View: 11611|Reply: 138
|
[Tempatan]
Dr M gelar LKY 'kiasu' kerana degil
[Copy link]
|
|
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mendiang bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew sebagai "kiasu" kerana pendiriannya yang tegas dan keras dalam rundingan.
Dr Mahathir berkata hubungan Lee dengan Malaysia tidak mesra ekoran pengusiran Singapura daripada Persekutuan.
Oleh itu, kata Dr Mahathir, adalah sukar untuk berurusan dengan Lee ketika beliau menjadi perdana menteri.
"Kita ada 20 masalah untuk diselesaikan dan saya menghabiskan masa 22 tahun (sebagai perdana menteri) untuk cuba menyelesaikannya, tetapi satu pun saya tak dapat selesaikan
"Beliau tidak akan berganjak walau seinci pun, kiasu, anda tahu," katanya dalam sesi dialog dengan pelajar di Cyberjaya hari ini.
Antara isu itu, kata Mahathir ialah bagaimana penduduk Sabah dan Sarawak yang bekerja di Singapura boleh mengeluarkan wang daripada kumpulan wang simpanan pusat.
"Mereka semua rakyat Malaysia. Kita mesti dilayan sebagai sebuah negara tetapi tidak ada kemajuan," katanya.
Dr Mahathir berkata walaupun selepas Lee bersara, beliau tidak juga dapat menyelesaikan perkara itu dengan Singapura.
"Apabila kita mahu bina sebuah jambatan (ke Singapura), dia (Lee) yang telah bersara datang dan beritahu saya, anda perlu tunggu bila Goh Chok Tong (pengganti Lee) tak ada, kerana dia nostalgia dengan tambak (lama)," katanya.
Dr Mahathir juga menafikan beliau seorang pemimpin yang authoritarian semasa menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, dengan mengatakan jika beliau begitu, dia tidak akan melepaskan kuasa.
Kes Lee bagaimanapun, katanya, berbeza. Walaupun melepaskan kuasa, beliau kekal dalam kerajaan dalam kapasiti yang berbeza.
"Mana ada pemerintah yang autoritarian meletakkan jawatan? Boleh beritahu saya?
"Lee Kuan Yew meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tetapi dia masih berada dalam kerajaan sebagai menteri kanan dan menteri mentor," katanya..
Sebaliknya, kata Dr Mahathir, beliau bersara sepenuhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lky mmg kiasu... Kalau takde mahathir , byk lagi la benda2 yg merugikan pihak malaysia... Tp spore ttp berdegil bila hal hal yg pihak spore yg dirasakan merugikn spore spt merobohkan tambak.. Lantaran itu lky mula beri alasan tunggu goh chok tong mati dulu sebab nostalgia ... Btw mahathir bukan authotarian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kelauarga Lee lebih kurang mcm keluarga Lim lah...disamping kiasu..kekalkan dynastinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yg kat sini..cintakn hudud...sanggup kawin dgn pas... |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia pon diterajui keluarga Dynasti apa?!! bermula dgn Najib, mungkin pasni Hisamuddin, pastu Mukhriz.. dan seterosnya |
|
|
|
|
|
|
|
"Kita ada 20 masalah untuk diselesaikan dan saya menghabiskan masa 22 tahun (sebagai perdana menteri) untuk cuba menyelesaikannya, tetapi satu pun saya tak dapat selesaikan
kat negaro sondiri...hang bulihlah mengarah maso jadik PM.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tun, dengan apek pun kalah.. 22 tahun pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Apek dengan jiran bersebelahan memang cengeh tak boleh berganjak walau seinci...Tapi Kalau dengan negara kuasa besar...jadi barua pun takpa?
Kan,kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
tun kata 1 pun tak dapat settle.. sungguh menyedihkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan tanya...dia jawab....at ad hoc session......bukan dia yang panggil for a session with reporters KHUSUS untuk dia sesaja citer pasal orang yang dah jadi abu sekarang kan,kan,kan?
A pea brain will always be a pea brain......
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan orang yang pendek akalnya cam kau jerk yang akan kaitkan...situasi of not being able to settle things as failure.......and worthy to cry for.....
|
|
|
|
|
|
|
|
he shud just focus on malaysia nya problem rather bangkit2 cerita lama.....
PS: member boyan spore....oberk rahim the sewel in da house
|
|
|
|
|
|
|
|
when you failed to engage...............as always......
Nothing's new...........
|
|
|
|
|
|
|
|
Drp kedegilan die tu die berjaya jdkn singapore maju..msia? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stinger_attack at 5-4-2015 08:12 AM
A NO NO nonsense/ tolerance in terms of semangat kejiranan to neighbours....Tapi dengan ngara2 kuasa besar jadik barua takpa...
anyway, who cares if it works, for you,right?
|
|
|
|
|
|
|
|
Drp kedegilan die tu die berjaya jdkn singapore maju..msia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|