CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6834|Reply: 64

[Tempatan] Rakyat Malaysia Bazirkan 270,000 Tan Makanan Yang Tidak Sentuh Sepjg Ramadan

[Copy link]
Post time 21-6-2015 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia Bazirkan 270,000 Tan Makanan Yang Tidak Sentuh  Sepanjang Ramadan


Setiap kali Ramadan pasti kita akan menyambutnya dengan berpuasa yang merupakan rukun Islam keempat. Tapi tahukah anda bulan yang sepatutnya kita menambah amalan dan pahala ini sebenarnya belaku begitu banyak pembaziran yang dilarang oleh Islam.

Tahukah ana bahawa dalam tempoh sebulan Ramadan, rakyat Malaysia membuang kira-kira 270,000 tan makanan yang tidak disentuh di mana ia boleh di makan semula.

Memetik laporan mStar Online, perkara ini disahkan oleh Syarikat menyelia sisa pepejal, SWCorp, berkata berdasarkan perkiraan itu, jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi populasi negara ini iaitu 27 juta.

Jika 270,000 tan makanan makanan itu dilonggokkan ia adalah bersamaan dengan ketinggian 30 buah bagunan KLCC yang berketinggian 452 meter itu.

Kenurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, secara purata sehari makanan yang masih belum disentuh dibuang pada bulan ramadan ada 9,000 tan sehari di mana ia sepatutnya menjadi satu kebimbngan tentang budaya pembaziran di negara kita ini.

"Sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan SWCorp telah mencecah RM1.4 bilion tahun lepas," katanya.

Tambah Ab Rahim lagi bahawa setiap 9,000 tan makanan itu boleh dihidangkan kepada enam juta orang.

Sementara itu, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan salahs atu punca utama dalam pembaziran makanan pada bulan mulia ini adalah kerana budaya makan di hotel dan buffet kerana bila makan sebegini, makanan akan dimasak dengan banyak.

"Pemilik-pemilik hotel harus tegas dengan mewujudkan mekanisme untuk mendenda pelanggan mereka yang membazirkan makanan. Kalau hotel buat mekanisme macam ini, saya yakin pelanggan akan berfikir dua tiga kali nak membazirkan makanan," katanya. - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2015 12:08 PM | Show all posts
Membazir sifat syaitan
سُوۡرَةُ بنیٓ اسرآئیل / الإسرَاء


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧)



[English]

Lo! the squanderers were ever brothers of the devils, and the devil was ever an ingrate to his Lord. (27


[Malay]

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (27)


[Deutsch]

Denn die Verschwender sind Brüder der Satane, und Satan war undankbar gegen seinen Herrn. (27)


[French]

car les gaspilleurs sont les frères des diables(2); et le Diable est très ingrat envers son Seigneur. (27)


[Spanish]

Verdaderamente los derrochadores son hermanos de los demonios y el Shaytán es ingrato con tu Señor. (27


[Turkish]

Zira böylesine saçıp savuranlar şeytanların dostlarıdırlar. Şeytan ise Rabbine karşı çok nankördür. (27)


[Urdu]

بے شک بیجا خرچ کرنے والے شیطانو ں کے بھائی ہیں اور شیطان اپنے رب کا ناشکر گزار ہے (۲۷)

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 12:13 PM | Show all posts
aku paling menyampah dengan geng makan kat hotel buat ala2 hidang ingat makan kenduri main amik banyak2 hidang atas meja pahtu tak habis,mongok
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah meleis spatutnya diharamkan jah masuk buffet...tamak haloba skali amik 4 pinggan penuh pastu xabis...terserlah kepprtian..pastu time solat maghrib(kalau la solat kan) terkeluar makanan time sujud....choii.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa kita nk mempersoal hukum awloh sis..puasa itu wajib dan berbuka jua wajib...kita xboleh fikir dgn akal hal2 sebegini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 12:27 PM | Show all posts
famri7 replied at 21-6-2015 12:17 PM
Ummah meleis spatutnya diharamkan jah masuk buffet...tamak haloba skali amik 4 pinggan penuh pastu x ...

kompem sudah bahlol lu turun temurun...

dari atuk nenek lu turun ke mak pak lu temurun kat lu..




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2015 12:52 PM | Show all posts
yg pi bufet ramadan nih suma nya bagai xpenah makan or kebulur gila babi...

amik penuh sepinggan.. makan xabis pun..

siap berebut nak mengambil makanan... padahal buffet tu blh je bgn byk kali amik... depa refill kot...

xpayah laa tamak.. pprt sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 12:57 PM | Show all posts
cukup x suka org yg ambik makanan banyak2 lps tu x mkn pun n kalau makan mmg x habis.

ak jd menyampah sgt denganorg yg jenis mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 12:59 PM | Show all posts
banyak kali dah aku g pasar ramadhan lewat2... time2 nak berbuka...  lauk yg penjual nak jual bnyak lg
tu salah satu punca pembaziran.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 01:00 PM | Show all posts
Membazir kawan setan..tp bulan pose setan da kene ikat..

Pembazir tu nk kawan dgn sape???
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 01:04 PM | Show all posts
time ramadan makin pulak membazir. macam pulak tu. ni mesti perangai orang islam jahil agama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 01:22 PM | Show all posts
saya jarang beli juadah semasa ramadan...kebanyakannya kotor dan tak sedap..lagipun mjimatkan
buka pun simple shj....ala kadar
nasib baik isteri masak

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 01:30 PM | Show all posts
selalu terjadi bila mkn buffet style

semua makanan amik tp x habis mkn
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 02:28 PM | Show all posts
Jgn membazir..jgn ikut nafsu...itu dlm pkran hakak klu gi param atau buffet org banje...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 02:38 PM | Show all posts
ha..denda jer..100grm yang tak habis denda dabel harga buffet tu sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 02:43 PM | Show all posts
bg lah kitorg tapau pastu caj lah asing...bleh bwa blk utk sahur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 02:52 PM | Show all posts
Banyak dibuang sebab ibadat ini sudah terlampau dikomersialkan. Punyalah ramai orang berniaga makanan di bulan puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dorang pk dorg bayar.so sume nk rasa klu x rugi katanya.end up dh cm kucing mknn bersepah Dan me mbazir
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 02:53 PM | Show all posts
aechae replied at 21-6-2015 02:43 PM
bg lah kitorg tapau pastu caj lah asing...bleh bwa blk utk sahur

Last week iols berbuka di ofis. AJK surau tu siap pesan suruh orang bujang tapau lauk yg lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 03:10 PM | Show all posts
ultra78 replied at 21-6-2015 02:53 PM
Last week iols berbuka di ofis. AJK surau tu siap pesan suruh orang bujang tapau lauk yg lebih...: ...

klu lah hotel2 pn bg kita tapau blk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.709321 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list