View: 52198|Reply: 151
|
Aku Ni Kenapa? #142 #145 [Updated 25/03/23]
[Copy link]
|
|
Edited by trexxxxxi at 30-3-2023 12:34 PM
1 : The Coffee Cup Reader
2 : Kisah Jasmin
3 : Jam 9
4 : Kertas Kuning
5 : Hantu H1N1
6 : M Waterfall 7: Short Stories by Haze
8 : Jogging Malam
9 : Aku ni Kenapa? - Pt.1
10: Aku ni kenapa? - Pt. 2
The Coffee Cup Reader
Sorry if thread psl psychic ni dah ada, tp tak nampak plak aku tengok.
So ceritanya, pada raya haji tahun ni.. Semua family pakat raya kat rumah aunty kat kl ni je. So kat sini close family member ni she's Iranian ada sekali. (org lain dah kenal cuma aku selalu xde jodoh jumpa if jumpa pun time ramai) she invited us gi rumah dia sbb dia nak cook iranian food for us. She's quite a close family member cuma aku je selalu x berkesempatan nak sembang2 dgn dia maklumlah selalu ramai.
Next day kitorg pun pegilah rumah dia..After makan2 sedap bukan main dia masak beef rice la, shrimp rice bagai. Dia bg kitorg minum kopi cawan kecik je, kopi iran katanya. To be honest mmg sedap kopi tu (black coffee). So after that, dia suruh tekup kopi tu terbalik. Kitorang 7 org gi time tu, cousins, nenek aku, aunty and jugak mak aku.
So time tu aku ikut je la, actually aku selalu interested dgn benda2 pelik tapi benar macam ni. (bukan nak cakap aku percaya ke apa cuma aku selalu akan berminat nak tau lebih lanjut psl mistik macam ni sekadar info kan) So time tu baru dia ada masa nak sembang dengan aku, tanya aku how old are you semua macam biasa la sembang kan.. Lepas sembang tu, dia mintak coffee cup aku yang dia dah terbalikkan.
"Do you want me to read you? I can tell. I have the ability to scan and read people" Dia cakap mcm tu la.
So aku mcm okaylah why not try je lah if you said so kan, bukan aku sengaja seek dia purposely for that thing. Okay so masa tutup cup tu dia suruh kitorg niat dalam hati anything apa yang kita nak Allah tunjuk..
Mula2 dia read coffee cup nenek aku, mostly apa yg dia cakap betul tapi aku mcm biasa je lagi tak impressed lagi. Ye lah, sbb nenek aku dah tua so benda2 yang dia sembang mcm benda biasa-biasa je la... I mean pasal anak-anak, etc etc, pasal kindness, sabar and so so lah. Then lepas nenek aku, dia mintak cup aku.. Aku hulur je lah cup tu.
Bila aku tengok cup tu, mmg abstract yg banyak sgt(aku baca sebab aku muda lg so a lot nak go through berbanding cup nenek aku tadi)
First thing first dia cakap
"Darling, you are so sad". Start dia cakap pasal sad semua tu, ntah kenapa emosi aku mmg tak menentu, aku rasa cam hiba and sayu sangat-sangat. Sebab selama ni aku bukan jenis mudah nak sedih/tunjuk sedih. Kalau sedih pun aku akan buat mcm takde pape hehe tak pernah org tau betapa sedihnya aku deep down kan even mak aku (maybe she knows tp tak pernah nak confront kot), biasalah dpn org lain boleh fake a smile semua but then bila dia boleh sebut aku ni seorang penyedih satu perasaan tu serbu mcm rasa ahh busted. Tapi tak nangis lagi lah.
Then dia duk ckp lagi "You don't pray a lot"
lol busted again. aku pun sengih je la mmg selalu lalai aku ni solat tak cukup semua aiyoo termalu kat situ
Then dia cakap lagi"You have 6th sense. You have the ability to dream, and the dream will come true"
Gulps. Ni satu hal jugak sebab since kecik, aku selalu akan dapat mimpi. Contohnya before nenek and atuk aku meninggal, aku akan mimpi gigi tertanggal a few months before tu. Even nama penuh aku pun mak aku dapat dari mimpi, sebab dia tak tahu nak letak nama apa. Then dia mimpi ada org tanya "sapa nama anak?" then dia jawab nama penuh aku ( dalam mimpi tu) then after terjaga dia bagitahu ayah aku. So jadilah nama aku dapat dari mimpi haha Lepas tu aku pernah mimpi orang suruh baca surah apa ntah (ni tak ingat sangat) So mak aku antara org yang risau setiap kali aku dapat mimpi ganjil, sebab mesti ada benda jadi. Tp tak selalu sometimes je benda ni datang. Tak selalu. Then pernah mimpi scary before aunty aku kena ganggu, mimpi suasana macam ribut time tu langsir2 rumah berterbangan sbb kena tiup angin, tingkap x tutup. Then dalam angin kuat tu aku gi satu bilik besar, tengok dalam tu aunty aku mcm tengah lemah atas katil. Dia macam panggil aku tapi lemah, then aku perasan kat penjuru katil ada org perempuan tengah solat. sekali pompuan solat tu pusing aku tengok tu aunty aku jgk! aku tengok2 dua2 aunty aku, tapi aunty aku yg solat ni lain mcm sikit. Muka cam jahat, garang and masam je. Dia jegil mata kat aku. Aku tersedar je berdebar-debar dgn mimpi tu. Ntah nape, terus gi bagitahu mak ayah aku. Sekali masa masa tu aunty aku mmg sakit2 dah..
Pasal 6th sense plak, takdelah nampak makhluk. Tapi instinct ni kuat gila. Pernah aku kat U time tu, tiba-tiba berdebar yang tak surut2. Rasa something wrong, serba tak kena.. Fikiran tak tenang, emosi lebih, duk nangis dalam toilet. Time tu fikiran aku Ayah aku je. Tak tahu kenapa dekat 2 minggu macam tu, Ayah aku pun diam jugak 2 minggu tu. Aku punya tahap sedih sampai gi solat nangis kat sejadah. Ko tengok si lalai cam aku sampai mcm ni tahap sedih.. Then benda tu stop mcm tu.. 6 bulan lps tu baru aku tahu apa yg jadi sebenarnya, mmg berita buruk.. Org sengaja tak cerita kat aku. Aku pun macam "ooo patutla time tu emosi lain macam sgt2" lps aku gtau ayah aku, ayah aku ckp lain kali ada instinct buruk ke apa "cepat bgtau as warning supaya boleh beringat sapa-sapa pun". Kalau benda buruk jadi kat mak aku macam tu jugak, aku lah yang duk gelisah takleh tido malam rasa nak nangis tanpa sebab tapi mulut terkunci takleh gtau, simpan sorg2 lah rasa pelik2 tu sampai betul2 terbongkar apa bad news nya.. Adoi masalahnya aku yang tanggung segala uneasy feeling tu before org lain
"You just got a job and your job for now is a very relax job.. So for this year until next year, you have a lot of travel plans"
Lol ini pun betul. Dia cakap keje aku skrg sangat2 relax, sebab memang pun aku dapat keje yang sekangkang kera dari rumah. Then gaji pun not bad and keje tak banyak, pukul 6 semua wajib balik takde istilah overtime for everyone. Gi office pun takde keje bertimbun. Basically hidup mmg relax, masuk ofis kul 9 kul 8.45 aku kuar gi ofis then takpayah tempuh jem semua. Pasal travel pun betul, mmg banyak dah plans nak kena gi situ sini sampai tahun depan. terdiam la aku heheh
"What happened to the last guy? He is not single is it?"
Damn, ni tepat la atas muka. A few months before aku ada bkenalan dgn one guy jumpa kat gym. Tapi xde sampai tahap couple keluar dating semua, tapi yela duk whatsapp for almost 3 months aku pun agak fall for this guy then satu hari terjumpa facebook dia bodo betul dah kahwin anak satu. Bangang betul aku dah emotionally attached dengan mamat ni dekat seminggu gak nak recover. Busted again bila Iranian ni cakap dpn family aku, then aku pun selamba je lah "Don't worry I've got rid of him" then org lain duk gelak je lah dgr aku cakap camtu tak tau aku ni nervous dah haha
"Your mom suffers a lot"
Kat sini emotional balik, sebab you know. Tiba2 org boleh describe balik semua benda yg dah jadi and then sebak lah aku nya. sempat lak dia tanya "Why I can feel that you're going to cry" Cepat2 aku nafi "No I'm good" then dia tanya balik "are you sure?" dalam nada yang macam 'takyah nak tipu aku tahu lah' Huhu Hangat2 dah mata duk tahan air masa tu tp berjaya sekang gak tak tumpah air mataku, tak nak sembang banyak pasal ni tp sebenarnya semua yg dia cakap betul.
"Whatever you do, you always think of your parents"
Ni macam general lah aku rasa sape2 pun mesti macam ni. Tapi dia cakap benda ni yang buat aku sedih sebab aku selalu stress pikir pasal whatever happened la kan then eager, bila tak mampu and helpless nangis sorg2 then start to blame everything sini dia pesan lagi " Pray and be patient, the time will arrive your life will change soon". Of courselah weh anak mana taknak tolong family kan. Aku kalau boleh nak change everything tp apa daya takde kudrat ke arah tu lagi
"You shouldn't close with a lady with short hair. She said she's your friend but she's not a good friend"
Kebetulan tak kebetulan, mmg aku ada probs dengan sorg kawan yg agak baik jugak. Minah ni dia anggap semua org sekeliling dia jahat, jelous kat dia, org lain cam xde keje lain selain nak burukkan dia, sebar story psl dia. Aku lah terutamanya yg kena cop mcm tu, tapi aku buat tak tau je sebab aku rasa dia ada bipolar disorder. So tak kuasa plak aku nak layan org sakit ni, biar pi kat dia kan. Tapi apa2 time dia bosan sgt, time mood baik innocent dia dtg, cari aku minta maaf la semua. Pening aku. Takpelah, masalahnya Iran ni mengena plak. Rambut pendek tu memang minah ni. Huhu gila tak?
*Basically aku listed yg Past and Present je ni, yang future tak berani nak letak sebab who knows benda tak jadi lagi kan. Kalau betul2 jadi aku update lg ok
So kesimpulannya, everything she said about our pasts and presents tu mmg betul padahal dia tak kenal aku. Lol gila mana dia tahu pasal mamat yg tak single tu, aku tak cerita kat mak aku pun pasal mamat tu. Then dia read mak aku pun, wah haru lagi kat sini mmg betul la.. emotional lagi. hahaha
Future plak aku tak tahu sebab dia read future aku yg jauh2 so xkan happen dalam masa terdekat ni. Tapi sepupu aku betul dia cakap, sepupu aku pregnant dia gi pegang perut tanya "When is the due date" Sepupu aku jawab la "10 Nov" then dia cakap lah "Nope, maybe earlier. Maybe two weeks earlier." Dan-dan dapat whatsapp family, sepupu aku masuk hospital exactly 2 weeks earlier giler kentang la sepupu aku pun duk nervous cakap "Aku taknak dah jumpa Iran tu, takuttttt"
Lagi satu cite dia ikut aunty aku balik kg ritu, kg nenek aku la.. Then ada makcik ni jiran konco2 nenek aku, sakit biasa la sakit org tua kan. iran ni tengok cakap kat aunty aku "She'll be gone soon."seminggu je lepas tu betul2 makcik jiran ni meninggal Aunty aku plak xde cakap apa-apa kat kitorg bila makcik jiran tu dah meninggal baru dia cakap, sebenarnya Iran cakap dah hari tu tak lama meninggal la makcik jiran nenek tu. Tapi Aunty aku diam tak berani cakap apa-apa kat sapa2. Bila betul2 jadi baru dia cerita kat kitorg.
Okay so tujuan thread ni sbenarnya nak tanya, sape2 ada info or ilmu pasal psychic macam ni? memang betul ke apa? Sape ada experience or maybe pernah belajar benda2 ni sila lah tampil bagi information kat aku. Aku mmg selalu curious, percaya ke tak lain hal. Anyone ada explaination yg ilmiah ke, logical reasoning ke pasal benda ni? Thread ni bukan nak suruh org percaya pun tak, aku pun tak percaya mana tp ada experience or knowledge come and sharelah even kalau diff type of psychic pun
Contoh Coffee reading
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hi TT, u ada share cerita kt thread cik nana kan? Something new for me, x prnh dgr fasal ni. Sgt menarik... nice story. Kipidup eh dear. |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik..iranian tu dah lama ke tinggal sini? |
|
|
|
|
|
|
|
ada manusia yang Allah kurniakan kebolehan macam Iranian tu..
ada yang hanya tengok pada tapak tangan..
macam kawan saya..dia hanya pandang pada wajah..tengok wajah..dan dia boleh beritahu kisah hidup kita
dulu, sekarang dan akan datang..
benda ni boleh juga kita kata sebagai scan...orang yang ada kebolehan scan orang lain
macam kes Iranian tu..dia guna perantara air kopi..tengok corak pada air kopi
kalau tengok orang Inggeris..mereka kdang2 guna kad..
tapi kena ingat, kita dilarang bertilik nasib..haram..
selalunya orang yg ada kebolehan ni, jarang mereka nak beritahu bila tengok seseorang tu kerana dibimbangi menimbulkan rasa tidak senang/susah hati jika perkara itu tidak baik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh ya..
orang yang belajar metafizik..selalunya boleh baca dari wajah saja..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-11-2015 01:28 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mrs.uzair replied at 7-11-2015 12:48 AM
Hi TT, u ada share cerita kt thread cik nana kan? Something new for me, x prnh dgr fasal ni. Sgt men ...
Hi haha yup ada gi menyelit cerita pasal experience i haha yes thanks saje nak share something sbb i pun baru tau pasal coffee psychic ni so I guess ramai yg tak tahu sebenarnya.. Just nak sharing2 and tambah2 info lah kan, thanks for reading!
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-11-2015 01:40 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
zeed replied at 7-11-2015 08:47 AM
Menarik..iranian tu dah lama ke tinggal sini?
Hehe thanks Rasanya dah lama sebab anak dia tggal sini skolah sini leh cakap melayu siap |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-11-2015 01:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 7-11-2015 11:05 AM
ada manusia yang Allah kurniakan kebolehan macam Iranian tu..
ada yang hanya tengok pada tapak tang ...
Betul tu, I guess mmg gifted la dia ni..
Sbb dia pun sometimes pnh gtau my aunty, dia kalau diberi pilihan tak nak semua tu. Sbb kdg2 tak tertanggung dugaan katanya la bnyk tanggung rahsia benda2 mistik and dia dpt dgr if org ckp buruk psl dia semua..
Tu la x mudah benda2 mcm ni,
Kitorg pun bukan sengaja seek dia for her 'service'..
Cuma dia mcm akan try nak warning supaya hati2, sbb dia nampak.. dia sendiri pun mengaku apa yg dia nampak tu sikit je limited je. Bukan menyeluruh, kalah dah izin Allah bkk hijab pasal tu so tu je la kan..
As a good friend of family, i rasa niat dia bgtau tu nak tolong remind or pesan apa yg dia nampak. Tp i x yakin pun psl future yg dia ckp psl I.. haha wait and see la kan |
|
|
|
|
|
|
|
ahh hahahaha...
korang dah kena tipu....
takde apa pun kat kopi tu...
just a tricky illusions agar korang percaya dia buat tilikan tu berdasarkan kopi tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by system_failure at 8-11-2015 06:53 AM
nak baca seseorg tak susah beb...
lebih2 lagi kalau ko dah biasa...
aku pernah joint ngo Befrienders sebagai counselor. khas utk merawat org2 giler.... supaya menjadi lebih giler... (sebab tu aku kena buang)
tak susah pun nak baca minda org nih
dari gaya bercakap, pemakaian, cara makan, eye contact, mcm2 laaa....
sekali sekala je kita umpan itu dan ini dah boleh ler tau kisah hidup past and present dia, pastu dan dpt agak atau congak environment pergaulan dia, awek / balak dia, dan mcm2 lagi lahh.....
nak lagi bes, saje je create satu pint point contohnya upacara telangkup kopi
supaya mangsa terpedaya dan tak sedar akan perkara lain tentang diri sendirik yg tertonjol tanpa sedar sebab kesemua deria dah terfokus kat kopi bodoh tue........
ni semua permainan ilusi je...
engko fokus pd satu tempat tanpa sedar engko dah menonjolkan perilaku sendiri sedikit demi sedikit dan 'ini' yg sedang dibaca dan diterjemahkan secara hati2 oleh si pemangsa...
paham tak? susah aku nak explain.. tapi try la to get what i mean...
for me, nak kenal seseorg kena identify dulu problem seseorg tuh sambil searching apa kelemahan dia dan apa kekuatan dia, then aku akan mencadangkan perkara giler sebagai jalan penyelesaian... hahahha
sepatutnya aku menasihatkan org supaya berubah kpd arah kebaikan.. tapi aku tak suka... tu cara bapuk...
kalau tumbuk balasnya tumbuk dan darah balasnya darah... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-11-2015 09:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
system_failure replied at 7-11-2015 10:32 PM
ahh hahahaha...
korang dah kena tipu....
Oh ye ke? Interesting. Ok aku phm yg cara kau ckp tu, yg randomly general read or scan kan. Ada gak pernah bbrp org tp malay yg dtg umah tp ni cite lamala. Sorg ni Aku x igt cmne dia bleh smpai rumah kitorg tp dia tu buta(kalau dia x tipu la)
Time tu aku xde, aku study jauh. So si buta ni dan2 dtg and ckp "rumah ni ada ank dara" (ni first time dtg rumah tp time tu xde sapa kat rumah. Ada sedara bwk sbb nak jumpa dgn moyg kot x silap. Sbb ada one thing dia read, slh satunya as contoh
"Ada lelaki tgh marah kat budak ni dia plan nak guna2kan budak ni through makanan"
Lol tiba2 je kan. Aku dah la xde apa2 pun. Aku mmg x pcy mcm ni, sbb yg ni aku rasa mcm xlogic xde explaination.
Thats why bila jumpa iranian ni, most of the thing dia ckp betul. Contohnya the last guy x singl3. (Of course bnyk lg pasts yg aku x sebut kat sini yg she can tell)
Mcm jugak bila dia read mak aku, bnyk benda yg tepat2 mcm dia ckp mak aku dah lama ada satu penyakit gatal2 yg x pernah hilg. G consult dr hilg then serang balik semua (tp gatal2 ni xnampak physically pun sbenarnya. And masa jumpa dia gatal2 tu xde as ada masa2 gatal2 tu serang)
Thats why aku ckp kalau yg future aku mmg x yakin apa yg dia ckp. Tp past and present tu setepek atas muka. Bnykla details tepat mcm contoh dlu you accident kat sini situ.. kebetulan kot? Xpun ada something tlg bgtau dia? |
|
|
|
|
|
|
|
ahh betul i pun selalu jugak baca2 pasal metafizik.
Ada cikgu sains sek menengah dulu pun ada ilmu pasal metafizik, dia cakap kat wajah manusia sbenarnya ada color yg org ada ilmu je tahu how nak tengok. Dia cakap dia takde ability but dia develop ability tu through knowledge.
Metafizik itself pun (berdasarkan bacaan iols la) kena pandai guna third eye). Some said kena tengok everything from diff perspective,
mata hati kalau tepat.
Seronok sbenarnya benda2 mcm ni, just jgn sampai kacau pegangan hidup kita dah cukup.
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa skolah rendah/menengah,saya pernah terjumpa orang yang macam ni.tapi masa tu tak amek port pun apa yang dia cakap.sebab budak-budak lagi kan. Tapi bila dah besar ni macam terkesan pulak dengan kata-kata dia. Saya pun tak sure dia ada ilmu ke apa ke. Btw orang tu pun dah meninggal. Al-fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Al-fatihah..
Ye ke? Maknanya apa yg org tu ckp betul2 jadi la?
Sy dari kecik selalu terjumpa org2 jenis camni tp samalah tak ambik port pun, ada yg tak betul merepek je lebih.
So far Iranian ni betul2 mengena yg past and presents.. Features je la tak tau jd betul ke x
|
|
|
|
|
|
|
|
best cite TT... takde sambungan lagi ker?...
bestnyer klu dapat jumper org mcm tu...hehhe
sbb takpenah ade pengalaman jumpe org mcm iranian tu... menarikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku..aku taknak tahu pon future aku mcm mana..kalau ada org nak habaq..aku "lalalala" buat2 tak dengaq.. adala hikmah disebalik Allah jadi kan benda tu sebagai rahsia.. jodoh/ajal..lagi pun apa guna hidup kalau future kita dah tahu nk jadi apa...membosankan je |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe just for fun sis? some people love gossip some interested in all these mystic things,
takde salah pun kot. Dah terjumpa dgn org mcm ni biar pi kat dia nak cakap apa, kalau betul maknanya mmg dia ada special gift la kan
well if xde jadi pun, nak mrh apa kan hehehe
Btw, I don't mind sebab as I stated, I pun x confident dgn all the things she said about my future.
Tp seronok dpt sembang dgn org2 mcm ni actually
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually, yeah best jugak terjumpa org2 mcm ni.
Rasa kerdil diri ni ngan ilmu2 tuhan, hehehe not to say she's right tp buat kita wonder around la there's more in everything bukan pasal kita la. Lg satu org mcm ni sebenarnya spiritual dia sgt high, if sembang mmg sgtla bukan sembang kosong.
Maknanya everything mcm berisi.
Ada lg a few story, ada masa i update ye thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 la update.. |
|
|
|
|
|
|
|
anyclassything replied at 9-11-2015 09:27 AM
Al-fatihah..
Ye ke? Maknanya apa yg org tu ckp betul2 jadi la?
Sy dari kecik selalu terjumpa org ...
Kebetulan apa yang dia cakap tu betul-betul jadi kat saya. Mungkin masa tu dia teka ke apa ke, saya tak tahu lah pulak. Tapi dia memang pandai ubatkan orang masa dia masih hidup. |
|
|
|
|
|
|
| |
|