View: 4373|Reply: 23
|
[Dunia]
Mesin ATM Di Jepun Mula Sokong Penggunaan Bahasa Melayu
[Copy link]
|
|
Mesin ATM Di Jepun Mula Sokong Penggunaan Bahasa Melayu Nov 30, 2015
SEKIRANYA melancong ke luar negara, sebaiknya pastikan bawa wang yang cukup untuk perbelanjaan.
Ini kerana jika anda mengeluarkan wang di negara luar, bank akan mengenakan caj tambahan.
Tetapi kadang kala ‘malang sememangnya tidak berbau’ dan wang tunai masih perlu juga dikeluarkan menerusi ATM.
Kebiasaannya, tidak semua ATM di negara luar menyokong bahasa Melayu.
Hanya bahasa-bahasa utama dunia seperti Inggeris dan China mendapat sokongan dari bank luar negara.
Tetapi sekiranya anda ke Jepun, kini anda boleh menggunakan mesin ATM yang menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu ialah salah satu daripada dua belas bahasa yang kini mula disokong mesin ATM di Jepun.
Sebelum ini mesin ATM di Jepun hanya menyokong bahasa Jepun, Korea, China dan Inggeris.
Pengenalan lapan lagi bahasa ini adalah langkah Jepun untuk memudahkan proses pengeluaran wang oleh pelancong yang melawat negara mereka.
Mereka menyedari pelancong lebih gemar menggunakan wang tunai dari kad kredit.
Apabila mesin ATM menyokong bahasa asing, mereka akan lebih mudah mengeluarkan wang seterusnya menjana ekonomi melalui pembelian barangan dari peniaga tempatan.
Mesin ATM Seven Banks adalah yang pertama akan menawarkan perkhidmatan pelbagai bahasa ini.
Selain bahasa Melayu, bahasa Indonesia, Thai, Perancis, German, Portugis dan Vietnam turut disokong.-MYNEWSHUB.CC
|
|
|
|
|
|
|
|
Good job! Tak pernah lagi pergi ke Jepun. |
|
|
|
|
|
|
|
info yang menarik.
Ini membuktikan diantara tempat utama tempat pelancongan paling popular di kalangan orang malaysia adalah jepun. |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 30-11-2015 09:27 PM
Good job! Tak pernah lagi pergi ke Jepun.
norlia.. masih ingat bangkem tak??
dulu kita sama2 jadi atlet |
|
|
|
|
|
|
|
Kt mlysia pun x guna bhs melayu bila guna atm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh hebat2. Aku suka jepun. Tp kos sara hdup kt sana mahal sgt la. |
|
|
|
|
|
|
|
bahasa indon pon tak ketinggalan,hebak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah ATM Jepun sudah ketinggalan zaman @ tahap 'kampungan' sahaja? Di negara Malaysia,'disini lahirnya' Bahasa Melayu,ramai rakyatnya sudah memilih Bahasa Inggeris kerana menggunakan Bahasa Melayu dianggap 'sudah ketinggalan'. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah teruja pun nak ke jepun atau south korea..padahal 2 negara tu lah ramai malaysian suka melancong. Maybe sebab aku anti sushi kot |
|
|
|
|
|
|
|
hanakikan replied at 1-12-2015 04:56 AM
Tak pernah teruja pun nak ke jepun atau south korea..padahal 2 negara tu lah ramai malaysian suka me ...
nak tgk negara yg bangsa bertamadun... pi la jepun or korea |
|
|
|
|
|
|
|
sudah tiba masanya sedangkan Hang Tuah pun dah sampai , kan?
so elok benarlah kiranya. |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya selama ni bahasa vietnam dan siam da lma wujud di atm jipun sebelum BM la? bangga la sgt |
|
|
|
|
|
|
|
masa madey, dasar pandang ke timur: jepun, korea selatan
masa bijan, dasar pandang ke timur: korea utara
|
|
|
|
|
|
|
|
Gagababa
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku punye CIMB kad tak leh withdraw pon dekat atm Lawson ngan 7e.
Sib baek bank jepon dekat Stesen Kyoto dapat.
Alhamdulillah boleh nyoping ngan nyogo |
|
|
|
|
|
|
|
7 bank tu 7 eleven punya ke?
tengok logo dia sama mcm 7e |
|
|
|
|
|
|
|
Cenonotnye kecik sangats, yang. I ponh tak minat, I rase macam arnab jer
|
|
|
|
|
|
|
|
ohh ak tahu.sapa penah keje kat sini....musti tahu asal muasal kedai serbaneka nie.sebelom ia...dikenali sebagai 7-Eleven ia dikenali sebagai Tote'm Store |
|
|
|
|
|
|
|
Ni saja buat Indon marah nih. Sbb ada Malay, tapi takde Bahasa Indonesia |
|
|
|
|
|
|
| |
|