CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367646|Reply: 1022

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 12-11-2014 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cik.nana at 28-12-2015 12:57 PM

Assalamualaikum. Saya cuma nak share kisah-kisah tak seberapa dari pengalaman saya sendiri yg terjadi kepada ahli keluarga dan saudara-mara. Mana-mana yg terkurang, haraplah dimaafkan.

P/S: Semua nama yg digunapakai dalam cerita-cerita saya adalah nama pelesu belaka.


Kisah 1 - Anak Sepupu Diganggu

Aku baru habis menduduki SPM masa ni. Biasalah, lepas habis SPM, memang goyang kaki menternak lemak ajelah kat rumah. Lepas tension, katanya. Tapi tak sampai sebulan melepak di rumah, aku jadi bosan. Mulalah aku sibuk-sibuk nak cari kerja, nak cari duit. Kebetulan, bila aku suarakan kehendak aku tu, kakak sepupu aku ada sama. Kakak sepupu aku, Kak Zai, ada seorang anak lelaki yg baru berumur 1 tahun yg aku panggil Aqif. Masa aku cakap nak cari kerja tu, Kak Zai syorkan pada aku supaya aku jadi babysitter Aqif buat sementara waktu sebab pengasuh Aqif nak pergi umrah. Aku laju je setuju. Aqif bukan jenis budak yg banyak ragam, senang nak jaga. Bila dia lapar atau berak je dia bunyi.

Jadinya seminggu selepas tu, hari Isnin aku start jaga Aqif. Pagi tu, dalam pukul 7.30, Kak Zai dah sampai depan rumah dengan barang-barang Aqif. Rumah aku kalau pagi memang takde orang. Adik-adik aku semua sekolah. Mama pulak kerja. Tinggal aku je la sorang. Sampai-sampai tu, Aqif masih lagi tidur. Aku letakkan Aqif di ruang tamu, atas toto. Lepas tu aku siapkan barang-barang nak mandikan Aqif sementara tunggu dia nak bangun.

Tengah dia tidur tu, aku baring sebelah Aqif, bukak TV. Ada movie best. Sambil aku tengok movie, aku perasan jugak Si Aqif ni tidur jenis tersentak-sentak. Macam terkejut macam tu. Bila dia tersentak, aku tepuk montot dia perlahan-lahan. Ada sekali dia tersentak, dia merengek perlahan. Aku ingat dia nak bangun dah. Tapi mata dok terpejam lagi. Dia merengek kejap, lepas tu diam. Kadang-kadang, dahi dia berkerut masa tidur. Pendek kata, tak aman dan tenteram la budak tu tidur pun. Aku anggap benda biasa je lah.

Dalam pukul 9 pagi, baru Aqif terjaga. Aku mandikan dia, lepas tu bagi susu. Masa tengah hisap susu tu, jari Si Aqif ni asyikla dok menunjuk ke arah kipas kat siling tu. Lepas tu dia gelak-gelak. Aih, lain macam budak ni! Tapi aku buat takde apa jugak. Tengah hari tu, adik-adik aku balik dari sekolah, mainlah kejap dengan Si Aqif sementara aku siapkan lunch. Tetiba adik aku yg Angah tu tanya aku, "Long, apsal ada lebam kat peha Aqif?" Aku pun terkejut la. Masa aku mandikan tadi, takde pulak aku nampak lebam ke merah ke apa. "Mana? Mana?" aku cepat-cepat ke depan, nak check. Angah tunjuk kat peha kanan Aqif. Ada tanda kebiru-biruan kat situ. Aik! Bila masa pulak ada lebam ni? Aku garu kepala. Habislah, nanti Kak Zai ingat aku dera anak dia pulak!

"Apsal eh, Aqif suka tunjuk-tunjuk kat kipas?" adik aku yg Alang pulak tanya. Baik-baik je Alang tanya macam tu, tetiba Aqif menangis. Dengan sangat kuat. Macam ada orang pukul dia. Terkejut kami adik-beradik. Aku cecepat ambil Aqif sambil pujuk dia. Aqif siap menjerit lagi apa bagai. Aku panik kejap. Tadi dia ok je, apahal pulak tetiba mengamuk ni? Lama jugak aku ambik masa nak pujuk Aqif, itu pun dah berhenti menjerit, dia dok tersedu-sedan lagi. Entah apa yg dia sedih sangat aku pun tak tau. Bagi susu tak nak, bagi puting tak nak. Apa pun tak nak. Tapi lama-lama dia bertenang. Masalahnya, lepas tu, dia tak bagi aku letak dia. Dia nak aku dukung je dia. Sikit pun dia tak nak lepas aku. Adik aku nak ambik pun dia tak mau. Dah ke hulu ke hilir la aku ni dok bawak dia. Aku makan nasik pun pegang dia.

Mujur waktu nak solat dia lepas. Aku letakkan dia kat sebelah aku masa solat. Masa tu dia dok diam je sambil main mainan yg mak dia bawak. Tapi habis-habis aku bagi salam, terus dia panjat aku. Buat tak nak lepas dia. Lantak kaulah labu. Aku bawak Aqif pergi ruang tamu, duduk tengok TV dengan adik-adik aku. Tengah tengok TV, Aqif terlena sendiri. Aku pun letakla dia atas toto. Aku join baring sebelah dia. Macam biasa, Aqif macam tersentak-sentak masa tidur. Aku pulak macam tergerak hati, baca ayat Kursi dan hembus ke ubun-ubun Aqif. Magik! Lepas tu dia tidur diam, takde terkejut dah. Lepas tu, dgn aku sekali terlelap sebelah Aqif.

Masa terlelap ni, aku mimpi. Aku nampak Aqif merangkak datang kat aku, tapi tiba-tiba ada tangan lain angkat Aqif. Tangan tu hitam melegam, kuku panjang. Aqif menangis sekuat hati. Aku cuba nak ambik Aqif tapi tangan tu angkat Aqif tinggi-tinggi. Aku nampak tangan je masa tu. Badan ke apa aku tak nampak. Aku menjerit panggil nama Aqif. Dan Aqif terus menangis. Tangan tu angkat Aqif, makin lama makin tinggi. Sampai aku tak nampak Aqif sebab gelap. Sayup je aku dengar suara Aqif menangis.

"Along! Along!" badan aku digoncang kuat. Aku buka mata. Angah yg kejutkan aku rupanya. Serentak, telinga aku dapat tangkap bunyi tangisan Aqif. Aqif tengah menangis rupanya. Bukan tahap menangis lagi ni. Dah meraung dah aku rasa. Meleleh-leleh air mata dia. Alang tengah cuba pujuk dia, tapi tak jalan. Aku ambil Aqif dari Alang, cuba pujuk dia. Pun tak jalan jugak. Kami 3 beradik mati kutu sekejap dengar Aqif melalak semahunya. Last-last Angah ambil CD orang mengaji Quran dan pasang. Sikit demi sikit, Aqif mula berhenti menangis. Aku dah rasa tak sedap hati dah. Aku teringat mimpi aku. Meremang habis bulu roma bila teringat. Aku SMS ke Kak Zai suruh dia balik awal sikit. Kak Zai terus call aku.

Kak Zai: Kenapa, Long?
Aku: Aqif ni ha, semacam sikit la kak.
Kak Zai: Kenapa? Kenapa? *panik*
Aku: Tak... takde serius pun. Kak Zai balik la awal sikit eh? Satgi Along bagitau.
Kak Zai: Aaa... yelah. Kejap Kak Zai tanya bos dulu naaa.
Aku: Orait.

Lepas Aqif dah mula tenang, sekali lagi dia tak bagi aku letak dia. "Eh, Long, ada lebam lain la kat kaki Aqif!" Alang tunjuk kat peha kiri Aqif. Pulak! Aku check, memang ada. Macam fresh pun iya kesan lebam tu. Aku dengan adik-adik aku berpandangan sesama sendiri. Masa tu aku dah tak sedap hati dah. Ada 'benda' ke yg mengganggu Aqif ni? Aku tak pernah pulak dengar Kak Zai cakap pasal benda tu. Aku tengok ke arah kipas siling yg Aqif dok tunjuk-tunjuk pagi tadi. Serentak kembang semacam tengkuk aku. Telinga pun rasa berdesing je. Aku berselawat sambil usap belakang badan Aqif.


==============================

Nanti sambung lain...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 03:42 PM | Show all posts

cepat sambung wey
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:54 PM | Show all posts
ku tunggu sambunganmu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 05:12 PM | Show all posts
cepat sambung yerrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2014 06:25 PM | Show all posts
Ok sambung...

======================

Dalam pukul 4 petang, Kak Zai dah terpacak depan pagar rumah aku. Dia nampak agak panik. Aku serah Aqif ke mak dia. Kami duduk berbual di ruang tamu.

Kak Zai: Kenapa, Along? Kenapa dengan Aqif?
Aku: Takde. Aqif ni dah dua kali hari ni menangis melalak menjerit semacam. Risau gak kot sakit ke apa.
Kak Zai: Yeke, Long? Tapi pagi tadi dia ok je. Badan pun tak panas.
Aku: Kak, ni nak tanya. Aqif ni memang tidur selalu tersentak ke? Terkejut macam tu.
Kak Zai: Yang tu baru start minggu lepas. Yang lepas Kak Zai balik dari kampung Abg Din.

Aku baru teringat. Minggu lepas ada pakcik Abg Din (suami Kak Zai) meninggal di utara tanah air. Mereka anak-beranak balik ke kampung masa tu sebab Abg Din rapat dengan pakcik yg meninggal tu.

Aku: Kejap. Kak balik tengah malam kan masa tu?
Kak Zai: Ha la. Kan orang tu meninggal lepas Isyak. Sementara nak tunggu Abg Din balik kerja apa, tengah malam baru bertolak.

Aku terdiam kejap. Aku tengok kat Aqif. Masa tu mata dia dok tengok kat kipas sekali lagi sambil dok tunjuk-tunjuk. Aqif ni bukan boleh bercakap sangat lagi walaupun umur dah setahun. Dia tau sebut 'Mama' dengan 'Bah' je. Lain ikut sedap mulut dia nak cakap.

Aku: Tengok Aqif, dok tunjuk apa tu?
Kak Zai: Ni biasa dah ni. Kat rumah, rata dia tunjuk. Sat kat atas almari, sat kat kipas, sat kat dalam bilik air.
Aku: Kat rumah dia tak pernah ka menangis melalak macam orang dera dia?
Kak Zai: Ada la jugak. Tapi kak tak ambik pusing sangat. Kak rasa dia bad mood ka macam tu.
Aku: Kak cuba tengok kaki dia tu, ada lebam. Sebelum ni kak perasan dak?

Kak Zai belek-belek kaki anak dia.

Kak Zai: Ish... sejak bila ada ni, Long? Kak tak pernah nampak pun sebelum ni.
Aku: Angah perasan tak sat ni. Lepas tu hat belah kiri tu Alang perasan baru tadi. Tak tau macam mana boleh lebam. Dia tak jatuh ka apa pun.
Kak Zai: Ish la... kesian anak mama ni. Nanti mama boh minyak gamat naa...

Kak Zai usap-usap kepala Aqif. Aku nak cakap apa yang aku rasa, tapi aku risau Kak Zai tak percaya pulak. Nanti aku pulak dituduhnya mereka cerita. Sudahnya, aku diamkan aje. Tengah dok berbual tu, Mama balik. Aku pun cerita kat Mama apa jadi masa aku jaga Aqif, siap aku tunjuk lebam di kaki Aqif. Angah dgn Alang jadi tukang back up cerita.

Mama: Zai, cuba panggil ustaz ka mai tengok Aqif ni. Kot ada yg 'berkenan' kat dia ka...

Haa, yes! Mama dah suarakan apa yg terbuku di hati aku.

Kak Zai: Ishhh... Mak Long rasa ada ka?
Mama: Kita tak tau, Zai. Budak ni kan senang kena macam tu. Baru ni Zai kata Aqif dok merengek tengah-tengah malam kan? Takkan saja-saja dia nak merengek...
Kak Zai: Tu lah... bagi susu pun tak mau. Bila kita pegang, dukung dia baru nak diam, baru nak lena. Kalau letak ja, dia boleh bangun merengek pulak.
Mama: Ha tuu... kan dah lain macam sangat tu? Suruhla Din panggil ustaz ka apa. Kesian kat Aqif ni.
Kak Zai: Iyalah, Mak Long. Malam ni Zai cakap kat dia.

Malam tu, lepas Isyak, Kak Zai dgn Abg Din datang rumah bawak Aqif. Aqif tengah menangis, macam dia menangis siangnya. Kata Kak Zai, dari Maghrib lagi Aqif dah start. Mula-mula merengek je. Lepas tu lama-lama menangis makin kuat. Kak Zai dgn Abg Din aku tengok panik je. Mama ambil Aqif dari Kak Zai, bawa masuk rumah. Mama ada baca something, lepas tu dihembus ke ubun-ubun Aqif. Mama gosok-gosok belakang badan Aqif sambil zikir 'La Ilahailallah' berulang kali. Tak sampai dua minit, Aqif diam. Cuma tinggal sedu-sedan je. Tak lama lepas tu, Aqif terlena.

Mama: Dah panggil ustaz dah?
Abg Din: Panggil dah. Weekend baru ustaz boleh mai.
Mama: Ni baru hari Isnin, Din oi. Nak tunggu anak biru ka baru nak panggil?

Haa... kan Mama dah marah. Abg Din garu kepala.

Mama: Takpalah. Sat Mak Long call kawan sat. Zai, pegang Aqif ni.

Mama call la kawan dia yg suaminya ustaz. Dalam setengah jam macam tu, diorang sampai. Sembang-sembang sikit, ustaz minta nak ambil Aqif dari Kak Zai. Belum sempat ustaz ambil, Aqif buka mata, dan UWAAAAAAAAAA!!! Sekuat-kuat hati dia. Terkejut habis orang dalam rumah. Ustaz buat tak endah, je terus ambil Aqif. Aqif siap keraskan badan dia bila dipegang ustaz, dengan melalak dia lagi. Aku tengok Kak Zai dgn Abg Din tak betah jadinya bila anak dah serupa orang kena dera. Ustaz pangku Aqif dan mula-mula, dia baca ayat apa aku tak tau. Bunyi macam Al-Ikhlas, tapi aku tak sure. Automatik, Aqif senyap. Macam suis ditutup. Badan dia pun dia tak keraskan dah.

Ustaz baca-baca, lepas tu hembus dari hujung kepala Aqif sampai ke hujung kaki. Masa tu Aqif siap boleh gelak-gelak, macam bersembang dgn ustaz tu dalam bahasa dia. Ustaz pun agah-agah dia. Dia gelak. Kak Zai dgn Abg Din tarik nafas lega tengok anak diorang macam dah ok. Ustaz serahkan Aqif pada Abg Din.

Ustaz: Tak ada apa ni, insya Allah.
Abg Din: Kenapa dengan anak saya, ustaz?
Ustaz: Anak kecik, biasalah ada yg berkenan nak dibuat 'kawan'.
Abg Din: Astaghfirullah... tak sangka pulak saya.
Ustaz: Ini... boleh kita ke rumah awak sekejap? Biar kita selesaikan malam ni.

Maka berangkatlah kami ke rumah Kak Zai pulak. Mama ajak aku ikut sekali. Sampai di rumah Kak Zai, ustaz berdiri di tengah rumah dan laungkan azan. Mula-mula bila ustaz nak laungkan azan, Aqif macam menjerit. Tak menangis, tapi macam marah. Mula-mula tu jelah. Lepas tu dia ok. 3 kali ustaz tu laungkan azan, kalau tak silap aku. Masa pertama kali ustaz azan, ada bunyi benda jatuh kat tingkat atas. Berdegum bunyinya. Aku pulak yg rasa nervous. Kak Zai dah siap paut tangan Abg Din dah. Habis azan, ustan pun pesan pada Abg Din, rajin-rajinlah azan dalam rumah, sebab makhluk tu semua takut dengan azan. Rajin-rajin baca Al-Quran, pesan ustaz lagi. Jangan baca saja, paham dan amalkan. Macam-macamlah yg ustaz pesan.

Last sekali, ustaz pesan jangan suka sangat bawak anak keluar tengah-tengah malam, tak elok. Sampai part ni, Mama pun iyakan jugak. Masa ni tetiba Si Aqif angkat tangan, melambai-lambai kat pintu macam say goodbye gitu. Aik, siapa pulak yang Aqif lambaikan ni?

Tamat.

==========================

Alhamdulillah, Aqif ok lepas tu. Takde la menangis menjerit-jerit tu, tidur tersentak-sentak ke. Tapi ada sekali tu, masa ni umur Aqif dah 2 tahun, saya teman Aqif main bola kat luar rumah. Tiba-tiba dia pergi kat pagar, dia cakap "Mehla mashok. Meh, meh." Padahal takde sesiapa pun kat pagar tu. Seram sejuk saya dibuatnya. Terus bawa Aqif masuk rumah. Tah siapa-siapala yang diajak masuk rumah...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 07:55 PM | Show all posts
nak lagi...
nak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2014 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai ko cite dik.. Suke baca.. Ni mesti spm ko dapat A dlm bm kan.

Nowa bagi 4 bintangggg!!! Taniaa taniaaa..

Teruskann.. Menarik pengalaman ko.

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 10:47 AM | Show all posts
lain-lain experiece berstatus misterius tada ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 10:50 AM | Show all posts
good job TT. best baca! more more
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 10:55 AM | Show all posts
Ni satu kisah lagi. Sebelum tu, saya bagitau dulu siap-siap, saya ada 6 beradik. Along (saya ler tu), Angah, Alang, Ateh, Acik dan Acu. Semua perempuan, kecuali Acu si bongsu. Umur kami hanya beza setahun sorang, kecuali Acu. Jarak umur saya dgn Acu 6 ialah 8 tahun.

Kisah 2 - Langkah Tangkal

Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Aku masih lagi lagha depan PC, main game Diner Dash. Almaklumlah, tengah cuti sem, ambil kesempatan buat lagha. Kalau kat U pun, aku bukan tidur awal. Terbawak-bawak sampai rumah. Samalah dgn Angah dan Alang. Angah dok layan drama Korea di TV. Alang dok buat assignment dia.

Tiba-tiba, telefon rumah berbunyi. Aik, tetengah malam ni siapa pulak yg call? Aku ingat nak biarkan je, malas nak jawab. Tapi bila pikir, mungkin ada kecemasan, aku jawab.

Aku: Halo, halo.
Orang sana: Helo, ni rumah Puan Hani ke?
Aku: Ye, saya anak dia. Siapa ni ye?
Orang sana: Saya ni warden dari Sekolah Teknik ABC. Nak minta datang ambil adik cik, Ija kat asrama ni.

Ija ni Acik. Masa ni umur 17, nak ambik SPM. Dia duduk asrama start dari tingkatan 4. Aku pelik la, apsal tetiba nak kena gi ambik Acik tetengah malam ni. Masa tu, Mama turun dari atas. Mama tanya siapa yg call. Aku bagi je phone kat Mama. Aku jadi tukang sibuk, tunggu dengar Mama cakap dengan warden.

Mama: Hah? Pengsan? Dia demam ke? Sakit? Ohh... baru jadi. Apa jadi ye? Ooo... gitu. Aaa... yelah. Ramai ke? Ye, oklah, saya pergi ambil dia sekarang.

Mama letak phone dan pandang muka aku.

Mama: Pergi siap. Nak ambil Acik kat sekolah.
Aku: Nape, Ma? Acik pengsan ke?
Mama: Haah.

Masa ni Abah pulak turun. Abah tanya, apa jadi.

Mama: Acik pengsan kat sekolah. Histeria katanya.
Along: Haaaahhh... histeria? Acik ke histeria? Ke orang lain pun kena?
Mama: Ramai jugak, kata wardennya. Yang mana rumah dekat, warden panggil ambik. Jomlah kita.

Mama semacam gelisah je. Aku pun siap-siap ala kadar, nak ikut Mama dan Abah. Masa dalam kereta tu, Abah tanya aku, "Along takut tak ni?" Eh, eh, Abah ni, ape keheinya pergi tanya soalan macam tu kat aku. Sebenarnya, masa tu aku tak pikir takut pun. Aku cuma pikir keadaan Acik je sekarang macam mana. Tapi bila Abah dah tanya, aku rasa macam aku adala takut sikit. Aku cakap je pada Abah, "Nak takut pun, Acik yg kena." Abah senyum je.

Sampai kawasan sekolah Acik, aku tengok lampu asrama terang-benderang. Ramai jugak orang berkumpul kat perkarangan asrama dia tu. Ada student, ada family diorang. Aku turun dari kereta, sorang kawan Acik yg aku kenal datang menghampiri kami. Dah salam-salam, aku tanyalah "Ape citer ni?"

Mona: Tadi kitorang tengah prep. Tetiba kitorang dengar orang menjerit lepas tu mengilai-ngilai. Memula tu sorang je menjerit, lepas tu berjangkit.
Aku: Habis, dengan Si Ija pun sekali menjerit?
Mona: Memula tu dia ok je. Bila start menjerit tu, warden suruh semua orang balik dorm masing-masing. On the way nak balik dorm tu, Ija cakap telinga dia panas. Lepas tu dia tanya saya, dengar tak orang mengilai, dekat je. Saya cakap tak dengar. Masa masuk dorm tu tiba-tiba dia menjerit. Dia menjerit, menangis, ketawa... pastu pengsan.

Gulp! Aku telan air liur. Sampai camtu sekali ke. Aku tak pernah tengok orang histeria ni. Ni adik sendiri kena, aku pun rasa nervous jugak. Mama pun tanya la mana adik aku tu. Mona cakap diorang letak dia kat surau. Surau tu dekat je dengan tempat kitorang parking. Aku jenguk dalam surau, diorang tengah baca Yaasin. Ada 2 - 3 orang yg terbaring tak sedar diri dalam surau. Aku saspek tu mangsa histeria la tu. Ada dalam 10 orang macam tu, diorang angkat Acik nak bawa ke kereta. Kalau nak diikutkan, Acik ni kecik je orangnya. Kurus dan kecik. Ni sampai 10 orang sekali angkat dia, macam dia tu berat gila.

Mama: Ramainya angkat.
Mona: Berat dia ni, Auntie. Ni pun macam nak patah pinggang angkat!

Aku macam tak percaya jugakla. Acik pernah terseliuh kaki, jadi aku pernah papah dia. Aku rasa, dia takdela berat mana pun. Setel letak Acik kat tempat duduk belakang, kami bertolak balik. Aku pangku kepala Acik. Sepanjang perjalanan balik, sikit pun dia tak sedar, tak bergerak. Mama panggil dia pun, takde reaksi. Aku pegang tangan dia. Sejuk je.

Sampai je kat rumah, aku panggil Angah ngan Alang tolong angkat Acik. Abah tak sihat, kudrat tak kuat nak tolong angkat. Mama, aku, Angah dan Alang angkat Acik. Dia punya berat, macam nak putus tangan aku! Terkejut aku. Susah-payah kami angkat dia bawa masuk dalam rumah. Memang berat gila. Sedangkan 10 orang angkat pun kata berat, inikan pulak kudrat aku 3 beradik dgn Mama je. Kusss semangat! Abah suruh baringkan Acik di ruang tamu. Angah atau Alang dah hamparkan toto di ruang tamu tu. Kami duduk sebelah Acik. Abah naik ke atas.

Mama panggil Acik dua tiga kali sambil goyang-goyangkan bahu. Takde respon. Aku ambil selimut, selimutkan tubuh Acik sebab kaki dengan tangan dia sejuk macam ais. Abah turun, siap nak solat. Abah minta ambilkan air semangkuk. Kemudian, Abah solat. Usai solat, abah duduk di atas sejadah, membaca surah-surah lazim. Kemudian Abah sambung dengan Al-Baqarah. Start Abah baca, tangan Acik bergerak. Mata tertutup. Tangan dia macam menunjuk-nunjuk sesuatu.

Mama: Acik, Acik... Mama ni.
Acik: Sakit... sakittt...
Mama: Sakit kat mana?
Acik: Sakittttt... panas

Suara Acik keluar slow je, macam serak-serak. Mungkin sebab dia menjerit awal-awal ka sekolah tadi. Dengan mata tertutup, dia cakap "Sakit, sakit..."

Abah: Mama, biarkan dia. Bukan dia bercakap tu.
Acik: Mama, tolong... tolong... sakittt...

Dua-dua belah tangan Acik menggapai-gapai. Tapi mata dia tetap terpejam. Abah sambung bacaan. Sesekali, Abah hembus ke dalam mangkuk air.

Acik: Mama, tu... tuu... kat situ. Tolong...

Acik dah meracau-racau. Sekejap minta tolong, sekejap kata sakit, sekejap menunjuk ke arah pintu. Habis bacaan, Abah bawa mangkuk duduk sebelah Acik. Abah suruh jaga-jaga, pegang Acik. Abah celup tangan dalam air, renjiskan air ke muka Acik. Serentak tu, Acik bangun duduk dan menjerit sekuat-kuat hati dia. Terkejut aku yg tengah pegang tangan dia. Acik meronta-ronta sambil menjerit. Abah buat tak endah. Abah renjiskan lagi air ke muka Acik.

Acik: Panas... panasssss..... Sakittttt! Bodoh! Bodoh!

Keluar kata-kata tu dari mulut Acik dengan suara serak. Aku nampak Mama kesat air mata tengok keadaan Acik masa tu. Tapi yg peliknya, mata Acik tetap tertutup walaupun dia dah bangun duduk.

Acik: Mama... tolonggg... tolong, Mama... Wuwuwuwuwu. Sakit, Mama.

Acik menangis, merayu. Abah suruh Mama jangan pedulikan Acik. Acik meronta-ronta. Jenuh jugak aku, Angah dengan Alang dok pegang tangan ngan kaki dia. Dah sebab dia menjerit, Ateh dengan Acu terjaga dari tidur, turun bawah. Diorang tolong pegangkan sekali. Kuat dia meronta. Siap sempat tendang kaki Alang.

Abah pegang kepala Acik, baca something. Masa ni Acik menjerit dan menjerit dan menjerit. Habis Abah baca, Abah laung "Allahuakbar!" Serentak tu, Acik pengsan semula. Abah ambil air dan renjiskan dari hujung kepala ke hujung kaki Acik. Takde apa-apa reaksi. Acik bebetul pengsan.

Abah: Dah, boleh masuk tidur semua. Insya Allah takde apa dah.

Aku tengok jam. Laa... dah pukul 4 rupanya. Memang taklah masing-masing nak tidur lepas apa jadi. Kitorang duduk je sebelah Acik, tengok dia. Tangan dan kaki Acik dah tak sejuk macam awal-awal tadi. Dah kembali ke suhu normal. Sampai Subuh, takde apa yang jadi. Abah suruh kejut Acik solat Subuh. Aku teragak-agak je nak kejut. Buatnya dia bubuh penendang kat aku, naya je. Angah yg kejutkan Acik. Terpisat-pisat Si Acik bangun. Sambil gosok mata, sambil dia menggeliat. Macam takde apa jadi je.

Acik: Eh, bila masa aku balik rumah ni? Apsal semua orang kat bawah ni?

Suara dia normal je. Takde serak-serak apa pun. Abah suruh semua solat Subuh jemaah. Abah suruh Acik mandi gunakan air dari baldi yg Abah sediakan. Dia kepelikan, tapi dia turut je. Masa breakfast, kitorang duduk sembang dengan Acik.

Angah: Ko tak rasa apa-apa ke?
Acik: Rasa apa? Aku tak pahamla, cemana aku boleh balik rumah? Beg baju aku mana?
Alang: Ko balik sehelai sepinggang je. Selipar pun tak pakai.
Acik: Hah? Tak senonohnya aku. Aku balik dengan sapa?
Angah: Mama ngan Abah gi amek ko la kat asrama.
Acik: Laaa... bila masa? Hari ni aku bukan cutila, sekolah. Habisla aku kena tulis surat tak datang sekolah.
Aku: Takpe, ni cuti khas sekolah bagi kat ko. Acik, apa benda last yg ko ingat semalam eh?
Acik: Aaa... aku kat kelas, tengah prep dengan Mona. Lepas tu aku dengar orang menjerit-jerit. Bising gila. Lepas tu... lepas tu aku tak ingat dah. Aku balik dorm tidur kot.
Aku: Tu je?
Acik: Yelaaa. Eh, apsal badan aku sakit-sakit semacam je eh? Sengal-sengal je rasa. Rasa macam baru habis wrestling dengan The Rock.

Kami ketawa. Acik ni memang jenis kelakar orangnya. Kami pun cerita apa jadi dekat dia. Dia tak percaya. Dia kata kitorang sengaja nak prank dia. Bila dia tanya Abah, baru dia percaya. Petang tu, kami hantar Acik balik semula ke sekolah. Dia tersengih-sengih tengok Mona.

Mona: Aku dah tau kenapa ko jadi macam tu semalam...
Acik: Kenapa? Kenapa?
Mona: Ada budak bawak tangkal datang sekolah. Tangkal dia tercicir kat dalam dorm. Ko kan orang first masuk dorm semalam? Ko terlangkah tangkal dia.
Acik: Takkan kot...
Mona: Dia yg mula-mula histeria tu, sampai berjangkit orang lain. Ustaz marah betul budak bawak tangkal tu.

Lepas tu, tah apa lagi cerita Mona, aku tak ambil pusing. Janji adik aku selamat, dah ok.


Tamat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 10:55 AM | Show all posts
miawpink posted on 12-11-2014 07:55 PM
nak lagi...
nak lagi

Dah update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 10:56 AM | Show all posts
malukokram posted on 13-11-2014 10:01 AM
Pandai ko cite dik.. Suke baca.. Ni mesti spm ko dapat A dlm bm kan.

Nowa bagi 4 bintangggg!!! T ...

Memang dapat A. Memang suka mengarang pun. Hahaha!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 10:56 AM | Show all posts
Delores posted on 13-11-2014 10:47 AM
lain-lain experiece berstatus misterius tada ka?

Dah update. Banyak kisah lain nak share. Antara sempat tak sempat je nak taip.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 10:57 AM | Show all posts
lolali posted on 13-11-2014 10:50 AM
good job TT. best baca! more more

Terima kasih. Dah update. Enjoy
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:06 AM | Show all posts
cik.nana posted on 13-11-2014 10:56 AM
Dah update. Banyak kisah lain nak share. Antara sempat tak sempat je nak taip.


Okeh... nanti free share tau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:09 AM | Show all posts
ohh dah ada update baru .. x perasan. Thanks TT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 11:20 AM | Show all posts
pndi ko becerita dik...
memula td aku mls nk baca...sbb starting ko cam bebiase jeh..
bila bc skit2..lelama best lak....
tajuk lain la plak...jgn tggl lelama ek

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 01:11 PM | Show all posts
seronok baca..
x bosan..
cepat la update cite lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 01:22 PM | Show all posts
good job. good story. akak bagi 5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 01:37 PM | Show all posts
.. best citer.. baca pun senang.. berperenggan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053621 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list