CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7605|Reply: 69

[Tempatan] Anak saya bukan ‘billionaires’ kata Tun M

[Copy link]
Post time 6-5-2015 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 6-5-2015 08:38 PM

Anak saya bukan ‘billionaires’ kata Tun M
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
6 Mei 2015
http://www.sinarharian.com.my/politik/anak-saya-bukan-billionaires-kata-tun-m-1.387409






SHAH ALAM – ‘Anak saya bukan billionaires’, tegas bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bagi menepis dakwaan pemimpin Parti Kebajikan Rakyat (Kita), Zamil Ibrahim yang menyentuh soal kekayaan kedua-dua anaknya, Datuk Mokhzani dan Mirzan yang menjadi jutawan dengan cepat.

Menurutnya, anak-anaknya membuat pinjaman kewangan untuk membiayai perniagaan mereka.


“Anak saya bukan ‘bilionaires’ tapi mereka ada meminjam jutaan (ringgit) untuk membiayai perniagaan mereka. Mirzan menjalankan kebanyakan perniagaannya di luar Malaysia tapi dipaksa menjual perniagaan perkapalannya kepada Petronas ketika krisis kewangan.

“Petronas mendapat pulangan lumayan menjual bahagian kapal apabila ekonomi telah pulih. Polisi Petronas adalah untuk tidak menjawab soalan tapi akaun Petronas boleh diperiksa untuk mengesahkan sama ada saya bohong atau tidak. Mirza bukan jutawan,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini yang bertajuk ‘1MDB (Part 3)’.

Melalui catatan sama, beliau turut menegaskan bahawa anak keduanya, Mokhzani tidak mencuri wang sesiapa dalam menguruskan perniagaannya.

“Mokhzani ada perniagaan fabrikasi keluli yang bermula selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Ia mengambil lebih tiga tahun untuk dia buat duit. Dia tidak mencuri.

“Apa yang dia dapat apa yang dia usahakan. Tiada duit sesiapa yang hilang disebabkan perniagaan dia. Saya tidak tingkatkan hutang ketika saya menjadi Perdana Menteri untuk bantu anak saya. Kalau anda ada bukti, tunjukkan,” katanya.

Kelmarin, Zamil dilaporkan menggesa Dr Mahathir menjelaskan bagaimana anak-anaknya, Mokhzani dan Mirzan boleh menjadi jutawan dengan cepat.

Melalui artikel ini juga, Dr Mahathir membidas Zamil berhubung fakta sebenar berkait jumlah kerugian yang dialami syarikat pelaburan penuh kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tak pernah kata RM42 bilion telah hilang. Apa yang saya kata adalah RM42 bilion telah dipinjam oleh 1MDB. Sebahagian wang yang dipinjam digunakan untuk membeli loji tenaga dan tanah kerajaan sepanjang Jalan Tun Razak dan tanah bekas lapangan terbang di Sungai Besi pada harga yang terlalu rendah.

RM3.6 bilion dibayar kepada Petro Saudi dan sebahagian lagi untuk pembelian lain dan pelaburan. Lagi RM6 bilion didakwa ada di Cayman tapi sekarang tak ada di Cayman. Semua wang itu dikatakan telah dibawa balik dan Datuk Seri Najib jelaskan telah depositkan sebahagian wang itu di bank Swiss di Singapura tapi sekarang bank itu menafikannya. Jadi, di mana wang itu?.

“Selepas ditambah semua ini, ada baki RM14 hingga RM 20 bilion yang masih tidak boleh dijelaskan mengapa. Memandangkan penasihat 1MDB pun tidak boleh jelaskan di mana wang tersebut, saya mesti mengandaikan bahawa wang itu hilang, dicuri atau disalahgunakan,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 08:48 PM | Show all posts
wang tu rosmah mansor dah pakai buat beli cincin..beli beg berkin...beli jam .buat dandan rambut setiap hari..beli jet..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha...mcm tulah..kalau tak buat salah relax saja jawap soalan. Bukan mcm najib yg harap Macai tolong cover..berbelit belit sampai tak tau mana kepala ekoq
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya..anak2 tun mcm kita juga..hidupnya susah..pakai proton, viva, preve aje..mana ada kaya...mohzani msk senarai 10 terkaya tu bohong je semua tu.

Pak dojo..

Penjilat tun kg hulu kodiang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 09:47 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-5-2015 08:59 PM
Ha...mcm tulah..kalau tak buat salah relax saja jawap soalan. Bukan mcm najib yg harap Macai tolong  ...

Khennnn....Tun M berkeyakinan dlm menghadapi serangan balass, yg sorang lagi tiba2 org julang tanda kemenangan menang apa taktau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling kurang Tun jawab dan minta tunjuk bukti... Yg sorg lg tanya lain jwb lain pastu suh tunggu PAC dgn Audit bagai

Dr penasihat, pengerusi, ceo masih tak bole jwb soalan tun walhal mrk org yg berkuasa utk dptkn maklumat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2015 10:31 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 6-5-2015 09:42 PM
Ya..anak2 tun mcm kita juga..hidupnya susah..pakai proton, viva, preve aje..mana ada kaya...mohzani  ...

.....tu la.

sejak dulu kitorang anak2 muda dah pesan
dok sokong madey membuta tuli tu buatpe??

kan dah nyesal tak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ang pa sok klo jadik pm x kn nk tgk anak sendiri merempat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mne porumer bimbo2 bodo2 yg dengki kata anak tun M kaya sbb cilok duit kerajaan.. asal anak PM jah xleh jd kaya.. koyaaa mung.. kalo kaya secara tiba2 mcm anak tiri bijan tu lain la.. pftttt ummah meleis macai pcaya apa saja..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mohzani tu anak pak abu...tukang kebun sekolah ulu yam...mesti miskin jugalah...dia salak sana dia salak sini minta brim, subsidi mcm kita2 ni jugalah..

Malah dia pun akan mengelupur kena gst, minyak naik barang naik.

Tulah..anak tun bukan kaya lah..dia dlm golongan miskin tegar duduk rumah pprt je..anak dia yg jd mb kedah tu duduk bawah jambatan apa...
Koorang tak baik la gelar anaknya kayaraya..menjawap lah korang disana nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 11:01 PM | Show all posts
Mia allergic dgn word billionaire neh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 6-5-2015 10:31 PM
.....tu la.

sejak dulu kitorang anak2 muda dah pesan

Aku bukan jenis taksub pada pemimpin..waima tun sekali..kalau aku tengok tak betul..aku balun je.aku balun tun bukan kini..sejak dia serang pak lah dan dia keluar umno lagi..bagi aku tun bukan sayangkan umno..tapi pelingkup umno.

Sama je..dulu aku ckp jgn sokong anwar..dia tu peliwat tegar..suka menipu, memfitnah..lepas tu bukan jenis manusia jujur..hipokrit dah tahap munapik...tapi koorang sokong gak..last huru hara dikerjakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 11:32 PM | Show all posts
petronas bail out apabila toke kapal anak mahathir tu melingkup.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ejans at 6-5-2015 11:48 PM

Aku x heran lah anak najib ke anak tun ke anak maslan ke anak hishamudin ke jadi kaya.. dorang de banyak modal. Ade mak pak leh advice.  Ade networking besar luass..
aku anak rakyat marhaen pon leh cekau tender berjuta. Sbb networking luasss. Inikan diorang....

Tp aku herann kaloo duit rakyat bebilion hilanggg...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 12:22 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 6-5-2015 11:31 PM
Aku bukan jenis taksub pada pemimpin..waima tun sekali..kalau aku tengok tak betul..aku balun je.a ...

so, akhirnya u paham dah kan apa org tua tu dah buat.

bukan setakat zaman paklah kene jatuh, sejak dia tendang anwart
dgn 'cara dia' pon i dah nampak betapa teruknya org tua tu.

hari nih 'kaki dia' si penulis 40 dalil anwart dah tampil mengaku
kalu dulu dgn mudah dia (bantu madey) jatuhkan anwart,
jgn pandang remeh kemampuan dia jatuhkan bijan.

dgn mudah u caya semua tuduhan dia pasal ejen israel,
ejen komunis, ejen zionist, kes liwat.

ingat lagi cara dia singkir KuLi ?? musa hitam??
kisah2 tu rasanya u lebih arif.

tengok game dia kat jematan bengkok. sanggup dia seret
arwah sultan johor utk desak paklah jalankan projek dia.
pengakuan dia tentang jematan bengkok, railway kembar
sbg 'duit pencen' dia kat rancangan money matters tv3 dulu
betul2 buat i mula ambik tau pasal politik.

i muda lagi, tapi bukan takbleh study sejarah.
uncle org senior dah lalui sejarah, tp blom tentu nampak
apa yg dah berlaku.



Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 01:34 AM | Show all posts
oh baru aku tau... anak dia papa kedana je rupanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 01:36 AM | Show all posts
Edited by spiderman80 at 7-5-2015 01:37 AM
Anak_Nogori replied at 6-5-2015 11:31 PM
Aku bukan jenis taksub pada pemimpin..waima tun sekali..kalau aku tengok tak betul..aku balun je.a ...

Rupa-rupanya Uncle sayangkan parti dari pemimpin parti!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 01:38 AM | Show all posts
anak najib je kaya raya anak tun m semua miskin2 je... pakai kereta pun kereta poorotong je
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 7-5-2015 12:22 AM
so, akhirnya u paham dah kan apa org tua tu dah buat.

bukan setakat zaman paklah kene jatuh, se ...

Fakta ko pun salah..bukan 40 dalil..tapi 50 dalil kenapa anwar tak boleh jd pm.

Aku masa tun bawa masuk anwar aku tak setuju dah..sbb anwar main buntut ni bukan aku baru dgr..sejak dia di mckk lagi..dan mad sapu lah org pertama yg gelar anwar aljobori...so..aku tak heran kes liwatnya timbul nak2 bila dia dihadap ke displin umno...dia bukan nak bela dirinya..dia asik kata konspirasi...sama juga dia tidak mempertahankan dirinya dlm kes liwat sepol...asik duk salahkan org lain..mahkamah dibeli lah..hakim dibeli lah.

Anwar pun mcm tun juga...dia jatuhkan ghafar baba utk naik...mentang2 dia dpt kelabu asapkan tun dgn imej waraknya..tapi tuhan tu maha kaya..ko jatuhkan org dgn aibnya..ko akan sama jatuh dgn aibnya sekali.

Bagi aku..kalau bandingkan anwar dgn tun..mcm langit dgn bumi..tun ada juga jasa2nya..tapi anwar apa jasanya.

Anwar memang kawan baik yahudi..buktinya ada gambar dia bersama dgn pemimpin yahudi2 tu..anwar tidak pernah nafikan pun..malah dia terang2 ckp keselamatan israel perlu dijaga..dan bekerja dgn bank dunia yg dikawal oleh yahudi tu....sapa boleh nafikan?...malah siapa biayai perjuangan politiknya?...dia bukan keturunan org kayaraya mcm ku li..ku li pun hanya bertahan 10 tahun saja pimpin sg46..sbb nak uruskan sebuah parti bukan sikit duitnya..tak cukup sekupang dua je..jd..anwar mesti ada org luar biayainya.

Cuma tun ni byk sgt mulutnya tanpa cermin diri dia dulu..mcm buntut ayam terkemut2...umpama meludah kelangit jatuh kemukanya sendiri..sama je jenis tak tahu malu.
.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 01:51 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 7-5-2015 01:48 AM
Fakta ko pun salah..bukan 40 dalil..tapi 50 dalil kenapa anwar tak boleh jd pm.

Aku masa tun ba ...

bukan 10 dalil je ka mana satu betul ni!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.451877 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list