View: 12243|Reply: 39
|
10 Negara Paling Mahal Untuk Beli Kereta. cuba teka malaysia no berapa?
[Copy link]
|
|
10 Negara Paling Mahal Untuk Beli Kereta. Adakah Malaysia Tersenarai?
Jalopnik, sebuah laman web popular telah menyenaraikan 10 Tempat Paling Mahal Untuk Beli Kereta di dunia dengan membandingkan harga kereta Toyota Prius dan Scion FR-S (Toyota 86 @ Subaru BRZ) di Amerika Syarikat dengan 10 negara lain di seluruh dunia.
Ia dinilai berdasarkan pendapat-pendapat dari rakyat dan foreigner di negara-negara tersebut. Dari senarai tersebut, agak mengejutkan kerana tempat pertama hingga ketiga diterajui negara-negara Asia Tenggara.
Harga yang perlu dibayar untuk memiliki salah satu jenis kereta di bawah ini oleh rakyat negara-negara tersebut adalah 3 hingga 5 kali ganda berbanding harga di Amerika Syarikat.

10. CUBA

9. NORTH KOREA

8. ST. KITTS AND NEVI

7. UNITED KINGDOM

6. BRAZIL

5. CHINA

4. NICARAGUA

3. INDONESIA

2. MALAYSIA

1. SINGAPURA
Malaysia berada di tempat kedua dalam senarai 10 Tempat Paling Mahal Untuk Beli Kereta dengan komen dari SatriaFanBoy:
I would like to nominate Malaysia. Where in Malaysia, the Toyobaru twins cost around $75,000 new while Mercedes SLS AMG cost around $600,000 brand new . This is where a beige mobile such as the Accord and Camry are consider as a luxury car. Plus, Many Malaysian spec car lacks in many safety features but still sold at a higher price. Due to high excise tax and Protection policy for our Local car maker Proton, Many people here only can dream owning a BRZ or a Miata.
Ada segelintir pihak merasakan negara kita masih di tempat yang baik untuk memiliki kenderaan persendirian walaupun pada hakikatnya bayaran pinjaman kenderaan menjadi punca utama kes muflis di Malaysia terutama di kalangan orang muda. Hazeri Samsuri (Pengarang majalah automatif Top Gear Malaysia) berkata harga kereta akan tetap mahal walaupun selepas cukai dikurangkan kerana pengeluar kereta meletakkan harga tinggi apabila melihat negara Asean adalah satu pasaran baru di mana rakyatnya sanggup membayar untuk memiliki “jenama premium”.
Buat pengetahuan anda, 2 jenis kereta Prius dan FR-S bukanlah kategori kereta mewah di Amerika Syarikat. Tetapi ia menjadi kenderaan mewah di negara-negara Asean. M.Madani (Ketua Esekutif Institut Automotif Malaysia), menegaskan harga kereta di Malaysia adalah antara yang berdaya saing di rantau ini dan tidak ada hubungan langsung antara Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) dan harga kereta kerana harga kereta bergantung kepada kuasa pasaran dan struktur cukai negara.
Berdasarkan kajian Institut Automatif Malaysia pula, harga kenderaan adalah kompetitif di rantau ini dan lebih rendah dari negara maju, Singapura.
Bagi kami, rakyat Malaysia seperti tiada pilihan dan perlu ada kenderaan persendirian apabila facility pengangkutan awam masih terbatas, tidak seperti sistem pengangkutan awam di negara jiran, Singapura yang cekap. Maka, kerajaan Singapura berlaku adil kepada rakyatnya dan mereka tidak terhimpit untuk memiliki kenderaan sendiri.
sumber:the vocket
|
|
|
|
|
|
|
|
huhu... hanya mampu tengok je kereta2 luar.... |
|
|
|
|
|
|
|
macam dah pernah ada jer baru2 nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal x kisah....yg jadi masalahnya sampai muflis ialah gaji ciput tp nk pakai kete beso
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa ramai yang masuk memang dengan expectation nak tengok malaysia dalam list walaupun dah tau memang dalam list  |
|
|
|
|
|
|
|
kalah dengan ngara korea utara ditakotr kejam  |
|
|
|
|
|
|
|
tengok nilai matawang negara gak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
wpun kereta kt mesia nie mhal tp tgk no plat baru bnyk jea yg kua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kira apa-apa ranking pun kita pasti akan kalah kepada Singapork!! |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak yang gaji kecik tapi tak malu beli kereta mewah... ego besar kereta besar akhirnya gaji kecundang
 |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia - top ten always  |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta2 scrap pun semua buang kat Melesia. Pastu kasi repair touch pastu jual semula as recond. Hina sungguh rakyat Melesia ni. Seolah2 amik barang dari tong sampah hasil buangan orang utk diguna semula.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal sebab you know, i know...huhuhu...diam2 jer la walaupun kita tau ape sebabnya...  |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai posted on 19-12-2014 11:49 PM 
Kereta2 scrap pun semua buang kat Melesia. Pastu kasi repair touch pastu jual semula as recond. Hina ...
one man's trash, is another man's treasure...hik..
|
|
|
|
|
|
|
|
asyik asyik dapat no 2... |
|
|
|
|
|
|
|
memang Malaysia mahal harga kereta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin hari makin benci dgn kerajaan. Betapa bodohnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
harga kereta akan tetap mahal walaupun selepas cukai dikurangkan kerana pengeluar kereta meletakkan harga tinggi apabila melihat negara Asean adalah satu pasaran baru di mana rakyatnya sanggup membayar untuk memiliki “jenama premium”.
Yang ni tak nak highlight? |
|
|
|
|
|
|
| |
|