View: 3808|Reply: 20
|
[Jenayah]
Pengawal Banyak Akai Selepas Mencabul!
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR- “Saya tidak tahu apa akan jadi jika saya mengaku atau tidak mengaku terhadap pertuduhan yang dikenakan kepada saya,” kata seorang pengawal keselamatan dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Berikutan itu, Majistret Nur Azura Murah menjelaskan dengan terperinci perkara itu kepada Mohd Sukeri Mohameed, 36, yang didakwa atas tuduhan mencabul seorang wanita berumur 28 tahun di stesen LRT Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada 8.40 pagi, 5 Feb lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
“Kalau awak mengaku salah, mahkamah boleh teruskan dengan menjatuhkan hukuman, tetapi sekiranya awak tidak mengaku bersalah, awak boleh lantik peguam dan teruskan untuk bicara kes ini.
“Mengikut Seksyen 354 itu, hukumannya adalah dua daripada tiga yang ada, tidak semestinya awak kena sebat dan penjara sahaja, atau sebat dan denda.
Awak boleh juga dikenakan hukuman penjara dan denda tanpa sebat bergantung kepada fakta kes dan budi bicara mahkamah,” jelas majistret itu.
Mohd Sukeri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh.
Ketika diberi peluang membuat rayuan berhubung jaminan itu, Mohd Sukeri yang tidak diwakili peguam memberitahu dia tidak tahu bagaimana hendak membuat rayuan dan sekali lagi Nur Azura menjelaskan kepadanya.
Tertuduh memberitahu mahkamah dia telah bercerai dan perlu menanggung keluarga termasuk seorang anak.
Nur Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
semua xtahu..
mencabul tahu pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya x buat. Tiba2 tangan saya yg gatal nk cabul. Hukumlah tangan tu kasik kerat |
|
|
|
|
|
|
|
Ahaha. Saya tak tahu apakah itu mencabul yang arif. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya dia lupa yg dia ada mencabul... |
|
|
|
|
|
|
|
Alzheimer kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka hati je mencabul org.
|
|
|
|
|
|
|
|
sila pegang n cabul dia beramai ramaii . t |
|
|
|
|
|
|
|
sila pegang n cabul dia beramai ramaii . t |
|
|
|
|
|
|
|
tak geli ke nak mencabul dia
n xtakut dosa ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik msia takdak 'plead the fifth'... jenuh lah prosecuters nak cari jalan utk mendakwa yg tertuduh. |
|
|
|
|
|
|
|
Sy tak cabul..sy sentuh pegang jer |
|
|
|
|
|
|
|
yang nak cabul mamat ni sanggup ke masuk court pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
pakaian dia menonjol yg arif.. x dpt nk tahan diri dr rasa sendiri . haha |
|
|
|
|
|
|
|
penjarakan je dia dgn peliwat dlm satu bilik.. baru tau best ke x kna cabul bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Hakim : Adakah awak mengaku melakukan samun terhadap seorang wanita ...
Tertuduh : Mana ada ... saya cuma tunjuk pisau, tetiba dia hulur duit ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|