View: 11357|Reply: 20
|
Nombor plat kereta [Ulangan]
[Copy link]
|
|
Edited by Eva_yy_Ellin at 12-9-2015 10:00 AM
Ok..ni ada teka teki ( kalau ulangan..sorry ya mod)
Di sebuah bandar yang sibuk, jalanraya juga tidak pernah lengang dengan kenderaan. Seorang lelaki yang sangat kacak bernama Ali rupanya sebiji seperti Shah Rukh Khan sedang mengayuh basikal ke kedai karpet tempatnya bekerja. Hari-hari dia melalui jalan yang sama kalau hendak ke kedainya. Hari ini hatinya riang gembira kerana dengan rupanya yang sebiji Shah Rukh Khan itu, dia sudah mendapat seorang awek cun melecun, rupa gadis itu juga sebiji Kajol.
Dengan hati gumbira, Lelaki ini mengayuh sambil tersenyum-senyum sampai langit ke tujuh lagaknya. Sekejap lagi dia akan berjumpa buah hati. Dalam asyik melayan perasaan, dia tidak sedar, sebuah kereta telah menghimpit basikalnya dan menyebabkan basikalnya tersasar dari 'landasan' lalu jatuh terjunam ke dalam longkang besar. Sungguh malang nasib lelaki itu pada hari itu. Dengan perasaan marah, dia melompat dari longkang itu dan sempat memandang ke arah kereta yang melanggarnya tadi. Lagak Einstein, dia sempat baca nombor plat kereta yang melanggarnya. Kereta itu sudah pergi begitu sahaja. Langgar lari punya kes.
Basikal yang jatuh ke dalam longkang segera ditarik keluar dan dia mengayuh ke balai polis untuk membuat laporan. Sampai di balai polis, dia disuruh duduk dan ceritakan apa yang terjadi.
Polis: Sila tulis di sini ya..
Ali : saya tara tulis tuan..(Sambil geleng kepala, tangan dipusing-pusing)
Polis : Oh..tak pandai menulis? Ok, cuba cerita apa yang terjadi.
Ali : Saya sama basikal dihantam kereta tuan..jatuh itu longkang...ada luka juga..blabla bla (Ali mula bercerita dengan riak bersungguh-sungguh.
Muka polis itu berkerut-kerut, kejap dia geleng, kejap dia tenung. Satu butir apa pun dia tidak faham apa yang diceritakan oleh lelaki itu.
Polis : Ok...beritahu sajalah apa nombor plat kereta? (muka sudah bengang)
Ali angguk: Tiga kaki atas, satu tiga mari, lapan tara cukup, satu tara empat tara..
Polis : Hah??...(Muka semakin bengang..)
Ali jawab lagi bila polis itu tanya semula tetapi polis itu masih tidak dapat meneka apa yang dimaksudkan oleh Ali. Boleh tolong jawabkan bagi pihak Ali jelaskan pada polis itu?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WBS 1040 |
|
|
|
|
|
|
|
hok aloh...cepatnya boleh jawab..
betul betul betul (upin ipin jawab)
penat aku karang citer ni..
@NaylaArisha
@Eve_yy_Ellin
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 12-9-2015 07:15 AM
hok aloh...cepatnya boleh jawab..
betul betul betul (upin ipin jawab)
Laaaa, betul ke jawapan aku tu? Aku try test cuba je tu... Hehe tak sangka betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
cepatnya jawabbb..penat tt menaip pun tak hilang lagi..bertabahlah... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehhe..kan?..
tak sempat nak warm up ni..
oh rupanya ulangan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaaa....ulangan ke? Tak dapat apa-apa le ni? Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
tiga kaki atas tu sy x dpt bygkan, cane eh? |
|
|
|
|
|
|
|
woahh..hebatnyee...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg satu tara dua tara.. hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca jawapan baru tgk cerita |
|
|
|
|
|
|
|
eh okay dh ada jawapan. salah |
|
|
|
|
|
|
|
Wbs 1040 |
|
|
|
|
|
|
|
wbs 1040 senang ja soalan ni tak mencabar |
|
|
|
|
|
|
|
WBS 1040
teringat dulu masa kecik2, pakcik pernah bagi teka teki ni.
cuma nombor je lain.
masa tu tengah kumpul ramai2 kat rumah nenek, masa raya agaknya.
huii keluar macam2 teka teki. seronok betul bila ingat balik.
rasanya kejadian tu dalam 20 tahun lepas. wahhh tuanya iols |
|
|
|
|
|
|
| |
|