Pernah tak melihat pengasuh atau pembantu rumah terutamanya warga asing tak kira berasal daripada Indonesia, Filipina mahupun Myanmar bersama-sama membeli belah dan makan bersama keluarga majikan di tempat terbuka atau di restoran-restoran.
Pelbagai ragam yang boleh kita lihat apabila melihat bagaimana gelagat pembantu rumah dengan majikan dan anak-anak. Dengan mengendong anak majikan, membawa barang-barang rumah yang dibeli. Kita sehingga letih melihat pembantu rumah ini yang pada hemat penulis pastinya penat.
Terfikir juga bagaimana sebenarnya tatacara sebenar untuk supaya batas-batas serta privasi sesebuah keluarga dapat dikekalkan. Apabila tiba waktu makan, bermula dari saat memilih makanan, sehingga untuk menjaga anak majikan makan, semua kelakuan ini tidak banyak tidak, mengundang sekeliling untuk berfikir kebaikan dan keburukan menggunakan khidmat pembantu untuk keluarga ini.
Ada yang memilih untuk makan berasingan meja dengan pembantu rumah di restoran, ada yang makan dahulu sambil pembantu menjaga anak. Ada juga yang makan bersama-sama dan melayan pembantu rumah tersebut sebagai sebuah keluarga.
Walau apa pun cara anda, yang pastinya, apakah cara yang paling molek supaya garisan majikan dan pembantu tersebut tidak dilanggari?
Pembantu rumah atau pengasuh yang diupah, sememangnya digaji untuk melunaskan urusan rumah tangga yang tidak mampu dilakukan oleh isteri atau suami. Namun ada juga yang berpendapat, oleh kerana telah mengupah atau menggaji seseorang, pembantu rumah selayaknya melakukan sesuatu kerja sebagai pekerja dan bukan sebahagian daripada keluarga.
Bayangkan satu situasi berikut:
Sebuah keluarga dengan tiga anak kecil yang umurnya dari 3 bulan sehingga 5 tahun. Mereka ke pusat beli belah untuk makan tengah hari. Jadi, apakah pilihan pembantu rumah, atau majikan untuk situasi seperti ini?
- Makan bersama majikan dan anak-anak seperti sebuah keluarga, tanpa mendahulukan majikan.
-Pembantu rumah menjaga 3 anak dengan bermain-main dengan mereka sambil kedua majikan makan.
- Pembantu menolong membantu anak-anak dengan menjaga keadaan anak-anak semasa mereka makan.
Diterima dari Abu Hurairah ra, bahwa Nabi SAW bersabda: “Jika salah seorang dari kamu datang khadamnya (pembantunya) membawa makanan, maka jika ia tidak dapat membawanya duduk bersama, hendaklah diberinya ia satu atau dua suap, karena itu merupakan imbalan susah payah dan sebagai obat baginya.” (HR. Bukhari).
Pada hadits lain juga disebutkan:
Dan daripadanya ra pula, dari Nabi SAW, sabdanya: “Jika khadam (pembantu) dari salah seorang kamu telah menanggulangi makannya, panas serta asapnya, maka hendaklah diambilnya tangannya lalu didudukkan bersamanya. Dan jika ia enggan, maka hendaklah diambilnya masakan itu sesuap, lalu diberikan kepadanya untuk dimakan!” (HR. Turmudzi).
Khadam sama maksudnya dengan pembantu atau pelayan yang menguruskan keperluan majikan di rumah seperti memasak, mencuci pakaian, menyiapkan sesuatu dan menyajikannya.
Hadith tersebut menerangkan seorang majikan perlu untuk mengajak pembantunya duduk dan makan bersama. Namun jika majikan tidak dapat membawa pembantu makan bersama kerana hal yang tidak dapat dielakkan seperti sempitnya ruang, kerana ramainya orang yang makan atau kerana didatangi tetamu hendaklah majikan memberi sebahagian makanan untuk pembantu makan, walau hanya sedikit.
Rata-rata kini, memang tidak ramai yang mengamalkan usaha sebegini dan ramai yang menggunakan khidmat pembantu sebaik-baiknya. Mungkin dengan kesibukan bekerja ditambah dengan desakan hidup, perasaan pembantu rumah seakan tidak diendahkan.
Jika anda seorang majikan yang mempunyai pembantu rumah, atau jika anda seorang pembantu rumah, tinggalkan komen anda dan cadangan anda.. untuk sama-sama buka hati dan minda untuk menyelesaikan masalah ini. -CARI Infonet.
yg pasti pembantu rumah tak pernah makan semeja dgn aku.. tak pernah mengemas umah aku.. tak pernah mencuci tandas umah aku.. serba serbi aku buat sndiri..
saya mempunyai pembantu dari anak saya umur 1tahun hingga 18tahun. kami anggap dia sebagai sebagian dari ahli keluarga dan kami memang makan semeja dan shopping bersama. pembantu pun pandai bawa diri dan tahu batas batas dan tidak pernah ambil kesempatan atas kami. anak anak semua sayangkan dia.
tiada masalah.
aku sendiri nak makan dengan bos pun malas leceh, rasa keras je badan, penuh protokol giler, so anggap je lah diaorang nak makan sendirian untuk kenikmatan
sy kat swk sis
kebetulan saudara sekampung sendiri
jiran2 saya ada yang ambik pembantu rumah
keja siang jer...
mcm my bos
dorang adik beradik ramai
masing2 ada baby kecik
dorang ambik local maid jaga anak2 dorang siang jer
sampai 3 orang sekali kat rumah family dia
sambil2 boleh jaga baby dan kemas rumah
Kalau kat rumah, kami makan dulu .maid makan kemudian
biasa alasan dia kalau di ajak makan sekali ..nak kemas itu ini dulu, nak angkat jemuran la, itu la ini la
tapi kalau jejalan kat luar..dok makan sekali harung la sesama..cuma nya maid aku ni jenis penyegan ke apa
selalu amik makanan yg murah2 je...biasa nya nasi putih dgn ulam2 jah