CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14995|Reply: 40

Misteri bayi bertukar menjadi buaya

[Copy link]
Post time 6-2-2015 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by LabuLabi69 at 6-2-2015 09:45 AM

Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja.

Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya, dan apabila tiba hari nak melahirkan, biasalah dulu-dulukan lahirkan bayi di rumah saja.

Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu. Dia seolah olah dirasuk lalu berkata ‘dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi’.

Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui, mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu’alam.

Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah keluar banyak sangat ketika itu.

Tiga hari kemudian, wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tetapi ternyata tidak.

Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.






Seperti yang dijanjikan oleh “sesuatu” (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya. (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti? (Tak tanya bapa dia, hehe) Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh.

Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu. Hinggalah sekarang, dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain.

Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil. Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk.

Dia buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah.


Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan, kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad buaya semula.

Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa.




Inilah tempat mandinya.



Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya, menandakan dia tidak nampak televisyen.


Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan difahamkan keluarganya mempunyai keturnan Pahlawan Buaya.

Kemudian, dia merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu Maha segalanya.

Nampak tak, walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaga.











Benarkah cerita ini?

Difahamkan ianya satu cerita yang dipercayai kisah benar.

Di mana ia berlaku, tiada sebarang maklumat yang diterima.

Terpulang juga pada kita sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2015 09:53 AM | Show all posts
fuhh, teringin nak tau kisah ni berlaku dimana. menarik, dulu pun ada kisah begini. kembar tapi kembar dia merupakan ular.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 10:09 AM | Show all posts
yeke ni? mcm2 bnde pelik yg x tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 10:22 AM | Show all posts
Feedoss replied at 6-2-2015 10:09 AM
yeke ni? mcm2 bnde pelik yg x tahu

aha .. true storie . buaya tu pun hdup lagi . mujur x bercakap je buaya tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 10:22 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 6-2-2015 09:53 AM
fuhh, teringin nak tau kisah ni berlaku dimana. menarik, dulu pun ada kisah begini. kembar tapi kemb ...

aha . kes ular tu penah baca dulu ...

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 10:47 AM | Show all posts
citer dh lame kot... kat indonesia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2015 10:59 AM | Show all posts
minahmanja replied at 6-2-2015 10:47 AM
citer dh lame kot... kat indonesia...

xpe . boleh kongsi kat sper xtau lagi .


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 11:07 AM | Show all posts
pelik dan ajaib
yg pasti aku susah nak percaya bidan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2015 11:08 AM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 6-2-2015 10:22 AM
aha . kes ular tu penah baca dulu ...

haah, tapi tak sure pasal ular tu berlaku di Malaysia atau Indonesia. tapi memang pernah masuk dalam majalah Mastika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 11:13 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 6-2-2015 11:08 AM
haah, tapi tak sure pasal ular tu berlaku di Malaysia atau Indonesia. tapi memang pernah masuk dal ...

hah !!! bru ingt .. mmg kat buku mastika .. huhu .. teringat balik lak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 11:14 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 6-2-2015 11:07 AM
pelik dan ajaib
yg pasti aku susah nak percaya bidan

xpe .. lebih percaya kan hospital ...

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 11:19 AM | Show all posts
Cerita begini banyak dari Indonesia. Majalah Koleksi tahun 80an selalu muatkan cerita2 begini, lebih awal dari Variasari.
Kebenarannya? Cerita ganjil begini banyak diceritakan oleh keluarga fakir/daif/miskin. Maka ada nasihat dlm agama: kefakiran itu membawa kepada kekufuran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 11:38 AM | Show all posts
AwgSagi replied at 6-2-2015 11:19 AM
Cerita begini banyak dari Indonesia. Majalah Koleksi tahun 80an selalu muatkan cerita2 begini, lebih ...

yes sangat betul !!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 12:46 PM | Show all posts
macam dah ade tred nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 12:49 PM | Show all posts
sapeka replied at 6-2-2015 12:46 PM
macam dah ade tred nih..

if dh ada ignored je . xpe kongsi balik . maybe thread yg lama dh kebelakang-belakang ... so ni post balik tok yg xtau lg .

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 02:30 PM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 6-2-2015 11:49 AM
if dh ada ignored je . xpe kongsi balik . maybe thread yg lama dh kebelakang-belakang ... so ni po ...

pandai je uolls jawab.. pernah gak baca dulu. tapi ko post balik, macam throwback arrr.. and excited nak baca tu tetap sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2015 02:51 PM | Show all posts
suke tgk tv??!! hihihi comel la pulak!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 02:53 PM | Show all posts
matahari7001 replied at 6-2-2015 02:51 PM
suke tgk tv??!! hihihi comel la pulak!!

mareh kita bela buaya . ajar tngok tv.. esok kluar news kene telan ... hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 02:54 PM | Show all posts
ish ish ish..pakar hewan kata boya ni otaknya kecik so antara hewan yg xbrapa nk jadi cerdik... tp nmpk nya  boya ni agak cerdik sbb pandai memanipulasi manusia utk kesenangan dirinya...
...ni laa dinamakan menanggong bewak..eh silap..boya idop...

bako pong sodap ..tuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 03:29 PM | Show all posts
susah nak percaya...
tp itulah hakikatnya...
setiap makhluk adalah sama dccNya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.768080 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list