Oleh Izzah Abbasy
Setelah ramai yang beranggapan Rayani Air adalah salah satu penerbangan yang sangat mematuhi syariat Islam kerana pramugarinya dilihat berpakaian sopan dan menutup aurat serta tidak menghidangkan arak atau minuman alkohol semasa penerbangan namun Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan yang cukup negatif terhadap penerbangan baru ini.
Pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanya untuk mendapatkan keuntungan menggunakan agama Islam.
Jika ingin dinilai dengan penerbangan lain, walaupun pramugari masih tidak menutup aurat tetapi tiada lagi hidangan alkohol pada penerbangan MAS seperti yang telah menjadi isu sekian lama.
Kredit Foto : www.freemalaysiatoday.com
Tun M beranggapan pemilik Rayani Air adalah beragama hindu dan tidak sepatutnya mengait keuntungan dengan pergunakan agama Islam.
Tun M juga menyuarakan persoalan berhubung ;
“Kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari mereka. Orang yang tidak pakai tudung pun Islam juga. Orang yang buat dosa juga Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya kata orang itu tidak Islam. Adakah melayan penumpang dengan tudung menunjukkan kita lebih Islam?”
Sungguhpun isu ini berbangkit, penulis berpendapat, jika orang bukan Islam boleh patuhi konsep dan syariat Islam dalam perniagaan, kenapa jutawan atau pihak atasan yang sememangnya beragama Islam tidak membuat penerbangan mengikut syariat seperti ini terlebih dahulu? - CARI Infonet
|