View: 8428|Reply: 67
|
[Tempatan]
{Edisi IS}Ketua Biro Agama Lempang Budak 14 Tahun Bercakap Time Azan.
[Copy link]
|
|
Bapa mangsa menunjukkan pipi kiri anaknya yang ditampar pelajar tingkatan empat.
SUNGAI UDANG – Seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah agama di sini trauma gara-gara ditampar pelajar senior di surau semasa sedang menunggu waktu Maghrib untuk solat berjemaah.
Kejadian kelmarin itu dikatakan berlaku kerana mangsa, 14, berbual bersama rakannya berkaitan subjek peperiksaan yang akan dihadapinya.
Mangsa mendakwa, seorang pelajar tingkatan empat juga difahamkan ketua biro agama, datang menegur perbuatan mangsa yang bercakap semasa azan berkumandang, dan secara tiba-tiba bertindak menampar mangsa.
Mangsa yang terpaksa menahan sakit akibat ditampar di pipi kiri segera menghubungi bapanya, sebaik sahaja selesai menunaikan solat.
“Semasa kejadian, seorang kawan bertanya kepada saya, esok (semalam) kertas peperiksaan subjek apa. Jadi saya jawablah. Tetapi datang pelajar senior tegur kami kenapa buat bising di dalam surau.
“Saya pun diamlah. Tetapi tiba-tiba dia tampar saya dengan kuat. Memang saya trauma kerana tidak pernah kena tampar,” katanya semasa ditemui, semalam.
Katanya, rasa kebas masih terasa selain sakit apabila mengunyah makanan.
Sementara itu, mangsa berkata, dia bergegas ke sekolah selepas menerima panggilan daripada anaknya mengenai kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, dia bertindak membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang dan menganggap kejadian terbabit sebagai keterlaluan selepas beberapa kejadian yang menimpa anaknya sebelum ini seolah-olah tidak diselesaikan pihak sekolah.
“Kali ini memang perlu membuat laporan polis walaupun guru meminta penyelesaian secara baik kerana kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku ke atas anak saya.
“Semasa di tingkatan satu, pelajar senior juga ‘ragging’ anak saya. Dia dipaksa berjalan itik sehingga sakit tidak boleh berjalan selain beberapa kes lagi, tetapi saya tak buat laporan polis.
“Bila berlaku kejadian tampar ini, saya rasa amat bersalah kerana tak buat laporan polis sebelum ini bagi mengekang perbuatan pelajar senior,” katanya turut membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
Bapa mangsa turut mempersoalkan kurangnya pengawasan guru atau warden asrama sehingga menyebabkan kejadian 'ragging' berlaku.
Dia yang turut trauma amat berharap, pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada kesemua pelajar.
“Dahulunya saya masih bersabar kerana menganggap perkara biasa dan budak-budak lelaki kena kuat. Tetapi kes ini sudah melampau,” katanya memberitahu kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di sekolah aliran agama.
Semasa melawat anaknya di sekolah semalam, difahamkan pengurusan sekolah sedang menyiasat perkara berkenaan sebelum memanggil ibu bapa untuk perbincangan.
Exco arah siasat segera
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin mengarahkan siasatan segera perlu dilakukan sebelum tindakan tegas dilaksanakan.
Beliau yang memandang serius perkara terbabit menjelaskan keadaan seperti itu tidak sewajarnya berlaku di sekolah khususnya beraliran agama.
“Jabatan Pendidikan perlu pantau dan pihak sekolah perlu buat laporan untuk tindakan susulan kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
“Ini bermaksud terdapat pelajar kurang berdisiplin yang belajar di sekolah itu dan kita tidak boleh memandang ringan perkara ini,” katanya, semalam.
Beliau berkata, kerajaan negeri sedar kesemua 14,000 guru di Melaka bertugas sebaik mungkin demi melahirkan generasi celik ilmu dan berperibadi baik.
Namun, tidak dinafikan terdapat segelintir guru bermasalah peribadi yang perlu diberikan perhatian serius oleh jabatan sehingga membiarkan pelajar berbuat apa sahaja di sekolah.
Menurutnya, masalah seperti hal keluarga, suami isteri tinggal berjauhan, anak belajar di tempat lain di antara masalah harian tidak dapat diatasi sehingga mereka leka menjalankan tugas.
“Sebab itu, setiap sekolah diletakkan guru kaunseling yang berperanan berkhidmat bukan untuk pelajar sahaja tetapi guru dan kakitangan bagi mencipta suasana pembelajaran kondusif,” katanya ketika ditemui semasa melakukan ziarah kasih kepada penduduk di sekitar Dun Ayer Molek.
Beliau mengulas kejadian berkenaan berlaku akibat didakwa kurangnya pengawasan warden atau guru bertugas sehingga budaya ‘ragging’ tidak disekat
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pelajar-trauma-kena-buli-1.387637
|
|
|
|
|
|
|
|
suka suki je nak tampar anak org.. hantar henry gurney je bdk camnie! |
|
|
|
|
|
|
|
Isle telah menang |
|
|
|
|
|
|
|
budak nakal memang patut dilempang...
kalau bagi kat aku siap terajang aku kasi kat dia |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni baru lu tahu nak senyap time azan...budak woii.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak tak hormat azan pun ko lg nak backup....nasihat je la anak kau tuh, pesan kat dia lenkali tolong hormat bila azan berkumandang. |
|
|
|
|
|
|
|
ponen nye...jalan itik sampai sakit blakang...kena lempang smpai ade masalah makan...puiii...next generation...benteng negara??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by budakshinchan at 7-5-2015 03:05 PM
PADAN MuKA KAU.. kalo aku bukan tangan je aku bg tau.. ni tumit kaki singgah kat muka kau.. kau ingat senior tu suka suka nak tampar kau.. kau ingat tampar orang tu hobi? #dialogmakcikmerry #syurgamuramadhan
dari skolah dulu cikgu dah bgtau.. time azan jgn becakap.. kadang ngah ngunyah jajan pon benti kejap tau |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu tampar kot. kesanny..budak tu besar nnt suka nampor org. tak percaya? tggu dia ada anak atau dia jd cikgu.
kot ye pun cer denda hafal 1juzuk dlm 1mlm ke..berbaloi jugak |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 tampar junior, dah besar tampar bini. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sekarang ni tak boleh kena tampar ke |
|
|
|
|
|
|
|
maybe masa si pelempang tu tegur budak yg dilempang ni baik2 suh diam sbb tgh azan....budak yg dilempang ni menjwb kot.....tu yg kena sedas pelempang tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 zaman sekarang. Ibu bapa zaman sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia ahli VIOBA kah? hantar anak ke VI je la pakcik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Don't mess with a lobai. Penampor, terajang, maki-hamun adalah cara hidop mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni kompem menjwb ni.. xkn ler pas tegur bg pelempang |
|
|
|
|
|
|
|
sememangnya time azan kene senyap kan kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
kena jalan itik dikata ragging
udoh2 ler x usah di hantar ke skolah klu cenggitu |
|
|
|
|
|
|
|
memang patut kan.. dah nakal sgt..lan kali kalau dgr azan jgn cakapo.. tu pun susah ka |
|
|
|
|
|
|
|
wow time azan semua nak buat hype kan issue
tapi lihat diri memasing dan saya juga
u all DIAM tak ketika org baca quran ?
hmm?
cewah...sebab biro agama tu budak belasan tahun yg tidak berkahlak baik
maka dalam posting ini wujudlah elemen hina imamlah, itulah inilah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|