CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14792|Reply: 78

Bekas Suami Izreen Jawab Tuduhan 'Bersedudukan'

[Copy link]
Post time 26-10-2015 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ladybird_ at 26-10-2015 03:43 PM

PETALING JAYA: Bekas suami kepada Izreen Azminda iaitu Muhamad Riza Baharuddin, menafikan tuduhan wanita itu dia bersekedudukan dengan kekasihnya dan membawa anak mereka tinggal bersama.

Bagaimanapun, Muhamad Riza, 32, mengakui ada memperkenalkan anaknya Muhammad Adrian Umar, (1 tahun), itu kepada kekasih baharunya.

"Sumpah dengan nama Allah saya tidak tinggal dengan mana-mana perempuan atau kekasih saya, sekarang saya tinggal bersama adik bongsu saya dan pembantu jurukamera.

"Saya faham keadaan Izreen dan tidak akan sakitkan hati ibu kepada anak saya. Saya juga tiada niat nak kenalkan kekasih baru kepada anak saya cuma ia berpunca daripada satu kejadian kecil. Saya malas besarkan isu ini, biarkan sahajalah," ujarnya kepadamStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.






Riza diminta mengulas tentang tuduhan pelakon Izreen, 30, di laman sosial Instagram miliknya yang berang apabila anak mereka dibelai oleh wanita yang dipercayai kekasih kepada bekas suaminya itu.


Izreen turut membalas komen peminatnya yang melahirkan kemarahannya itu yang memberi gambaran kononnya bekas suami tinggal bersama seorang wanita sebelum sah menjadi suami-isteri.

Sementara itu, Riza turut berkata, Izreen tidak pernah membenarkan dia membawa anak mereka bermalam di rumahnya sejak mereka berpisah.

"Penjagaan anak saya serah pada Izreen, saya akan berjumpa anak bila saya habis kerja awal sahaja. Nak tidur dengan anak memang Izreen tak bagi, jadi saya ikut sahaja kehendaknya untuk puaskan hati dia," ujar Riza.


Sumber : http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... mi-sangkal--izreen/




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 03:44 PM | Show all posts
mujur lah izreen dpt bekas laki mcm ni..tak byk bunyi..ikut je kehendak kau...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 03:51 PM | Show all posts
nape x bg tido dgn anak...
nsb baik ex dia ni lembut hati...wponnnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 03:53 PM | Show all posts
d_dalia replied at 26-10-2015 07:44 AM
mujur lah izreen dpt bekas laki mcm ni..tak byk bunyi..ikut je kehendak kau...

khen?? kalo dapat spesis berbalas-balas macam aidil, mati la.. takpun spesis jimi rogayah shenli..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 03:57 PM | Show all posts
Themilo replied at 26-10-2015 07:53 AM
khen?? kalo dapat spesis berbalas-balas macam aidil, mati la.. takpun spesis jimi rogayah shenli.. ...

aidil pun tak lah meroyan pun..balas bila keadaan mendesak je...elok izreen ni dpt laki level meroyan mcm acik rita rudaini..haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:02 PM | Show all posts
d_dalia replied at 26-10-2015 03:44 PM
mujur lah izreen dpt bekas laki mcm ni..tak byk bunyi..ikut je kehendak kau...

berani dia x ikut kehendak..

dah la cerai ms budak tu kecik lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2015 04:05 PM | Show all posts
d_dalia replied at 26-10-2015 03:57 PM
aidil pun tak lah meroyan pun..balas bila keadaan mendesak je...elok izreen ni dpt laki level mero ...

nanti terpaksa pulak bukak rumah edisi royanan izreen pulak..
tak larat la meols nak tengok thread royana je dekat first page..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:05 PM | Show all posts
manehnya replied at 26-10-2015 08:02 AM
berani dia x ikut kehendak..

dah la cerai ms budak tu kecik lg

cerai pun masing2 salah..bukannya salah sorang2 pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 04:14 PM | Show all posts
ellZack replied at 26-10-2015 08:05 AM
nanti terpaksa pulak bukak rumah edisi royanan izreen pulak..
tak larat la meols nak tengok threa ...

nanti keluar pulak hashtag

#sehelaibrapuntakpernahkaubeli

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:29 PM | Show all posts
izreen ni mcm dah ala2 ritrud pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:30 PM | Show all posts
mesti x laki die takut die jd mcm rr tu yg tak bnyk cite tu..
hahahahhaahha..
maklum la izreen kan bfffffff rr..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:30 PM | Show all posts
d_dalia replied at 26-10-2015 04:14 PM
nanti keluar pulak hashtag

#sehelaibrapuntakpernahkaubeli

kahkahkahkahkah #sehelaibrapuntakpernahkaubeli
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:30 PM | Show all posts
yg cool jgn disangka benar...
yg royan jgn disangka salah...
pun aku tak masuk belah mana2 sbb perkara sebenar hanya diorang je yang tahu...
tapi elok berdamai sajalah demi anak yg perlukan kedua2 mak bapak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:41 PM | Show all posts
kaksom replied at 26-10-2015 08:30 AM
kahkahkahkahkah #sehelaibrapuntakpernahkaubeli

dah masing2 galak nak cerita luar dlm..lepas ni mana2 laki retis sila lah rajin2kan diri beli spender bini masing2..mana lah tau jodoh tak panjang mau keluar cerita sehelai spender pun tak beli
amik iktibar
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:41 PM | Show all posts
caplimau replied at 26-10-2015 08:30 AM
mesti x laki die takut die jd mcm rr tu yg tak bnyk cite tu..
hahahahhaahha..
maklum la izreen kan ...

siap buat nyanyi lagu suami curang lg..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:44 PM | Show all posts
d_dalia replied at 26-10-2015 04:41 PM
dah masing2 galak nak cerita luar dlm..lepas ni mana2 laki retis sila lah rajin2kan diri beli spen ...

hahaha... memasing dah hilang 'kemaluan' adehhh...
ape nak jadi lah.. donia..doniaaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 04:47 PM | Show all posts
kaksom replied at 26-10-2015 08:44 AM
hahaha... memasing dah hilang 'kemaluan' adehhh...
ape nak jadi lah.. donia..doniaaa

hilang kemaluan 1 hal..dok mengadap instagram tu sebab tu semua hal dlm kain nak bagitau semua org
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai kesian kut pada anak? tak dapat manja bebetul dengan ayah dia. ker izreen lupa yg bekas suaminya telah menyumbangkan sperma? kut tidak, takde la dapat anak dia yang comel tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yakin masing2 ada salah. Tapi ko tu artis. Bila citer keburukan ex laki dalam media sosial memang la akan jadi bahan utk di gossipkan. Baik la ko gi jumpa face to face or col ex laki tu utk luahkan  rasa tidak puas hati ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke lakonan izren tapi x brp suke pangai die.nmpak sesngat mcm ad kjelosan bile ex ad gf baru..izren pun ingt dah btudung dah cukup baik ke.aku rase ko pun phm bile gf dtg umah bf lepak2.mcm budak2 skrg ni urban katenye.bukn la tido sekali.yela kite x nmpk tapi x mgkin la reza nk buat dpn ank die
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.287944 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list