Edited by GhostWalking at 14-12-2015 12:40 AM
Bil makan tengah hari lebih RM1,000Sebahagian daripada resit makan tengah hari mahal yang dinikmati 19 orang.
[size=100%]KUALA LUMPUR, 13 Disember: Gambar mengenai bil makan tengah hari yang mahal di sebuah restoran tersebar di media sosial. Pengguna Facebook, Zuhairi Adnan memuat naik gambar menunjukkan resit hidangan makanan laut mahal yang berjumlah RM1,131 ke laman media sosial itu. Berdasarkan gambar itu, hidangan mahal itu termasuk ikan kerapu, empat pinggan udang, empat pinggan sotong goreng dan hidangan lain. Zuhairi terkejut dan kesal dengan hidangan mahal yang dinikmati beliau bersama keluarganya yang terdiri daripada 19 orang. “Terkejut beruk dpt bil mkn lunch td wif famili RM 1,131.00…tgklah tu harga harga ikan kerapu 4 ekor,” demikian tulis Zuhairi dalam Facebooknya.
Ia jelas tertera harga untuk ikan kerapu sahaja adalah RM736. Berdasarkan gambar itu juga, restoran berkenaan dipercayai adalah kedai makanan laut yang terletak di Langkawi, Kedah. Gambar itu telah dikongsi sebanyak 1,400 kali di Facebook serta mendapat reaksi daripada ramai pengguna media sosial yang terkejut dengan hidangan mahal berkenaan. Seorang pengguna Facebook, Ryaikal Samsudin hairan dengan makanan mahal itu: “Mahalnya, kalau tak boleh bayar macam mana ni? Lari la? Hahaha.” Seorang lagi pengguna, Rogayah Kah berkata, rakyat perlu memboikot restoran itu yang jelas mengenakan caj berlebihan untuk makanan dihidangkan. “Laporan kepada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan),” nasihat Nasaruddin Mawi. Bagaimanapun, pengguna Facebook lain menyalahkan Zuhairi atas kejahilan dan kurang pengetahuan sebelum menjamu selera. Pengguna Facebook, Kasim Abdullah berkata, Zuhairi sepatutnya bertanyakan harga ikan sebelum menempah makanan. Seorang lagi pengguna, Jerry Kalon Samm berkata, makanan laut lebih mahal. “Ikan memang selalunya kira pakai kilo, so kena tengok la berat dan ikan apa dulu sebelum beli. Ikan bilis murah la. Keh keh keh.” Kerapu Harimau adalah ikan laut lepas yang dianggap hidangan istimewa di kebanyakan kawasan di Asia. Ikan ini amat mahal dan ia bergantung kepada kualiti serta saiz ikan, di mana ia boleh mencecah sehingga RM200 sekilogram.-therakyatpos
|