Edited by kacau1 at 4-1-2016 12:20 AM
Ni masalah aku dengan girlfriend aku. Dekat setahun dengan dia. Skang ni apa aku nampak dia macam nak mengelak dari aku. Dia contact aku pun time aku dah tak berapa free. Bila aku tanya nakmengelak dari aku ke atau aku kacau dia ke. Dia cakap tidak. Kenapa aku rasa dia layan aku sebab nak ada perasaan orang minat, cinta dia. Tapi sebenarnya dia tak suka aku. macam nak mainkan aku pun ada.
aku tengok dia suka layan lelaki lain. Bila tanya kenapa buat macam tu, alasan dia nak buat aku jeles. Pernah gadoh nak dekat putus, bila aku tanya dia masih nak dengan aku tak. Dia cakap dia ikut aku. macam dia tak kisah aku ada tak ada. Aku buntu sebenarnya. Aku sayang dia. Tapi cara dia, tak macam dia suka aku. Aku pun tak pahamperempuan sangat. mungkin ke tu cara dia. Mungkin aku salah faham gan dia. Apa pendapat korang? apa patut aku buat?
|