View: 14480|Reply: 196
|
60 Peratus Rakyat Malaysia Bermasalah Obesiti, Apa Kata Anda?
[Copy link]
|
|
Artikel : TS LOO
Video : Firdausz & TS LOO
Obesiti di Malaysia semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk menghidap masalah itu yang berpunca daripada amalan gaya hidup dan pemakanan tidak seimbang selain tidak suka bersenam.
Bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk menangani pemasalahan ini.
Cara hidup orang muda sudah berbeza kerana mereka berada dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Mereka kurang melakukan aktiviti fizikal kerana sudah ketagih dengan permainan dan penggunaan media sosial dari pagi hingga malam.
Pelbagai kempen akan dilaksanakan dalam usaha memfokuskan kepada peningkatan kesedaran golongan belia terhadap kepentingan melakukan senaman sebagai amalan hidup seharian.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Subramaniam menegaskan kerajaan sedar dan akan memainkan peranan dalam memastikan golongan muda sentiasa mengamalkan kehidupan sihat dengan memperbanyakkan kemudahan beriadah di kawasan perumahan antaranya kempen berjalan 10,000 langkah sehari merupakan aktiviti intensiti rendah dan sesuai semua peringkat umur.
Dalam pada itu, usaha membudayakan amalan bersukan dan melakukan aktiviti fizikal sebagai rutin harian di kalangan rakyat juga akan dipergiatkan lagi kerana kajian menunjukkan purata setiap individu melakukan aktiviti senaman selama 20 minit sehari.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
60 persen tu melampau la..sape yg survey ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Cash lah sis...ummah2 kokeshen umo 50an pergi melancong pelbagai, ummah2 lokal umor 50an duk ulang alik hospital kecing mabis draha tiggi gout smua pakej cashhhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya. takkan 60% kut rakyat malaysia obes. mmg la ramai yg gemuk tp thp obes tu tak sampai 60% la. survey dr mana nta la ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dengan segala mala mahal,
orang meratap tak cukup duit nak hidup,
still Malaysian boleh gemuk gedempol.
stop tolong kayakan owner restoran,
sila berjimat makan. |
|
|
|
|
|
|
|
tau xpe.. from 2 years
ai from 45 naik 50 |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa tergolong dalam 40% kita geng. |
|
|
|
|
|
|
|
malon perutnya pada buncit gan karena pada malas gerak |
|
|
|
|
|
|
|
Spidey makan kuat pun tak boleh gemuk. Doktor cakap Spidey ada Thalassemia.
Berat badan pun tak sampai 50kg. |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa replied at 5-11-2015 06:10 PM
tau xpe.. from 2 years
ai from 45 naik 50
Bellaa sekarang 95kg?
Kesiannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Org2 Malaysia ni memang malas nak mampus nak senaman..nak jaga makan tak lah... aku memang rajin jogging n ke gym nasib baik ofis provide..ada acik2 sibuk menjoyah kenapa aku yg da slim ni g gym..katanya org yg senaman ni utk org gemuk n nk kurus je...hello xsemestinya okeh ...aku mmg nak jaga badan aku sbb nak guna lamakan. acik2 yg tegur tu of course la yg btudung paridah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dh nk obese... Baru obese leh sama ngan kak ros |
|
|
|
|
|
|
|
nsb baik aku dh terdedah kpd aktiviti mountain biking... |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 5-11-2015 06:28 PM
Spidey makan kuat pun tak boleh gemuk. Doktor cakap Spidey ada Thalassemia.
Berat badan pun tak ...
Silap2 terbang ditiup angin. |
|
|
|
|
|
|
|
Tau takpe. Yang dah berpenyakit teruk pun takde langsung pantang makan. Main bedal je. |
|
|
|
|
|
|
|
Hihihi....Spidey bekerja di sebuah kawasan berdekatan Tampin, Negeri Sembilan. Setiap awal tahun ada musim angin kencang (tak pasti dorang panggil nama apa) dan Spidey memang susah bergerak kalau angin tu bertiup. |
|
|
|
|
|
|
| |
|