View: 8672|Reply: 26
|
9 Sebab Kenapa Gadis Kahwin Lambat
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Penulis ingin kongsikan 9 sebab mengapa gadis memilih untuk kahwin lambat, ini melalui pengalaman dan penceritaan rakan-rakan terdekat penulis sendiri.
Soalan seperti "bila nak kahwin?" mungkin dianggap terlalu sensitif bagi sesetengah orang. Jadi, janganlah sibuk bertanya banyak kali jika ada rakan kita yang masih belum kahwin kerana mungkin mereka tergolong dalam salah satu sebab dibawah.
Jom kita tengok antara sebab-sebab itu :
Sumber foto : drzubaidi.com
#1. Pernah putus cinta tahap menonggeng.
- Setiap orang pasti pernah merasa bagaimana peritnya putus cinta dan dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Bagi sesetengah individu, putus cinta bukanlah satu penghalang untuk bercinta lagi. Namun ada yang memilih untuk terus hidup "single" kerana takut dikecewakan lagi.
Sumber foto : wefollowpics.com
#2. Ingin hidup bebas dan tidak suka dikongkong.
- Belum puas enjoy, ingin bebas dan tidak mahu dikongkong merupakan antara salah satu alasan mengapa sesetengah gadis sekarang memilih untuk kahwin lambat. Bagi yang berfikiran seperti ini, perkahwinan merupakan satu pengakhiran untuk hidup bebas. Mungkin bagi mereka, selepas berkahwin sudah tiada lagi masa untuk berhibur bersama kawan-kawan kerana terpaksa memberi tumpuan penuh pada suami dan keluarga.
Sumber foto : www.lookbook.id
#3. Terlalu mementingkan kerjaya.
- Kerjaya juga merupakan sebab seseorang gadis lambat kahwin. Ada yang "gila bekerja" dan seronok mencari duit hingga lupa tentang perkahwinan. Namun, gadis zaman moden kini kebanyakkannya tidak kisah jika kahwin lambat kerana bagi mereka bukanlah sesuatu yang pelik di zaman sekarang.
Sumber foto : plus.google.com
#4. Terlalu memilih pasangan.
- Bab ni tak boleh nak cakap apa sebab kalau terlalu memilih sudahnya apa pun tak ada. Senang cerita, ukur baju dibadan sendiri la kot. Tak payahlah nak memilih sangat sebab kekacakan seseorang suami bukanlah satu jaminan kebahagian didunia dan diakhirat kelak.
Sumber foto : www.pinterest.com
#5. Jodoh belum sampai.
- "Jodoh, ajal dan maut ditangan Tuhan". Dengan siapa jodoh seseorang, cepat dan lambat hanya Allah s.w.t yang tentukan. Jadi ini merupakan sebab juga kenapa ada yang masih belum kahwin. Kata orang, belum sampai seru lagi.
Sumber foto : www.pinterest.com
#6. Takut dapat suami yang K.O.
- Mungkin ada gadis yang takut untuk berkahwin kerana sering membaca kes-kes suami panas baran dan kaki pukul. Ada juga kes isteri terpaksa menyara suami yang malas bekerja dan macam-macam lagi. Ini lah yang merisaukan sesetengah gadis.
Sumber foto : nurcheda88.blogspot.com
#7. Pilihan hati dibantah keluarga.
- Perkara ini biasa terjadi dan bukanlah satu benda baru. Akhirnya, si gadis tawar hati untuk berumahtangga kerana baginya cinta sejati sukar ditukar ganti.
Sumber foto : thechive.com
#8. Memang tak ada orang nak.
- Jangan gelak! Ini benar-benar terjadi. Bila ditanya "tak teringin ke nak kahwin?" jawapan mudah, "tak ada orang nak, nak kahwin dengan siapa?" Hmm betul juga. Tapi kalau dah macam ni kena lah rajin mencari, janganlah mengharapkan orang ngorat kita je.
Sumber foto : www.ibnuhasyim.com
#9. Tiada nafsu dengan lelaki?
- Ini masalah besar. Lu fikirlah sendiri... haha
Jadi, anda yang belum kahwin tu dalam kategori manakah agak-agaknya? - CARI Infonet.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya lelaki yg masih single and available. ada yg nk berkenalan? |
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang sebab lelaki sebuk nk jadi perempuan.. sb tu angka wanita kawin lambt tu bertambah |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki lebih sedikit dari wanita sebenarnya;yang ada pn ramai yang tade keje, yang kurang elok |
|
|
|
|
|
|
|
baik tak kawin dari kahwin lelaki menipu.. huhu susah sungguh nk cari lelaki yang betul2 baik jaman ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara retis pompuan yg tersiksa sbb kawen dgn stok2 biawak hidup ;
Abby abadi
Enot
A.aida
Ko raser??? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab lelaki sekarang ramai GAY...esp yg hensom tu yg depa cuak...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aku perhatikan.
Ni melalui perhatian aku ye..
Perempuan yg jenis cakap nak betol je.. everything dia kata is right.. x nak mengalahhh... mmg xde sape laki nak dkt... kdg2 ada perempuan cemni yg banyak kwn laki.. tp just buat kawan je lah.. sbb bila beckp asik dia je yg btoll... ni base pd pemerhatian lah he |
|
|
|
|
|
|
|
- Setiap orang pasti pernah merasa bagaimana peritnya putus cinta dan dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Bagi sesetengah individu, putus cinta bukanlah satu penghalang untuk bercinta lagi. Namun ada yang memilih untuk terus hidup "single" kerana takut dikecewakan lagi.
Hakak ada sorg kawan dlu.. bercinta bagai nk rak bertahun2! One day pompuan tu mengalami kesakitan n dimasukkan ke wad.. dipendekkan citer sheols terpaksa menjalani operation untuk membuang rahimnya. Dan2 tu jugak jantan tu terus tinggalkan sheols n smpi skrg dh berbelas taun sheols tk berani nk terima mana2 lelaki sbb takut tkde lelaki yg sudi menerima dirinya seadanya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Lambat ke cepat ke biarlah..drpd kahwin dgn biawak hidup |
|
|
|
|
|
|
|
banyak faktor tak mau kawen lagi...lgipun cucuq join team tak moh kawen, kat group tu semua perempuan2 xnak kawen banyak alasan yang dorang bagi yes kebanyakannya daripada pengalaman lepas. so bile cucuq tengok orang sekeliling gagal dlm perkahwinan so decide xmau kawen n xnak fikir pasal kawen tapi jodoh itu rahsia Allah kalau tergerak hati satu hari nanti insyaAllah kawen tapi buat mase ni memang tutup pintu untuk lelaki hehehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tau xpe...lgipun best tau hidup single ni...yup skarang ni susah nak jumpa lelaki baik, mula2 ok tapi bile dh tunjuk pragai sebenar ish3
|
|
|
|
|
|
|
|
#4
Bukan terlampau hensem jadi ukurañ tapi ada faktor2 lain yg bermain di fikiran |
|
|
|
|
|
|
|
kan... mula2 tu ok la.. lame2.. ishh mintak simpang...
memang la x ckp perangai maya baik tp banyak laki memang tak baik//huhuu
|
|
|
|
|
|
|
|
kan setuju sangat2..huhuhu lelaki nmpak alim, baik n skema pown ada yg buat hal inikan plak lelaki yg memang nmpak buaya hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
tp elok la lelaki yang nmpk buaya dan memang buaya dari lelaki yang nampak ustaz tetapi tak sedaq diri
|
|
|
|
|
|
|
|
xpa...boleh try kawin dlu..agak2 sesuai teruskan la...kalo x sesuai bincang elok2
|
|
|
|
|
|
|
|
oooo buat masa ni pintu hati ditutup ek...meh nk buka...john ada master key..don worry u will be happy
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi promote diri ke?nak bukak pintu hati dengan ape ye?huhuhu ntahlah siyes cucuq memang xde rasa nak berpasangan pown tau walaupun laki2 yang datang not bad la muka (ceh macam promot plak)huhuhu... lagi2 skarang ni cucuq selalu skiptikal skit dengan lelaki..cucuq doakan awak dapat pasangan yang betul yer
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|