View: 5223|Reply: 48
|
[Tempatan]
Kes Kota Raya: PPIM jawab isu 'bertindak solo'
[Copy link]
|
|
Kes Kota Raya: PPIM jawab isu 'bertindak solo'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
23 Disember 2015
Serbuan dilakukan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ‎(PPIM) di Plaza Kota Raya, baru-baru ini. - Foto ihsan Utusan
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia ‎(PPIM) menegaskan pihaknya bukan bertindak melulu namun kelewatan pihak berwajib didakwa menjadi punca NGO itu kadangkala terpaksa mendahului pihak berkuasa.
Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Muhammad Yusuf Azmi berkata,‎ pihaknya ingin bekerjasama dengan pihak berkuasa namun berlaku beberapa kekangan daripada pihak berkenaan.
"Memandangkan kes ini sudah berlaku dari tahun lepas tiada tindakan dibuat oleh KPDNKK, jadi kami buat keputusan agar bertindak buat pengguna supaya tidak ditindas dan ditipu," katanya menjelaskan tindakan NGO itu turun padang membantu mangsa penipuan pembelian telefon pintar di Plaza Kota Raya minggu lalu.
Menurut Muhammad Yusuf, tindakan pihak PPIM itu secara tidak langsung dapat membuka mata pihak yang berwajib.
"Seharusnya pengguna yang ditipu harus dapat pembelaan daripada pihak berkuasa.
"Malah mereka tidak dibela. Apa yang menyebabkan kami khuatir jika pengguna membuat tindakan sendiri boleh menyebabkan jenayah akan berlaku. Dan mereka ditangkap atas tindakan mereka sendiri," katanya.
Tegas Muhammad Yusuf lagi, tindakan mereka adalah atas dasar untuk membantu pengguna.
"Kami bertindak atas dasar pengguna mendapat pembelaan dan ia tidak membabitkan jenayah‎," katanya.
Isu Plaza Kota Raya bermula apabila peniaga didakwa menipu pengguna sehinggakan ada yang bertindak di luar batasan iaitu mengurung pengguna yang enggan membeli telefon pintar di kedai mereka.
Sementara pada Ahad, sekumpulan lelaki bertindak menyerang peniaga di Plaza Kota Raya apabila mendakwa peniaga tersebut menipu pembeli.
Kekecohan bermula kira-kira jam 5 petang apabila kumpulan lelaki tersebut bertindak memukul enam peniaga menggunakan kerusi dan peralatan keras.
Kumpulan tersebut bersama tujuh mangsa yang dipercayai ditipu peniaga di sana datang untuk menuntut kembali wang daripada pemilik premis berkenaan bernilai hampir RM10, 000.
Menurut ketua kumpulan itu, pihaknya tidak mempunyai niat untuk menyerang peniaga sebaliknya datang untuk menuntut kembali wang setelah tujuh mangsa tersebut dikatakan ditipu.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus buat macam ni.bela mangsa yg tertindas.pihak berkuasa boleh terus tido sebab dah ada org lain tlg cover keja. |
|
|
|
|
|
|
|
pihak berwajib mmg slow bab nie.....kecewa pun ada.....syabas PPIM....biar deme buka mata ngan apa yang ekau lakukan... |
|
|
|
|
|
|
|
pihak berwajib mmg lambat atau langsung tak amik pusing pasal mende2 camni..entah2 berapa banyak kes lowyat yang disenyapkan oleh pihak berkuasa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
pihak berkuasa dh dibayar, xkan nk "rush" plak kan |
|
|
|
|
|
|
|
pihaknya ingin bekerjasama dengan pihak berkuasa namun berlaku beberapa kekangan daripada pihak berkenaan
bureaucracy.. standed la tuh..
dah kena cucuk 'orang besar' or bila dah viral, baru la mula melatah kehulu kehilir.. |
|
|
|
|
|
|
|
malu betul rasanya menjadi staff kpdnkk |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam fb Najib..jangan buat tindakan sendiri biar pihak berwajib jalankan tugas....
Punya la lembab Najib utk tahu kronologi kes ni:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Biasala gaduh2 utk setel masalah di Mlaysia lately macam drama Filipin..rasuah+gaduh+bunuh pedakwaraya...mesti punye ada unsur rasuah dikalngan penjawat awam...Meleis kannn biasa dah kene rasuah dengan taiko Cina dan penternak Hindu
Last edited by sabbath_shalom on 23-12-2015 12:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mana2 isu mmg NGO yang awal sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kerja KPDNKK ni sebenarnya? Siap berkementerian bagai. Nak tolong rakyat ke nak tolong tokey kapitalis? |
|
|
|
|
|
|
|
opkoz la kan.... baik cover punya.... pastu fefeling wat koje...
|
|
|
|
|
|
|
|
klau tak rasuah tak melayu namanya.... harus buang nama melayu klau tak rasuah....
hbis la fulus puak2 pelahap nih.....
|
|
|
|
|
|
|
|
acik2 n pacik2 gomen kat kpdnkk tgh bz nak buat makan2 kat opis kot..ye la nak ujung tahun da ni..bajet yg ada kena abiskan..takde masanya nak turun pdg semua nih |
|
|
|
|
|
|
|
elok buat mcm ni walaupun ada kecoh,biar pihak berkuasa yg selama ni tidur bangkit buat kerja mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
mak pak lu kuat makan rasuah la ni...
tu pasal dapat anak bodoh bahlol..
anak bodoh bahlol tu pulak...dapat bini malas kemas dapur...
ni semua balasan kuat makan rasuah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penjual telefon semua orang susah. Memang tak mampu merasuah sesiapa. |
|
|
|
|
|
|
|
inilah akibat komunis masuk pekan.. dulu dah elok diorg duduk dalam hutan.. |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Susulan insiden kekecohan di Kompleks Kota Raya di ibu negara pada Ahad, kini lebih ramai mangsa penipuan tampil untuk menuntut hak mereka.
Mereka dibantu kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mula bertugas di kaunter khas kompleks itu.
Tinjauan kami juga mendapati sebanyak tujuh premis penjualan telefon bimbit di tingkat bawah kompleks ini telah ditutup.
Manakala, jumlah pengunjung juga semakin berkurangan.
Beberapa mangsa penipuan yang ditemui mengadu modus operandi jurujual terbabit ialah menawarkan telefon bimbit bernilai RM300 kepada mereka.
Menurut mangsa penipuan yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 53, beliau membayar RM300 bagi telefon bimbit namun harga itu terus meningkat.
"Lepas daftar nama saya, jurujual itu memberi saya satu resit dengan harga RM899 jenis Android tambah lagi dengan pelbagai alasan dengan jumlah RM1999 dan jumlah penuh perlu saya bayar ialah RM2,738.
"Saya memang terkejut daripada RM300 menjadi RM2,000. Jurujual itu menerangkan harga itu hanya bagi housing (sarung) telefon dan harga lain ialah bagi telefon itu. Saya terus jelaskan tidak ada wang namun RM300 tidak dikembalikan," katanya ketika ditemui di sini.
Seorang lagi mangsa warga Indonesia yang dikenali sebagai Vivienne, 43, berkata dirinya seringkali ditipu apabila menghantar telefon bimbitnya untuk menuntut sijil jaminannya.
"Saya kena tipu kerana jurujual itu cakap telefon saya tidak dapat diperbaiki lagi padahal ia masih mempunyai warantinya selama dua tahun.
"Jurujual itu berkata sekiranya saya perlu memperbaiki telefon bimbit itu perlu membayar semula RM300 namun saya tak mampu dan saya hanya perlu bayar RM100. Telefon bimbit itu masih tidak dapat dipakai dan saya ditipu lagi sampai saya menangis," katanya.
Manakala seorang lagi mangsa, Redowan, 22 tahun warga Bangladesh yang telah berkerja di sini dua bulan berkata beliau membayar RM600 dan diberi resit namun telefon bimbitnya hanya boleh diambil tiga bulan kemudian.
"Kerana masalah bahasa saya ditipu dan hari ini saya datang semula menuntut telefon bimbit saya namun kedai itu sudah ditutup. Saya terus membuat aduan di kaunter khas KPDNKK dan memohon agar tindakan diambil kepada mereka," katanya di sini.
Kaunter khas KPDNKK telah dibuka di kompleks ini yang beroperasi sehingga jam 11 malam setiap hari bagi membantu mangsa terbabit membuat aduan mereka.
--Astro Awani
|
|
|
|
|
|
|
| |
|