CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17821|Reply: 87

Kanser: apakah kanser?

[Copy link]
Post time 28-8-2015 05:03 AM | Show all posts |Read mode
Tumor (ketumbuhan) ada dua jenis: benign dan malignant
Ketumbuhan yang Benign maksudnya non-cancerous (bukan-kanser)
Ketumbuhan yang Malignant ialah Kanser.

Cells di dalam kanser:
1) membiak tanpa kontrol
2) merebak kedalam tissue sebelahnya
3) tidak terlibat dalm proses apoptosis (process di mana cells normal mati bila sampai waktunya, ie mati sebagaimana yang dah di programme di dalam cells itu)
4) boleh metastasize (ie menghantar cells nye sebagai satelite ke temapt yang jauh untuk menjadi ketumbuhan di situ pula, eg seseorang yang ada kanser buah dada, kanser ini awal awal lagi sudah hantar cells nye ke tempat lain eg brain , tulang etc, kadang kadang sebelum kanser itu cukup besar untuk dikesan di dalam buah dada)

Cells dalam kanser selalunya mengeluarkan bahan kimia untuk menarik urat darah kearahnya agar mereka dapat darah untuk membiak (Angiogenesis).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 10:22 AM | Show all posts
Edited by redd_07 at 28-8-2015 10:24 AM

assalam... arwah my mom mulanya breast cancer... mula tu buang sikit je small operation.. later kena buang sebelah kanan breast.. later lagi dia dah merebak smpai ke tulang... that was in 1988-1989... cepat sngat... sebelum tu ayah penah cerita that her cancer is already cure (maybe still under follow up tp itu lah yang i faham masa tu) ... but then she got pregnant... and it all started again... I was 9 years old whe she passed away
betul ke doc... bila pregnant ia boleh mengaktifkan semula sel2 cancer sbb perubahan hormon??
betul ke ia sejenis penyakit keturunan??


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 09:46 PM | Show all posts
redd_07 replied at 28-8-2015 10:22 AM
assalam... arwah my mom mulanya breast cancer... mula tu buang sikit je small operation.. later kena ...

Waalaikumussalam Redd,

Ya sesetengah cancer berketurunan eg breast cancer. Tetapi ade jugak breast cancer yang tak ditentukan oleh genetic. Saya tidak tahu di Mesia, tetapi di sini bila org ada breast cancer kita buat DNA analysis tgk BRAC1,BRCA2, HER2 genes la etc etc. Awak jgn risau benda yang awak tak boleh ubah (boleh kan awak ubah genetic awak? tidak boleh).

Pregnancy dan breast cancer: Preganancy adalah salah satu factor yang mengurangkan risiko breast cancer. Mereka yg lahir kan bayi pertama pada omor lepas 30 tahun berisiko yg lebih tinggi berbanding dgn mereka yg dapat baby omor less than 30. Yang tak penah pregnant risiko higher.


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 28-8-2015 09:46 PM
Waalaikumussalam Redd,

Ya sesetengah cancer berketurunan eg breast cancer. Tetapi ade jugak bre ...

Jadi doc, kalu tak pernah pregnant, n umur lebih 30 thn, tak digalakkan pregnant langsung ke mcm mana? Ni maksud sy, utk pesakit breast cancer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 04:35 AM | Show all posts
bazinga replied at 29-8-2015 12:55 AM
Jadi doc, kalu tak pernah pregnant, n umur lebih 30 thn, tak digalakkan pregnant langsung ke mcm m ...

bukan. maksud statement sebelum ini ialah lagi lambat org itu pregnant for the first time, lagi tinggi sikit risiko; if tak pernah pregnant, tinggi skit lagi. see below re risks: never pregnant > pregnant lambat eg after 30 > pregnant before 30

ini semua adalah ''risk'', bukan jaminan. sebelum wanita yg ada PCOS dan tak pregnant jadi takut-takut, biar I be clear that the mechanism behind this lower risk ni ialah breaks from menstrual cycles. org yang pregnant akan dapat breaks from these cycles. also has something to do with maturity of the breasts tissue.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 29-8-2015 04:35 AM
bukan. maksud statement sebelum ini ialah lagi lambat org itu pregnant for the first time, lagi ti ...

Doc, if u dont mind, boleh tlg explain lagi pasal second paragraph tu?

Pasal maturity of the breast tissue, n menstrual break? Saya kurang jelas skit pasal tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2015 06:35 AM | Show all posts
bazinga replied at 29-8-2015 05:33 AM
Doc, if u dont mind, boleh tlg explain lagi pasal second paragraph tu?

Pasal maturity of the br ...

no probs.

sebagaimana urusan urusan medical yang lain, situasi sebenar adalah lebih complicated dari yang kita selalu sebut pada pesakit. antara sebabnya ialah breasts cancer ni bergantung pada receptors nye, oestrogen receptor dia positive ke tak (ER), progesterone receptor dia postive ke tak (PR), HER2 receptor positive ke tak (HER2+ or HER2-); jika semuanya negative, kita panggil triple-negative breast cancer, dan ini ada kaitannya dgn risk tadi (kerana exposure to hormones oestrogens dan progesterones tadi dan the balance of risks). ER-/PR- cancers rasanya terkecuali dari protection from pregnancy yg kita bincnag ini; juga dengan mereka yang ada BRCA2.

walaubagaimanapun, setakat yang sesuai utk di explain kepada umum, cukuplah dgn yg saya jawab semalam tu. u see, my wife at the moment ni consultant oncologist. jika berminat utk sedikit lagi, boleh sy explain sikit lagi. pregnancy yg pertama boleh naikkan sikit risiko, tetapi untuk short-time interval aje. kenaikan ni sikit aje, dan cuma utk 10 thn. tetapi by the time yang kedua risk ini turun sikit. and setiap pregnancy yg seterusnya menurunkan lagi risk nya. ini adalah.

if dapat pregnant skali je dan omor dekat dekat 40, actually risk nye lebih tinggi dari mereka yg tak beranak lansung (research mengambil nuns sebagai control groups sebab depa takpenah hamil ie periods mereka tidak penah putus). kerana risk dari kelambatan dapat protection satu, dan risk dari short time interval yg saya sebut kat atas is nombor dua.

pasal breast cells tu (dalam breast ada byk jenis cells dgn tugas masing masing yang boleh dipengaruhi oleh hormones eg oestrogen, progesterone, prolactin dan byk lagi), bila dalam pregnancy, certain breast cells akan membiak dgn cepat; jadi byk lah risiko utk dna dia rosak semasa ini. tetapi, pregnancy yg pertama juga menyebabkan cells dalam breast mature cepat sikit dan become more stable. jugak, dgn umur, risk utk dna dalam breast tu rosak jadi lebih tinggi.

@bazinga maybe ada background science atau biology, or even health-related backround; namun yang harus di ketahui ialah statement mula mula tadi iaitu semakin awal umur first pregnancy dan semakin banyak pregnancy, risiko untuk breast cancer adalah lebih rendah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 06:38 AM | Show all posts
bazinga replied at 29-8-2015 05:33 AM
Doc, if u dont mind, boleh tlg explain lagi pasal second paragraph tu?

Pasal maturity of the br ...

ohhh second paragraph... ie PCOS.. takde pulak dikalangan medics dan oncologists di perkatakan tentang PCOS having lower risk of breast cnacer or higher risk; this is meaning to say that it has not so far been highlighted as a significnat factor that alters this parity related risk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2015 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 29-8-2015 06:38 AM
ohhh second paragraph... ie PCOS.. takde pulak dikalangan medics dan oncologists di perkatakan ten ...

Tq doc utk penerangan yg panjang lebar, amat membantu saya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 07:24 AM | Show all posts
bazinga replied at 29-8-2015 07:11 AM
Tq doc utk penerangan yg panjang lebar, amat membantu saya

Eh actually nak apologize sebab mcm berbelit explanation nyer; tetapi itulah secara yang boleh di ringkas kan.Kita selain classify breast cancers thru histology (eg DCIS, Invasive Ductal, Invasive Lobular, Paget's, inflammatory etc etc), juga classify molecularly eg ER+/PR+, ER/+/PR-, HER2 + or - etc. Biarlah yang ini; kerana tidak membantu umum jika pun umum mengetahui nya sekalipun. Semacam Diabetes...kita hanya sebut DM Type 1 atau Type 2..tetapi byk sgt lagi.. eg Diabetes Type III.H.2 ialah Diabetes kerana Klinefelter (not uncommon) etc etc.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bazinga at 29-8-2015 07:39 AM
ipes2 replied at 29-8-2015 07:24 AM
Eh actually nak apologize sebab mcm berbelit explanation nyer; tetapi itulah secara yang boleh di  ...


Eh, takpela doc, saya paham, sebab saya breast cancer patient.

Cuma,, sy nak lebih banyak explanation pasal pregnancy, getting pregnant kalu ada cancer. Bukan tak pernah wat reading sebelum ni on this topic, cuma nak juga dgr pendapat dr Doc lain

Btw, tq Doc dah terangkan panjang lebar kat atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 08:09 AM | Show all posts
bazinga replied at 29-8-2015 07:37 AM
Eh, takpela doc, saya paham, sebab saya breast cancer patient.

Cuma,, sy nak lebih banyak exp ...

Sorry delayed sebab dok layan kucing malam malam buta baru balik nak makan dan main etc..

Breast cancer sekarang ini dikira macam chronic disease aje sebab sekarang ini sudah di kira curable. Juga treatment utk nye berlapis lapis dan berkesan. Saya baru aje dapat penerangan dari isteri saya berkaitan pregnancy dan breast cancer. Dari saya dapat rumuskan dia tak suka patients dia pregnant dalam masa 2thn diagnosis gituh.. sebab masa tu nak lalui chemotherapy etc. Juga masa pregnant, smacam yg Bazinga tahu, adalah masa dimana hormones semua nye berubah dan keadaan jadi agak complicated, lebih lebih lagi dgn ER+ la ER - tapi PR+ etc etc.

Saya yakin Bazinga akan baca lebih lanjut mengenai penyakit ini kerana pemahaman boleh menghilangkan kegusaran. Yg paling utama, ialah doctors sudah matang dan biasa dengan breast cancer sebab ianya sungguh common, jadi doctors sudah berpengalaman melawannya.

Kalau nak tanya apa apa melalui PM pon tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 10:48 AM | Show all posts
ipes2 replied at 28-8-2015 08:46 PM
Waalaikumussalam Redd,

Ya sesetengah cancer berketurunan eg breast cancer. Tetapi ade jugak bre ...

huhuhu....jadi saya ada chance berisiko tinggi utk dapat cancer......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 11:18 AM | Show all posts
Ipo replied at 29-8-2015 10:48 AM
huhuhu....jadi saya ada chance berisiko tinggi utk dapat cancer......

alah sikit aje. tapi, sesapa yg pregnant bawah umur 20 actually reduced their lifetime risk for breast cancer by up to 50%.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
salam doc..colon cancer pon genetik ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 06:54 PM | Show all posts
MeghanK replied at 29-8-2015 11:50 AM
salam doc..colon cancer pon genetik ke

sesetengah nye, yes. Bila seseorang itu kena colon cancer, bergantung pada beberapa factor, doctors akan cuba check samada gene yang bertanggung jawab tu ade kat tak dalam badan orang tu. Ada beberapa syndromes related to this, eg Lynch Syndome, FAP etc if you nak google.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 29-8-2015 06:54 PM
sesetengah nye, yes. Bila seseorang itu kena colon cancer, bergantung pada beberapa factor, doctor ...

kalau memang sbb gene
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 08:14 PM | Show all posts

aha, a small proprotion of these colon cancer memang runs in the family, unfortunately.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 29-8-2015 08:14 PM
aha, a small proprotion of these colon cancer memang runs in the family, unfortunately.

apa tanda awal ye doc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 08:38 PM | Show all posts

tanda awal ialah:
1) darah dalam faeces - ini dah agak lewat; di sesetengah negara depa check FOB (fecal Occult Blood).. simple test utk cek if ada darah yg taknampak dimata kasar

2) berubah routine buang air besar; biasanya benda ni ada routine dia.. if tetiba jadi kacau bilau eg kejap constipated kejap diarrhoea pastu timing pon dah out, maka kita buat colonoscopy

3) abdo rasa discomfort.. nak kata sakit tak, vague gituh

4) terasa ada mass bila kita tekan tekan lower abdo

5) weight loss tapi ini dah lambat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.326053 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list