SABTU, 26 DISEMBER 2015 - 1.30PM - SEBUAH surau di Batu Pahat, Johor digemparkan ketika mahu memulakan solat zohor tengahari tadi apabila seorang lelaki berpistol memasuki saf dan solat sebaris dengan saf kanak-kanak.
Kegemparan itu berlaku kerana lelaki tu tidak memakai uniform anggota keselamatan dan saiz pistol yang dibawanya agak tidak sepadan. Dia hanya memakai seluar jeans dan baju berbelang kuning/turqouise.
Semua jemaah meneruskan solat seperti biasa. Selepas memberi salam, lelaki tu didapati telah tiada ditempatnya. Sehingga kini lelaki itu tidak dijumpai dan kes masih disiasat.