CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9509|Reply: 80

[Tempatan] Demam Kepialu Mula Menjangkiti Penduduk KL

[Copy link]
Post time 20-10-2015 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 20-10-2015 11:37 AM

Jumlah kes demam kepialu di bandar raya Kuala Lumpur meningkat kepada 32 kes sejak Ogos lepas, dan orang ramai dinasihatkan memberi perhatian serius terhadap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelak jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah tertinggi kes demam itu dikesan di Titiwangsa sebanyak 16 kes, Kepong (lapan), Lembah Pantai dan Cheras (masing-masing empat kes).

"Namun begitu tiada kematian dilaporkan," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku.

JKWPKL juga membuka bilik gerakan bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan demam itu yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman, dan seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala antara satu hingga tiga minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar.

Dr Noor Hisham berkata JKWPKL menerima notifikasi mengenai tujuh kes demam kepialu membabitkan buruh binaan yang tinggal di Cheras dikesan pada minggu pertama Ogos lepas, dan dua daripada sepuluh kontak yang diperiksa turut didapati positif ujian dan telah diberikan rawatan.

Sehingga kini, sejumlah 37 orang kontak terdiri daripada anggota keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring, dan 24 premis makanan diperiksa, katanya.

Selain sejumlah 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria Salmonella typhii ini, dan setakat ini belum ada sample yang dilaporkan positif, katanya.

"Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais, di samping pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di Kuala Lumpur baik," katanya.

Dr Noor Hisham berkata gejala utama yang direkodkan selepas dijangkiti demam ini adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala, dan pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah.

"Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis," katanya.

Dr Noor Hisham berkata mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala dan pembawa boleh menyebarkan bakteria itu melalui pengendalian makanan atau minuman.

Deman kepialu masih berlaku di beberapa kawasan di negara ini yang mempunyai liputan bekalan air minum terawat dan penggunaan tandas sanitari yang rendah serta kebersihan persekitaran dan personal yang terabai.

"Jangkitan itu juga disumbang oleh pengendalian makanan yang tidak mengikut tatacara yang selamat dan sihat," katanya.

Dr Noor Hisham berkata Kuala Lumpur merupakan negeri yang sentiasa mencatat kes demam kepialu yang rendah setiap tahun dan kejadian ini bukanlah keadaan luar biasa dengan bilangan kes semenjak lima tahun lepas adalah antara tujuh hingga 35 kes setahun.

Orang ramai dinasihatkan memilih gerai dan kedai makan yang bersih termasuk pengendali makanan yang bersih serta menjadikan makanan yang panas dan baru dimasak sebagai pilihan utama.

"Kebersihan diri juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas," katanya.

- Bernama


Kepialu : pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis); ~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg menyebab­kan tubuh menjadi panas dan orang yg meng­hidapinya meracau.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 10:43 AM | Show all posts
bahaya demam ni..
aku & my cousin pernah alami demam ni ..
masa tu dlm tingkatan 2..
my cousin meninggal..
lama gak demam ni dalam 3 hingga 4 bulan
panas yg terlampau..berbulan bulan terlantar smpai meracau racau..
baru sembuh dr demam cakap pun x jelas..agak nya sbb da lama sgt x bercakap
mengikut cerita dr ahli keluarga bila aku sembuh seolah olah mati hidup semula..
tp aku mana tau apa-apa..

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 10:49 AM | Show all posts
haryatie replied at 20-10-2015 10:43 AM
bahaya demam ni..
aku & my cousin pernah alami demam ni ..
masa tu dlm tingkatan 2..

memang wa dah tau lu tak tau apa apa pun...


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:00 AM | Show all posts
mula-mula tibi, sekarang kepialu..
lepas ni penyakit apa pulak timbul balik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:01 AM | Show all posts
apa puncanya? dari air ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:03 AM | Show all posts
lavapresident replied at 20-10-2015 10:49 AM
memang wa dah tau lu tak tau apa apa pun...

biar laaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
penyakit ni biasanya lepas perang dan negara2 mundur yg tak bersih
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:11 AM | Show all posts
DAYANG07 replied at 20-10-2015 11:01 AM
apa puncanya? dari air ke

kebanjiran warga asing yang masuk ke msia tanpa tapisan...

demam kepialu nie perkara biasa di negara2 mundur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 11:11 AM | Show all posts
uishhh...bahaya nie..adakah sbb pendatang terlampau ramai???
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:11 AM | Show all posts
penyakit nie satu je sebabnya PENGOTOR  
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:12 AM | Show all posts
spesis suka main tahi cam si indon @dizek    dan  @Simunggu   
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:21 AM | Show all posts
Jangan amalkan makan di luar.....penyedia makanan nya Indon Bangla dan vietnam kau.....
Kat Bangi Utama...penjual Donut terkenal tu adalah org betnam
kAt kafe yang masyur pun...penyedia nya orang Bangla
Kat Cyberjaya...penjual mee tarik pun org bangla
Sapa nak check mereka ni....tokey kata...buat diaorang buat aja la
Aku dah lama tak makan kat kedai mamak....nak muntah aku...bila ingat bau busuk meja yg baru di lap
Menggunakan kain entah hapa hapa entah...busuk sangat....
Balik la rumah, masak nasi, goreng telur mata ke, ikan selar ke...sambal sikit...dah...makan...janji kenyang....belajar masak resepi2 baru dan modify kan...supaya kita boleh buat sendiri di rumah...hentikan makan di luar.
Mereka ni pengotor....tengok kuku, baja meraka ...nak makan pun potong selera......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:34 AM | Show all posts
leylapple replied at 20-10-2015 11:11 AM
kebanjiran warga asing yang masuk ke msia tanpa tapisan...

demam kepialu nie perkara biasa di n ...

Yg ni mmg betul. Nak pulak yg jenis jual makanan. Nampak nyata kadang x jaga kebersihan..

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:34 AM | Show all posts
myanmar dengan sirehnya...meludah merata2...nepal pulak dgn makanannya...euww..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:55 AM | Show all posts
kenarikelabu replied at 20-10-2015 11:34 AM
Yg ni mmg betul. Nak pulak yg jenis jual makanan. Nampak nyata kadang x jaga kebersihan..

secret resepi penuh dengan bangla.... siap tdo di dapur secret resepi pulak tu..

restoran mamak tak payah nak cakap la... basuh kuali pun guna mop....nampak tak kebersihan kat sini tak dititikberatkan?

tak tau lagi yang lain2 pendatang mcm mana diorang buat keja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:58 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 12:25 PM | Show all posts
SANKURIANG replied at 20-10-2015 11:21 AM
Jangan amalkan makan di luar.....penyedia makanan nya Indon Bangla dan vietnam kau.....
Kat Bangi U ...

ko ckp mcm ni..aku terasa bertuah plak..sebab ank2 aku..mmg x leh lansung mkn kedai mamak atau makanan yg di jual di pasar malam.. klu makan jugak..setengah jam lepas tu..confirm cirit birit muntah..jadi rajin ke malas ke..aku kena masak gak kt umah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 01:02 PM | Show all posts
tadi pagi beli nasi lemak dah siap bungkus

makcik yg jual blh plak gosok tangan dia kat timun utk nasi lemak tuh eeiii serious mmg pengotor makcik tuh

confirm tak beli dah lepas nie kembang tekak weiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 01:13 PM | Show all posts


sebab ramai sgt warga asing kelas bawahan , low class people dtg ke negara kita maka penyakit2 yg lama sudah docs x tengok sekarang kes kena tengok



bela gang  low  class mcm ini ,kesannya rakyat sendiri turut terkena.

foolsssssssssss due respect!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Akuler replied at 20-10-2015 12:25 PM
ko ckp mcm ni..aku terasa bertuah plak..sebab ank2 aku..mmg x leh lansung mkn kedai mamak atau mak ...

aku kalau tahap malas cipan...aku buat maggie je or aku ckp ktanak aku makan je ala kadar sbb dh obese lol sampai die ckp aku nk bunuh dia kakakaka....tp tu kdg2 je....biasanya aku masak je la telur ke nasi grg ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.081698 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list