View: 18983|Reply: 274
|
[Tempatan]
Gaji RM5K ke atas dianggap berpendapatan tinggi
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 21 Mei - Pertambahan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia mampu mendorong kenaikan kos kehidupan masyarakat jika tidak dipantau dengan baik.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pemantauan itu termasuklah menyediakan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat.
Beliau berkata, penumpuan penuh kepada pertumbuhan ekonomi secara amnya telah melahirkan kelompok berpendapatan sederhana yang ramai, dan fenomena itu dijangka berterusan dalam jangka masa panjang.
Katanya, di Asia ketika ini hampir 500 juta penduduk merupakan golongan berpendapatan sederhana dan dijangka mencecah tiga bilion pada 2030 dengan pembangunan ekonomi yang berterusan menyebabkan lebih ramai berpindah untuk hidup di bandar-bandar utama, khususnya golongan berpendapatan sederhana.
"Jika tidak ditangani, hal itu boleh mengakibatkan kemiskinan bandar dan seterusnya mewujudkan masalah sosioekonomi," katanya semasa menyampaikan ucaptama Persidangan Perbankan Asia 2014 di sini hari ini.
Jelasnya, walaupun Asia kini mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat berbanding benua yang lain tetapi masih menguasai dua pertiga kadar kemiskinan global.
Sebelum ini, beberapa kajian yang dilakukan telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mengalami perangkap pendapatan sederhana. Bagaimanapun hal itu telah disedari oleh kerajaan yang giat melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi mengalihkan rakyat negara ini kepada golongan berpendapatan tinggi.
Berdasarkan buku Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013, negara ini dibahagikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah, manakala RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana dan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi.
Dalam perkembangan lain, Zeti berkata, BNM hanya akan memutuskan sebarang perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai ini menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada bulan itu.
Perubahan OPR itu akan mengambil kira persekitaran kewangan pada waktu tersebut meliputi aspek inflasi, pertumbuhan negara dan ketidakstabilan pasaran.
Beberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan BNM akan menaikkan OPR pada Julai ini, dalam usaha mengawal kadar inflasi negara lebih-lebih lagi selepas negara mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi pada suku pertama 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
malas akak nk baca,panjang sangat.....baca tajuk ja....bodoh ka apa ka...rm5k dah dianggap tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Gabenor cakap lain. Ada manusia dlm Parlimen kata yg pakai BMW pun miskin lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik....kata sebulan haji rm5900 pun x mampu nak beli rumah semi D
So celah mana kata berpendapatan rm5k tu consider pendapatan kategori tinggi? |
|
|
|
|
|
|
|
taraf hidup makin tinggi..gaji takut lama.. |
|
|
|
|
|
|
|
takuk.........
huh typo.... |
|
|
|
|
|
|
|
AHMADVW posted on 22-5-2014 10:46 PM
tambah no 11...saya dapat cgpa 3.8
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkn berpendapatan tggi tu 10k, 15k keatas.... ni 5k taraf pencen mak ayah aku je |
|
|
|
|
|
|
|
5k pendapatan tinggi.... |
|
|
|
|
|
|
|
..pada acik2 pelda, 5K tu kira habis tinggi lar, syukur pada umeno...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye la berpendapatan tinggi...tengok cukai kena berapa... |
|
|
|
|
|
|
|
Menda 5k inkam tggi...zmn bas mini dulu blh la.. |
|
|
|
|
|
|
|
5k kalau berlagak macam pendapatan 30k...memang lah berpendapatan rendah..miskin papa kedana..pinjam along bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang buat kenyataan bodo ni? |
|
|
|
|
|
|
|
5k berpendapatan tinggi? kena tambah zero kat blkg 5 tu baru tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
hallow!!! RM5 K pendapatan tinggi??? kalau dok kat KL tak ada makna nya.
kalau duduk dalam hutan yes 5K memang nilai tinggi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|