berhenti kerja. akak tanya kenapa apa masalahnya
jawabnya dia rasa takut yg amat sangat dan sampai tak boleh drive dan duduk sorang2.
depa pi jumpa ustaz katanya dihantar santau angin. kesian plak dahler nak kawin bulan 6 nih.
so akak advice ler jgn berhenti secara mengejut apa2 hal pi berubat2 dulu ambik cuti tanpa gaji
akak kata pasal masalah mu akak akan kata mu sakit dan bercuti tanpa gaji jer. yerlah chinese kan mana nak faham ada blackmagic ni.

  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:02 AM | Show all posts
percaya atau x percaya..
benda ni ada kebenaran nya
my niece pun kena mcam ni..
gi hospital doc x sahkan apa2 penyakit pun
try perubatan tradisional ni..
Alhamdulillah..ok mpai ari ni.. menurut perawat dia kena santau..
tp bukan org nk buat kat dia, org nk buat kat roomate dia..tp terkena kat dia..ntah la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 08:14 AM | Show all posts
nw111 posted on 26-3-2014 07:02 AM
Dr dok buat kerja haram menyihir org, baik la tok moh ni suruh jin pak turut dia pi tlg cari kapalte ...

Kalau doktor ada pengkhususan merawat, maka bomoh pun gitu juga dek.  Bomoh menelek tak boleh mengubati penyakit.  Dia hanya tenung dlm gelok air atau mll buluh bambu atau berkarpet terbang meninjau2.  Memasing ada cara tersendiri.  Saya agak je sebab saya bukan bomoh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
7 dosa besar dlm islam salah satunya ialah sihir
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:21 AM | Show all posts
DianKdeja posted on 26-3-2014 07:57 AM
baru ni budak office akak datang rumah dgn mak dan family dia.
menangis2 kata nak berhenti kerja. a ...

cina tak tau black magic?....
kekdg dorang lagi taksub......
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:25 AM | Show all posts
jazaa posted on 26-3-2014 08:21 AM
cina tak tau black magic?....
kekdg dorang lagi taksub......

yg pasti  cina majikan akak mmg takkan pecaya menda2 black magic.
cina lain akak tak tau ler
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:28 AM | Show all posts
apa kata pengamal ilmu hitam ni buat magic macam david coperfield...pastu buleh la buat show kat genting...ni kat genting asik mat salleh/rusia je buat magic....

cuba la belajar sikt kembangkan ilmu itam tu....cth cuba buat keluarkan arnab dari topi ke? terbangkan keta ke? hilangkan sejambak bunga ros ke? atau tukarkan kertas suratkabar ke note rm50?

Last edited by salimrock on 26-3-2014 08:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan orang Melayu yang berjaya.. Mati sebab disantau oleh orang yang berdendam dengan dia

Serupa la org kampung aku, anak kampung.. Berjaya.
Jadi hakim. Pstu tak lama pasti sakit pelik. Muntah2 darah bagai.. Jumpa segala pakar kat Malaysia.. Singapura.. Semua kata takde penyakit

Last2 meninggal
Sminggu sblum meninggal famili dia terima call dari someone yang santaukan dia
Mmg niat pemanggil tu nak dia mati.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:31 AM | Show all posts
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami'ul
'alim


amalkan baca doa di atas untuk elakkan santau. Bacalah setiap kali lepas solat, sebelum tidur dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:39 AM | Show all posts
nolya posted on 26-3-2014 08:14 AM
Kalau doktor ada pengkhususan merawat, maka bomoh pun gitu juga dek.  Bomoh menelek tak boleh meng ...

Saya x kesah kalau bomoh yg merawat org....saya cakap ni pasal bomoh yg menyihir org...guna santau, ilmu hitam bagai dgn tujuan mendtgkan mudarat pada org lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 09:07 AM | Show all posts
Black magic - ramai yg tak percaya dan ramai jugak yg percaya.

Cina pun hebat jugak bab2 black magic ni. Kalau jumpa hantu Cina, jgn lupa tahan nafas dan kentut supaya hantu tu tak detect
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 10:42 AM | Show all posts
mintak dijauhkan...amin...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 10:43 AM | Show all posts
batmana posted on 26-3-2014 08:30 AM
Kebanyakan orang Melayu yang berjaya.. Mati sebab disantau oleh orang yang berdendam dengan dia

S ...

ape la yg si pembuat tu dpt kalau org tu mati kan..
dpt jd hakim ke...
mcm2..

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 10:51 AM | Show all posts
Yang saya dengar orang citer la..santau ni kalau xdigunakan utk sihir orang,setahun sekali bomoh santau ni kena lepaskan juga supaya santau ni xmakan tuan...sebab tu kadang2 ada orang yang xberkenaan pun kena juga santau  ni..kadang2 kalau terkena di kedai makan,biasa saing kedai makan tu yang hantar supaya bisnes kedai2 ditutup..jadi pelanggan yang xberdosa dan tidak tahu menahu yang jadi mangsa..dengki kekdahnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080778 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list