CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8817|Reply: 92

[Tempatan] Pelekat peti sejuk punca kanser?

[Copy link]
Post time 30-10-2014 11:03 AM | Show all posts |Read mode
  • Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan dakwaan magnet pelekat peti ais boleh menyebabkan kanser seperti yang disebarkan di media sosial.


AUTA

        Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.

        Laporan itu dikongsikan beberapa blogger  serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

        Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman  Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

        Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.

        Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.


FAKTA

        Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.

        Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.

“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.

        Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.

“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelekat-peti-sejuk-punca-kanser-1.328856


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya awloh bende nih dah lama sis..ummah suka sngt mengupkan fitnah fitnah lama...hidup xsebar fitnah x afdhal kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:06 AM | Show all posts
ini rumour ajalah.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:08 AM | Show all posts
apa pekdah letak magnet ni??bukan ke menyemak je kt petiais..jadi satu keje plak nk alih bila nk lap kasi nampak kilat.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu bini aku pun cabut semua fridge magnet. Aku tanye kenapa. Dia ckp fridge magnet boleh sbb kn cancer. Aku ckp, org yg bertuhan kan fb, mmg mudah percaya dgn benda2 ni. Pastu terus dia letak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:14 AM | Show all posts
gula memainkan peranan utama...gula putih gula dari tebu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 11:16 AM | Show all posts
aku nak gelak guling2 baca ada org percaya kat mende ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 11:16 AM | Show all posts
shamsadis posted on 30-10-2014 03:14 AM
gula memainkan peranan utama...gula putih gula dari tebu

sangat betul bro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 11:39 AM | Show all posts
pernah baca ini hal, cancer byk sbb punca lain yg lebih dominan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:49 AM | Show all posts
Yang buat, yang jual fridge magnet tu mesti ramai yg dah kena cancel .. hari2 mengadap benda tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:49 AM | Show all posts
shamsadis posted on 30-10-2014 11:14 AM
gula memainkan peranan utama...gula putih gula dari tebu

motip takde kaitan ngan magnet mahupon peti sejuk?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Saia suka fridge.magnet..



Spe xnk, bleh bg saia.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:53 AM | Show all posts
bebudak kecik suke sgt gi kopek benda alah ni kat fridge
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:57 AM | Show all posts
saya pun suka fridge magnet.  Penuh dah kat peti ais.

Satu keje lak nak kena cabut bila nak lap peti tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:03 PM | Show all posts
musangcomel posted on 30-10-2014 11:49 AM
motip takde kaitan ngan magnet mahupon peti sejuk?

x der motip magnet tu dengan kanser, kanser wujud dalam badan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:09 PM | Show all posts
aku ada 3 bijik jer....malas nk beli dah...bila beli baru anak aku selalu buat main sampai rosak pecah punah abis....ntah haper dia minat sgt bende ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 12:45 PM | Show all posts
shamsadis posted on 30-10-2014 12:03 PM
x der motip magnet tu dengan kanser, kanser wujud dalam badan

yela2
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:08 PM | Show all posts
suka kumpul fridge magnet ni

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:22 PM | Show all posts
rospinki posted on 30-10-2014 11:08 AM
apa pekdah letak magnet ni??bukan ke menyemak je kt petiais..jadi satu keje plak nk alih bila nk lap ...

nape kena alih roz? kalau tak lap?  
Last edited by zorrro_03 on 30-10-2014 01:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:30 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 30-10-2014 01:22 PM
nape kena alih roz? kalau tak lap?

masud ros lap petiais la..kan nk kena alih klu kita nak lap kan..semakla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.117073 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list