CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7391|Reply: 42

[Tempatan] Rindukan 'Street Food'? Ayuh Ke Genting Sehingga Hujung Bulan Ini

[Copy link]
Post time 14-9-2015 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZaFoto Adib Za, Suk Wah
Anda rindukan makanan jalanan di negeri kelahiran anda? Siapa boleh lupakan char kuey teow atau rojak pasembor di Pulau Pinang? Atau ikan bakar, ais kacang dan cendol yang mudah didapati di pasar malam atau kawasan medan selera? Begitulah keunikan makanan penjaja, gerai atau jalanan yang menjadi identiti kepada Malaysia yang berbilang kaum.









Berita baiknya, bermula 7 hingga 30 September ini, anda tidak perlu pergi jauh, digabungkan kesemua makanan jalanan (street food) yang terkenal di Malaysia ini di bawah satu bumbung melalui Festival Makanan Malaysia.


Acara yang diadakan di First World Plaza, Genting Highlands ini merupakan kali kedua dianjurkan selepas kejayaan dan permintaan memberangsangkan tahun lalu. Apa yang menariknya di sini ialah, pelbagai makanan yang terkenal sebagai makanan jalanan ditampilkan meliputi 'signature dish' di pelbagai negeri.






Ini termasuklah laksa asam, nasi ayam Hainan, nasi kandar, murtabak, mee suah itik herba, sup kambing dan sebagainya. Ia sekaligus membolehkan anda menikmati kesemua jenis makanan ini pada masa dan lokasi yang sama ditambah dengan fasiliti serta kemudahan yang menyelesakan.


Menurut Pengurus First World Cafe, Rajis Othman terdapat lebih daripada 21 'gerai' yang menyediakan pelbagai makanan jalanan yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.


"Bagi menampilkan suasana seperti kawasan penjaja dan medan selera sebenar, kami menghadirkan gerai dan replika yang mirip dengan suasana pasar malam. Ini termasuklah gerai, lampu jalan, papan tanda dan sebagainya. Dari segi kualiti, kami berikan yang terbaik kerana setiap jenis makanan disediakan oleh chef berpengalaman," ujar Rajis.











Penulis berkesempatan merasai sendiri suasana di  "Malaysian Street Food" ini yang dibuka untuk dua sesi (12 tengahari sehingga 2.30 petang, 5.30 petang sehingga 9.30 malam).


Di kiri dan kanan dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual makanan yang mengimbau kenangan anda ketika berada di kampung halaman dan zaman kanak-kanak. Rambang mata juga dengan pelbagai jenis makanan, tidak tahu mana satu yang hendak didahulukan.


Tau Fu Fa panas menjadi pilihan sebagai pembuka selera. Jika anda inginkan teh tarik, jangan risau, di sini ada disediakan di gerai air. Apa kata kita mulakan dengan rojak buah dan juga nasi goreng kampung pedas yang disediakan panas-panas.








Satay Kajang sentiasa menjadi kegemaran penulis, tambahan di sini disediakan oleh Chef Ramzan yang mempunyai restoran Rono Satay Kajang. Resipi turun termurun dari tahun 1965 ini wajib dicuba ya!


Aneka menu laut yang menjadi hidangan di Kuala Selangor juga boleh dinikmati di sini. Ikan bakar, sotong dan udang disediakan segar dan panas-panas, tidak dilupakan sos dan sambal belacan yang mengancam.











Anda gemarkan makanan yang lebih berat? Nasi ayam Hainan dan char kuey teow yang menjadi 'top seller' di Genting tidak harus dilepaskan, disediakan oleh Chef Leong. Selain itu, aneka mee buat penggemarnya boleh dicuba seperti mee sup wantan, mee suah itik herba, Ipoh Hor Fun dan mee sup bebola ikan.


Masakan mamak seperti nasi kandar yang didatangkan dengan ayam berempah, kambing masala, acar dan papadum turut setia menanti anda! Tidak dilupa roti canai dan juga murtabak yang disediakan panas-panas. Memang kecur air liur dibuatnya.











Bagi anda yang sukakan kuih muih, di sini terdapat lambakan dan pelbagai jenis kuih Melayu dan Nyonya, seperti kuih bingka, kuih talam, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, aneka pau dan sebagainya.


















Jangan lepaskan peluang anda untuk membawa keluarga ke Malaysia Street Food ini. Hanya sehingga hujung bulan ini! Hanya RM65 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 05:13 PM | Show all posts
wow best nyer...#lama dah x pergi
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:17 PM | Show all posts
nak tau fu panas satu!
Sedapnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:17 PM | Show all posts
*tau fu fa
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:20 PM | Show all posts
suk wah tu sejenis makanan ke? dengar mcm sedap... mcm suun mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 05:21 PM | Show all posts
ais kacang... sukenye.. memang kegemaran sangat.. tak dela mahal sngt kan..bawah 100..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:22 PM | Show all posts
makan makan dan makan... bestnyee..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 05:24 PM | Show all posts
Argghh...nangis dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pesal penang bnyk sgt? ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:30 PM | Show all posts
lapo3 ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 07:33 PM | Show all posts
akak @AbukRokok jom 21/9 - 22/9 naik genting
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Halal ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk gmbr nasi ayam kat atas tu mcm menari2 je ayam, suke ye kene makan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:41 PM | Show all posts
Macam konsep kat The Mall (Yaohan) suatu ketika dahulu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysian street food apa benda... Mostly makanan cina penang jer... Better rename ke malaysian chinese street food or jalan alor street food
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
65 tu mkn unlimited ke. Buffet eh? Kalo cemtu mcm best je. X rugi. Ada seafood bakar bagai
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:16 PM | Show all posts
fullamak kena pegi ni sis. halalun toyyiba ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:17 PM | Show all posts
lef buffet style sis. ingatkan ala - carte. tapi oklah RM65 kalau nak cekik semua menu tu. banyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:26 PM | Show all posts
makanan berasal dari Guangzhou dengan Kunming ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.184188 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list