CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8763|Reply: 80

[Tempatan] Penduduk Sepang bantah Speedmart 99 jual arak secara terbuka

[Copy link]
Post time 10-11-2014 11:04 AM | Show all posts |Read mode


SEPANG – Berang dengan kedegilan sebuah pasar raya yang enggan memenuhi permintaan mereka, lebih 100 penduduk Salak Tinggi berhimpun di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Taman Salak Baiduri di sini petang kelmarin mendesak agar premis itu tidak menjual arak secara terbuka.

Pasar raya yang baru beroperasi beberapa tahun itu didakwa masih menjual arak walaupun banyak kali bantahan telah dibuat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Salak Baiduri, Hishamuddin Hanafiah (gambar kecil) berkata, penduduk membantah penjualan arak secara terbuka itu memandangkan hampir 100 peratus daripada kira-kira 10,000 penduduk di kawasan itu beragama Islam.

“Kami bukan meminta mereka menutup perniagaan, sebaliknya mahu mereka jangan menjual arak dan hormat sensitiviti masyarakat Islam di sini.

“Kami bimbang penjualan arak secara berterusan di tempat kami lambat laun akan mengundang gejala sosial dan jenayah di kawasan ini,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.

Isu penjualan dan pengambilan arak secara terbuka mendapat kecaman ramai pihak sejak kebelakangan ini termasuk penganjuran festival arak Oktoberfest anjuran Carlsberg pada 10 hingga 12 Oktober lalu kerana menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 11:06 AM | Show all posts
alahai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Speedmart jual babi dalam tin jugak...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis kalo ko pandai didik anak  psl halal harom, hidup tepi sungai arak lezat nikmat pon insyallah mereka terpelihara dari air kencing  saitan nih...tapu apakan daya ummah halalkan rokok yang difatwakan haram..jadi selayaknyalah korang hidup dlm mslah sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:08 AM | Show all posts
speedmart ni jual arak todi low end... berderet je kat area kaunter tu... aku selalu berseloroh dgn wife tanya dia nak beli todi cak kapak ke cap sauh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:10 AM | Show all posts
kalau dah tempat tu hampir 100% beragama islam, sangat senang jalan penyelesaiannya. boikot sajalah kedai tu.
Lama-lama kedai tu boleh bungkus. apa punya akal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2014 11:11 AM | Show all posts
kasi boikot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:22 AM | Show all posts
suka betol diorg berdemo sana sini...pastu usung sekeluarga utk berdemo.
last2 budak kecik pun bakal jd pendemo gak masa depan nnti..

benci btol mak bapak akal pikiran mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 11:23 AM | Show all posts
erm..x suka x payah berbelanja terus kat kedai ni..kalau kuat iman tak ada nye nak hadap arak2 murah kat speed mart ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:26 AM | Show all posts
7e pon jual arak
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:26 AM | Show all posts
kacang je isu ni..

speedamrt lepas ni stop jual arak kat area itu.

penduduk plak sila boikot kedai ni ..

lepas tu setel la....

dah demo ni baru speedmart buka mata...

tp kedai speedmart mmg murah la.. tak yah susah2 pi tesco

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:32 AM | Show all posts
ummah dan hipokrit berpisah tiada.. rokok pun haram gak.. tak nak plak berdemo.. munafik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 11:35 AM | Show all posts
minggu lepas pemimpin atasan dah kasi hints
apa2 isu rakyat, parti hendaklah jadi juara
strategi tawan semula selangor
walhal di langkawi lagi la jualan secara terbuka
apasal tak demo?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:41 AM | Show all posts
Pobondo la dorang ni... Sikit2 demo.

Kalau rasa x kuat keimanan nak resist urge untuk membeli arak kat Speed99 ni, tolong la pergi kedai lain. Kedai Abu ada, kedai Ah chong ada, kedai sami ada.

jgn salahkan peruncit sekiranya gejala sosial berlaku di tempat anda. Ganja xde pon jual secara terbuka kat kedai2, tetap ade orang membeli.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:42 AM | Show all posts
aku sedih kat cashier anak muulayu bersubahat jual arak
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:43 AM | Show all posts
Satu lagi kedai yg jual arak secara terbuka tayang depan kaunter mcm rokok ialah KK Mart. Bukan beer, tapi whiskey dan apa jadah tu semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi arak yg dijual adalah stock2 Samsu murahan...sapa la hadap nak beli...bahaya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:50 AM | Show all posts
speedmart paksa dorang beli ke? Last edited by blackred99 on 10-11-2014 02:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 12:14 PM | Show all posts
nnt ada la tu ngo2 ambil perhatian nak msuk tb..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Speedmart kt rumah aku pon jual arak..
Tp xde pon nk berdemo..
Kalau xsuka speedmart, boikot je trus..lama2 msti bankrup n tutup kedai tu..
Buat penat je demo2 semua ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.457166 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list