View: 6123|Reply: 39
|
[Tempatan]
JPJ laksana peraturan baharu cermin gelap 1 Nov
[Copy link]
|
|
MELAKA 29 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan peraturan baharu cermin gelap bermula 1 November depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kadar ketelusan cahaya bagi peraturan baharu itu adalah 70 peratus bagi cermin depan, 50 peratus cermin sisi pemandu, 30 peratus cermin sisi penumpang belakang dan 30 peratus bagi cermin belakang
|
|
|
|
|
|
|
|
dah xde duit mungkin, cari duit saman jela.. |
|
|
|
|
|
|
|
saman,saman,saman....cari la duit selagi terdaya... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa. . . . nak beromen kat tempat parking pun susah la pasni . . . .
|
|
|
|
|
|
|
|
Wa bagusnya. Bole la kasik gelap sikit lagi cermin penumpang & belakang. Kesian kat anak2 kepanasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
oohhh belum kuatkuasa lagi ker... patut ler abam jpj tak tahan kete kaka... senyum simpul gitu aja sambil angkat tangan... |
|
|
|
|
|
|
|
keselamatan rakyat terancam. rakyat pon perlukan tinted, bukan vvip je. |
|
|
|
|
|
|
|
pada plat kenderaan ada sticker yg melambang setakat mana cermin gelap dia boleh pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum peraturan baru ni dilaksanakan, dimanakah pengguna2 boleh periksa dgn tepat samada kenderaan mereka melanggar peraturan atau tidak?
|
|
|
|
|
|
|
|
apa2 laaa... mmg kete i x tinted pun..... |
|
|
|
|
|
|
|
wadefak?
70%; 50%, 30%, 30%?
W A D E F A K ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa juga...1 oktober ni JPJ buat operasi untuk no plate dgn lampu yg tak mengikut peraturan khususnya kepada ah beng2 yg suka pasang lampu LED yang menyilaukan mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru kena tahan sbb tinted.
Tatau la bape % tinted tu sbb aku drive kete kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan JPJ bagi pasang tinted gelap VLT 30% tu. Sekarang ni kecerahan yang dibenarkan 50%. Kurang 50% kena saman. So OK la kalau dah dikurangkan ke 30%. Cuma dekat driver je menten 50% & kaca depan menten 70% kecerahannya. Napa ramai tak puas hati ek?
Takkan nak suh pakai VLT10%, langsung tak nampak bende la dalam kete tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama aku pasang tinted gelap cermin penumpang belakang dan cermin belakang. Setakat ni selamat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
5:00PM - 29 Sep 2014
Peraturan baru cermin gelap kuatkuasa 1 Nov
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baru berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baru itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.
Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
"Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguat kuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan di Melaka hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.
Ismail berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baru itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Bagaimanapun, katanya pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong; Sultan; Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri; Ketua Menteri; Ketua Hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.
Katanya pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan di negara ini meningkat daripada 611,000 saman pada 2012 kepada 1.02 juta saman pada tahun lepas.
Katanya jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1.2 juta pada 31 Dis ini berdasarkan peningkatan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta pengguna jalan raya.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
okaylah tu. cuma harapnya untuk plet kenderaan, patut ditukar pakai yg mmg ikut standard yg hanya boleh dikeluarkan dek JPJ sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Bguslh gini. Klu 90% cermin dpn ok x? |
|
|
|
|
|
|
|
70% kat depang...takut jpj tak nampek stiker cukai jalan kot....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|