CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27436|Reply: 157

[Politik] {PANAS} Pekerja KFC Tunjuk Isyarat Lucah pada BBNU

[Copy link]
Post time 28-4-2015 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 28-4-2015 09:19 AM



Video seorang pekerja wanita KFC menunjuk isyarat lu-cah tersebar di laman Facebook sejak 14 jam yang lalu dan telah mendapat 2,521 shares di laman berkenaan.

Insiden terbabit berjaya dirakam oleh pelanggan premis makanan segera itu dan dimuat naik oleh laman Facebook komuniti Cina.

Difahamkan, seramai 15 atau 20 orang pelajar sekolah berkunjung ke KFC Taman Putra untuk makan tengah hari.

Oleh kerana jumlah mereka terlalu ramai, mereka mencadangkan agar kerusi dan meja digabungkan supaya mereka boleh duduk berdekatan masing-masing.

Salah seorang dari pelajar terbabit meminta pekerja KFC berkenaan mengemaskan satu meja yang masih terdapat saki baki makanan pelanggan terdahulu agar mereka dapat mengabungkan meja seperti yang diinginkan.

Namun, wanita itu tidak mengizinkan pelajar terbabit mengabungkan meja-meja itu atas sebab akan menghalang laluan serta akan menyebabkan pelanggan yang lain juga turut berbuat demikian.

"Takkan dia nak biarkan kami duduk berasingan? 4 orang semeja?," kata pelajar terbabit.







Mereka tetap mahu mengabungkan meja-meja tersebut dan tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu berkata,

"Lebih baik awak semua makan di luar,".

Kata-katanya membuatkan para pelajar terbabit terkejut dan tidak menyangka mereka sebagai pelanggan diperlakukan seperti itu.

"Patutkah dia berkata seperti itu kepada pelanggan? Bila diminta mengemaskan meja, muka masam mencuka dan nampak sangat tak selesa dengan kehadiran kami," luah pelajar berkenaan.

Akan tetapi, para pelajar terbabit tidak berkecil hati dengan pekerja terbabit dan beranggapan mungkin wanita berkenaan tertekan dengan kerja atau hal lain.

Keadaan bertambah buruk apabila wanita itu mula bertindak merakam gambar dan video mereka.

"Kami dah mula rasa pelik. Dia pandang dan jeling ke arah kami. Dan semasa makan, tiba-tiba terdengar bunyi shutter click dari arah dia (pekerja KFC) yang sedang merakam gambar/video kami.

"Kami hanya datang untuk makan, apa salah kami?," kata salah seorang pelajar berkenaan.

Berasa dalam keadaan yang tidak selamat, salah seorang pelajar berkenaan juga turut mengeluarkan telefon bimbitnya merakam gambar/video wanita itu.

Menyedari dirinya dirakam oleh pelajar berkenaan, wanita itu segera meninggalkan tempat itu dan menunjukkan isyarat lu-cah' terhadap sekumpulan pelajar itu.

"Sikap biadabnya kami boleh terima. Tetapi menunjukkan isyarat lu-cah? Bagaimana KFC ambil pekerja mereka? Kami hanya pelajar sekolah, bukannya beli minuman berkarbonat dan lepak di KFC untuk 3 4 jam. Kami berbelanja untuk makan di sini," katanya yang juga mahu KFC mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit. - THEHYPEMEDIA.COM

Sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk rerapat meja p wat party kat umh sndr la
Pprtbtol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2015 04:57 PM | Show all posts



Susulan video pekerja KFC Taman Putra menunjuk isyarat lu-cah kepada sekumpulan pelajar yang juga pelanggan premis makanan segera itu, KFC Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu.



Menurut kenyataan itu, pihaknya amat menitikberatkan kakitangannya beradab dan beretika ketika memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya.

KFC Malaysia telah menjalankan siasatan dan pekerja terbabit telah digantung kerja.

Pihak KFC juga telah menghubungi kumpulan pelajar yang terlibat bagi memohon maaf di atas tindakan kakitangannya yang berkelakuan seperti itu.



Namun, masih ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati kerana video yang dimuat naik itu tidak menceritakan dari awal kejadian itu. Mereka juga mahu mendengar penjelasan dari kakitangan terbabit yang mungkin sekumpulan pelajar berkenaan telah melemparkan kata-kata yang keterlaluan terhadapnya.

Bagaimanapun, KFC Malaysia telah tampil memohon maaf dan adalah lebih baik kes ini ditutup. Harus diingatkan, jika bekerja dengan sesebuah syarikat yang mana anda diwajibkan memakai 'uniform' rasmi, jagalah kelakuan dan tutur kata agar tidak mencemarkan imej syarikat.

Sumber
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2015 04:58 PM | Show all posts
agaknya bebudak tu pun cara cakap takde hormat, marah la akak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 04:59 PM | Show all posts
Kalau kedai bapak aku pun aku halau jer ... nak alih2 meja sampai halang laluan pelanggan lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:02 PM | Show all posts
apa masalahnye makan 4 org satu meja???
bagi aku dua2 bingai..baik yg kije kfc, baik student yg datang tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2015 05:05 PM | Show all posts
ummah PPRT nak gabung meja mcm ala2 kantin sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:06 PM | Show all posts
kalau aku , bukan takat jari tengah..tapak kaki pun aku kasi
student2 ni bukan le percaya sgt...lagi2 student cina
buat KFC tu mcm bapak derang yg punya...yg mengoder menu nya sorg..tapi duduk memekak dekat 2,3jam dlm KFC..terjerit2 terpekik terlolong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
baek gi makan kedai tomyam
ko nak gabung sanpai meja cashier.pon.owner xkesah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:10 PM | Show all posts
Kakak tu pun rasanya dah ilang sabar dek perangai bebudak ni...... 2 3 kali tegur pun tak jalan.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelajar baru abis bersukan..badan bau kepam..pastu ramai2 mesti bising..ganggu ketenteraman awam..

tak yah makan kat outlet..tapau makan bwh pokok kat taman adja..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:11 PM | Show all posts
sian kepsi...dipprtkan dek staff melayu.aritu kes staff  gado sakan bertumbuk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:11 PM | Show all posts
kalau aku skali 2 tangan jari tengah naik ke muka depa, nak meja sambung pi makan kat warung lah woi, ni dah sampai nak block laluan orang apa kejadah, selayaknya dapat jari tengah akak tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:12 PM | Show all posts
good job this woman...so u think u customer u always rights? wtf... xde istilah tu dlm kamus aku jugak...mengada2 customer yg byk cerewet aku akan treat mcm this woman jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:12 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 28-4-2015 04:59 PM
Kalau kedai bapak aku pun aku halau jer ... nak alih2 meja sampai halang laluan pelanggan lain ...

sebab tu la kedai bapak kau lingkop
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:12 PM | Show all posts
pomp ni tunjuk isyarat tu,
mintak nak difcuk ker?

takde selera aku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 05:21 PM | Show all posts
pelajar yg kurang ajar... igt ko customer kat kepsi, boleh buat suka hati?
dah rapat2 meja tu tak ke susah org nk jalan? ikut suka ko jek....
ntah2 p kepsi ramai2 tp order french fries jek... pastu kecoh.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:22 PM | Show all posts
bodoh la budak2 tu, makan 4 orang semeja salah ke? nak kena semua duk meja yg sama?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:25 PM | Show all posts
KFC Ampang Park lagi hawau.
Staff membuta..
Kastemer nak makan, kena pilih meja lain walaupun kadang2 kastemer ada meja kesukaan dia contohnya sofa area
tapi nya penuh dgn staff yg membuta kat meja..
Ada staff membuta. Ada staff men hp.. ada staff duk borak sesama sendiri kat meja2 tu..
Yg tak tahan tu, ada staff buka tudung kt sinki kastemer cuci tangan tu, basuh2 muka, kibas2 rambut ikat, lepas tu sarung tudung semula.
Aku duk meja tepi tu geli giler..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:27 PM | Show all posts
anak sapala ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.301253 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list