Muhyiddin pulang, tenangTPM berjalan tenang sebaik tiba di KLIA tanpa mengendahkan soalan dari wartawan. - Foto TRP/SM Amin
[size=100%]SEPANG, 2 Jun:Kepulangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada percutiannya disambut sekitar 50 penyokong beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Muhyiddin yang tiba pada jam 9.30 malam terus beredar tanpa mempedulikan sebarang soalan daripada wartawan yang menunggu sejak jam 6 petang tadi. Penyokong-penyokong Muhyiddin melaungkan ‘Hidup Tan Sri’ dan ‘Selamatkan Malaysia’ sebagai tanda sokongan kepada beliau.
Antara individu yang hadir memberi sokongan bekas Exco negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya. Abu Bakar ketika ditemui pemberita berkata kehadiran beliau hanya sekadar menyambut kepulangan Timbalan Presiden UMNO itu sahaja.
“Abang datang sebagai rakyat Malaysia yang teringin sangat menyambut kepulangan TPM dan Alhamdulillah saya dapat salam tangan Muhyiddin, itu sejarah dalam hidup saya.
“Saya tak tahu dia nak balik, ini pun kawan-kawan bagitahu. Saya kata selamat pulang pemimpin negara,” katanya.
Seorang penyokong dari UMNO Bahagian Kuala Langat, Shahrul Nizam Shahrudin berkata sambutan kepulangan ini tidak ada sebarang signifikan apa-apa. “Tiada apa-apa, sekadar untuk menyambut kepulangan bagi sokongan elak perpecahan,” katanya.
Sementara itu, seorang pegawai Muhyiddin ketika ditemui berkata sambutan ini tidak dirancang oleh pihaknya.
Jelasnya, sambutan sebegini merupakan perkara biasa setiap kali Muhyiddin pulang daripada luar negara.
Terdahulu, terdapat desas-desus di media sosial Muhyiddin akan mengumumkan sesuatu setibanya pulang daripada percutian.
http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/02/muhyiddin-pulang-tenang/#ixzz3bxAx2660
|