View: 8957|Reply: 68
|
[Tempatan]
Misteri suara mengaji di tengah lautan samudera
[Copy link]
|
|
- Che Wan Mohd Razi (tengah) dipeluk erat dua anaknya, Che Wan Norazilah, 19, yang juga atlet Sukma dan Che Wan Mohd Saiful Amin, 20, sebaik bapa mereka tiba di pekarangan rumah di Tanjung Pagar, petang semalam.
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Che Wan Mohd Radzi walaupun agak keletihan ketika tiba di jeti Seberang Takir, awal pagi semalam.
Wan Hassan yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun (kanan) mendengar cerita Che Wan Mohd Razi sambil diperhatikan Azizah (dua, kiri).
DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH,” kata Che Wan Mohd Razi Che Wan De, 48.
Che Wan Mohd Razi adalah seorang daripada tiga nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda dinaiki mereka dihanyutkan arus sebaik dilanggar kapal besar ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada 26 Mei lalu.
Menceritakan kembali detik sebelum tragedi, Che Wan Mohd Razi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam pada hari ketiga mereka berada di laut untuk menangkap ikan.
Menurutnya, ketika itu botnya sedang berlabuh di perairan Kerteh sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah bot pukat tunda besar dipercayai berpangkalan di Kuantan, Pahang menyebabkan botnya terhuyung-hayang lalu mengambil keputusan memotong sauh bagi mengelakkan bot karam.
"Selepas perlanggaran itu, saya cuba hidupkan enjin bot untuk pulang ke pangkalan, tapi gagal kerana masalah bateri.
"Walaupun ketika itu baru dapat satu bakul hasil tangkapan, kami terpaksa batalkan niat menangkap ikan setelah bot rosak," katanya.
Bot yang berpangkalan di jeti Nibong Bawah, Dungun itu akhirnya secara perlahan-lahan dihanyutkan arus ke tengah laut sehingga masuk hari kelima.
Tidak putus berdoa
Kata Che Mohd Wan Razi, sepanjang tempoh berkenaan, mereka tidak putus berdoa agar muncul bot lain bagi memberikan bantuan, selain berusaha memberikan isyarat melalui pelbagai cara termasuk menyalakan lampu suluh dan melaung sekuat hati, namun semuanya hampa.
Dia juga cuba menghubungi keluarga dan rakan lain melalui telefon bimbit, bagaimanapun tiada isyarat talian.
"Kami hanya bertemankan lampu suluh setelah lampu bot gagal dinyalakan kerana masalah bateri.
“Dalam keadaan seperti itu, kami juga terpaksa makan secara berjimat untuk mengelakkan makanan habis,” katanya.
Menurutnya, dia dan dua lagi rakannya berjaga secara bergilir untuk memberikan isyarat setiap kali ternampak bot yang melintas, namun semuanya hampa kerana isyarat yang diberikan melalui cahaya lampu suluh gagal dilihat.
Katanya, dalam masa tiga jam, bot mereka dihanyutkan kira-kira dua batu nautika ke tengah lautan dan dalam masa lima hari, bot sudah hanyut kira-kira 18 batu nautika dari lokasi pertama sauh putus.
Hati berasa sayu
“Saya tak takut mati, cuma hati rasa sayu melihat kejadian Tuhan, malah merasakan apa yang berlaku seolah-olah satu cerita.
“Dalam situasi itu, saya terus berdoa sehinggalah saya berjaya ditemui,” kata tekong bot itu.
Bagaimanapun Che Wan Mohd Razi berkata, saat paling menyentuh perasaannya ketika berada di tengah lautan apabila dia tiba-tiba terdengar suara orang mengaji al-Quran sebaik masuk waktu Subuh pada hari ke tujuh dan hari terakhir sebelum botnya ditemui.
Katanya, ketika itu, hatinya tiba-tiba berasa sayu, apatah lagi melihat kebesaran Tuhan dengan lautan yang meluas dan jarak lokasi ketika itu kira-kira 90 batu nautika dari perairan Seberang Takir Kuala Terengganu dan 20 batu nautika dari sempadan perairan Laos.
Di saat itulah, dia berdoa sekali lagi agar ditunjukkan jalan keluar menemui daratan sebelum botnya ditemui kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, oleh sebuah bot tempatan yang keluar untuk memancing ikan.
“Sebaik ternampak bot itu, kami melambaikan tangan. Bot kami kemudian ditunda hingga ke jeti Seberang Takir sebelum pulang ke sini (Dungun),” katanya.
Isteri bersyukur suami selamat
Isteri Che Wan Mohd Razi, Azizah Mohamed Abdullah, 43, berkata, dia tidak dapat meluahkan perasaan gembiranya, selain bersyukur kepada Tuhan kerana suaminya berjaya diselamatkan selepas 10 hari hilang di laut.
Katanya, dia menerima berita gembira itu kira-kira jam 5.30 pagi semalam sebaik suaminya sampai di jeti Seberang Takir.
“Akhirnya Tuhan makbulkan doa saya selepas masuk hari kesebelas dia hilang. Saya bersyukur pada Tuhan kerana dia selamat dan dapat meneruskan kehidupan bersama kami,” katanya.
Azizah berkata, walaupun tragedi itu menimpa suaminya, dia tidak akan menghalang suaminya untuk terus menjadi nelayan kerana hanya itu sumber pendapatan mereka sekeluarga.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ahmad Che Ngah, 39, berkata, dia bersyukur kerana berjaya kembali ke pangkuan keluarga selepas 10 hari hanyut di tengah lautan.
Katanya, pengalaman berada di tengah laut dalam situasi mencemaskan itu paling bermakna baginya sepanjang menjadi nelayan.
Operasi mencari dihentikan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Ahmad Zailani Yaacub berkata, berikutan penemuan tiga nelayan hilang itu, operasi mencari dihentikan serta-merta dan pihaknya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang menziarahi ketiga-tiga mangsa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menjejaki tiga nelayan hilang itu.
Wan Hassan yang turut menganjurkan solat hajat berkata, semua pihak harus mengambil iktibar daripada kejadian itu dan sentiasa berserah kepada ALLAH SWT setiap kali ditimpa musibah.
Hadir sama menziarahi mangsa ialah Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Pengerusi Penyelaras Dun Sura yang juga Pengerusi JKKK Tanjung Pagar, Azmi Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mat Yassim Mohamed.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Che Wan Mohd Radzi bersama dua awak-awak, Wan Kamarudin Wan Ali, 52 dan Ahmad Che Ngah dilaporkan hilang setelah keluar menangkap ikan di Perairan Pulau Tenggol, Dungun pada 26 Mei lalu.
Bagaimanapun selepas 10 hari dihanyutkan di tengah laut, mereka berjaya diselamatkan nelayan tempatan kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, sebelum bot mereka ditunda dan tiba di jeti Seberang Takir, jam 5.30 pagi semalam.
yang penting selamat pulang
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah selamat... mlm ni gerak pergi ganu.. nk mencandat.. harap2 sumua selamat... takot pulak rase.... |
|
|
|
|
|
|
|
Insaf baca....apabpun syukur semua selamat |
|
|
|
|
|
|
|
sampai masanya nelayan kita kena jadi nelayan sebagai profession... bkn just utk carik makan...
radio kene ada.... sonar kena ada... br blh dpt ikan banyak... |
|
|
|
|
|
|
|
loyangjohor posted on 6-6-2014 09:05 AM
Alhamdulilah selamat... mlm ni gerak pergi ganu.. nk mencandat.. harap2 sumua selamat... takot pulak ...
Huhuhu... aku pong nak gerak petang ni balik ganu... nak mencadat.. ajak @dino skali...
|
|
|
|
|
|
|
|
MengkuduMasam posted on 6-6-2014 09:06 AM
sampai masanya nelayan kita kena jadi nelayan sebagai profession... bkn just utk carik makan...
r ...
yup.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ever heard of hallucinations under extreme stress? |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 6-6-2014 09:14 AM
Huhuhu... aku pong nak gerak petang ni balik ganu... nak mencadat.. ajak @dino skali...
ku tgh busy...
|
|
|
|
|
|
|
|
Perairan laos??????? Kenapa bangang sgt wartawan yg tulis ni? Laos mana ada perairan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...
segala yg berlaku adalah dgn izin Allah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah dia nak dgr suara irg mengaji, itu tanda kebesaran allah... Kalau halusinasi takkan la semua boleh dgr...takyah la pertikaikan |
|
|
|
|
|
|
|
3 bulan lepas aku pegi Langkawi.. ternampak bot nelayan tengah laut..rasa kesian tengok.. terpikir dgn bot mcm tu dorg cari rezeki..klu hanyut or jadi apa2 mcm manalah family dorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dengar org mengaji di tengah laut. Dulu ada seorang datuk pelayar terkenal semasa berlayar kapal rosak di tengah laut, kununnya terjumpa jesus christ yg membantu. Bila kembali ke daratan terus murtad. Tak tahu la kisah benar atau mitos semata |
|
|
|
|
|
|
|
Leonarzi posted on 6-6-2014 09:36 AM
Perairan laos??????? Kenapa bangang sgt wartawan yg tulis ni? Laos mana ada perairan!!!
ai baru nak komen bende yang sama? Laos mane ade perairan... ape la wartawannye pon..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku respek survivor camnih..xjadi nk mencerca.
#alhamdulillah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini betul pula lokasi dia
http://www.sinarharian.com.my/3-nelayan-hilang-ditemui-di-perairan-vietnam-1.287299
DUNGUN - Tiga nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan sejak 11 hari lalu di Perairan Pulau Tenggol ditemui selamat awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata mereka yang ditemui nelayan tempatan kira-kira jam 10 pagi semalam kemudiannya ditunda balik dan tiba di jeti Seberang Takir, Kuala Terengganu kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
"Bot mereka dipercayai mengalami kerosakan enjin sebelum hanyut dibawa arus sehingga sempadan Vietnam. Kesemua mereka ditemui selamat dan sihat. Dua daripada mereka telah pulang ke rumah mereka di Dungun," katanya kepada Bernama.
Isnin lalu, Che Wan Mohd Radzi Ce Wan De, 48, bersama dua awak-awaknya Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Ahmad Che Ngah, 39, dilapor hilang setelah keluar menangkap ikan.
Gerakan mencari dilancarkan dengan bantuan sebuah bot polis marin dan dua buat bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta sebuah pesawat Cessna Caravan milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
sometimes aku rase duit cash yg gomen kasi pada nelayan ni kene dibuat pembaharuan.. skim gomen tolong dorg ngan bagi enjin sangkut ngan fiber rasenye da kene upgred kepada cara nak komersil kan hasil tangkapan..
cube jadi ummah usa japan yg gune kelengkapan yg canggih ader segala sonar leh detect ikan kat maner.. dgn care ni bekalan ikan dlm negra xder shortage malahan bleh plak export..
tpi mesti gomen ckp modal xder.. |
|
|
|
|
|
|
|
perairan Seberang Takir Kuala Terengganu dan 20 batu nautika dari sempadan perairan Laos.
OOOoooo Laos....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|