CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7631|Reply: 45

Menanti yang tak kunjung tiba...

[Copy link]
Post time 19-1-2016 04:44 PM | Show all posts |Read mode
[size=14.6667px][Nota dari tt: Karangan panjang berjela dekat bawah ni sebenarnya adalah unpublished confession yang tt hantar pada page IIUMC]


Tipulah kalau aku kata aku tak rasa sedikit depressed bila tengok satu persatu kawan seusia dah melangkah masuk ke fasa hidup mereka yang seterusnya (baca: berkeluarga). Dan walaupun pada luarannya aku nampak macam ala-ala takde perasaan je bila orang sekeliling cakap pasal bab bina keluarga,berpasangan, jodoh, etc. ni, sebenarnya aku ada je fikir pasal benda tui. Yalah, aku ni belajar pun dah habis (alhamdulillah, I’m a proud IIUM alumni, heh), kerja pun dah dekat nak dua tahun. Jadi macam tak pelik la kan kalau aku fikir pasal hal nak berkeluarga ni.


Dan disebabkan itulah, aku pun mula lah serius nak mencari kenalan sejak dari tahun lepas. Memandangkan aku ni amatlah tak ramai kenalan dan kurang bersosial  (ya, dulu waktu zaman belajar aku selalu melepak dekat mahallah je, jarang sangat nak join program) aku pun ambil keputusan untuk cari kenalan menerusi satu laman web cari jodoh ni.


Hasil?


So far, mengecewakan.


Entah apa yang silapnya, orang yang cuba nak kenal-kenal dengan aku end up hilang. I mean, we started off fine, tanya pasal hal diri masing-masing bla bla bla. Tapi tak sampai berapa hari berhubungan dekat website tu (or ada setengah tu mampu bertahan sampai dua-tiga bulan je), semua lelaki, I mean SEMUA lelaki yang pernah pm aku dekat sana terus MIA (missing in action).


So, I come to this conclusion, MIA = dia tak berminat nak terus berkawan. Dan memandangkan aku ni memang bukan minah yang jenis suka terhegeh-hegeh pada orang, aku pun terus move on, malas nak lingering, sebab aku tak kuasa nak terhegeh-hegeh nak sibuk pm tanya kenapa mereka menghilang. Sebab pada aku, buat apa kita nak tersua-sua kalau orang tak sudi. Kalau kita je yang sibuk ambil kisah, tapi dia langsung tak ambil port, macam sia-sia juga. Jadi, dari buang masa invest pada hubungan yang nampak macam langsung tak ada harapan, baik kita undur diri. Itu lebih baik.


Banyak kali juga aku tanya diri sendiri, aku ni tak pandai nak berkawan ke sampai masing-masing MIA macam tu je? Ke aku nampak aloof dan terlampau straightforward dengan dia orang sampai dia orang jadi takut? Tapi kalau dalam in real life pun, aku memang sangat-sangat AWKWARD bila nak bersembang dengan lelaki. I don’t know, nak kata segan, tak jugak. Sebab kalau segan, dalam kelas yang tergroup dengan classmate lelaki, okay je aku bagi idea/pendapat etc. Tapi kalau nak bersembang hal selain kelas memang macam hopeless sikit.


Anyway, melihatkan situasi nak berkawan/kenalan aku yang dah macam lost cause ni, aku ambil keputusan untuk fokus balik pada benda lain, macam nak tambah lagi jumlah saving aku dan fokus cari kerja lain yang lebih membawa kepuasan hati (I’m currently lack of new challenges to keep me motivated at work =.=’)


Hal berkeluarga?


Ah, malaslah nak fikir. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, maybe jumpa orang tu dekat syurga je lah. Baik lagi kalau aku fokus pada bekalan nak dibawa ke’sana’, ye dop? Lagipun bila difikir-fikir aku ni serba serbi kurang, maka moleklah kalau aku guna masa single aku ni untuk perbaiki diri.


Dah aku tak tahu apa lagi aku nak confess. Rasa macam panjang sangat aku merepek dekat atas.


Terima kasih pada yang sudi luangkan masa membaca confession aku yang tak seberapa ni.

*45 degree bow*


[tamat confession]


So, nak tanya dekat sini. Agaknya apalah masalah saya sampai macam payah sangat nak kekal ber'kawan' dengan orang?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 04:55 PM | Show all posts
Buat apa penat fikir masalah? Baik enjoy hidup ini sementara masih muda dan single. Pergi travel, panjat gunung, snorkeling, scuba diving.... macam2 boleh buat dik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 05:05 PM | Show all posts
hello another thread andartu ke dik.. kan dah ada...sambung je sembang kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah kenal selama 2 bulan gitu cuba2 la bawa berjumpa kat mana2.. Sapa laa tau dari first jumpa tuh boleh berubah lebih menarik perhubungan tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 05:25 PM | Show all posts
cHimo replied at 19-1-2016 05:24 PM
Bila dah kenal selama 2 bulan gitu cuba2 la bawa berjumpa kat mana2.. Sapa laa tau dari first jumpa  ...

tapi kalau yang dah kenal 2 bulan hilang gituhh je nak jumpa guane...?

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berusaha tapi tak berjaya juga jodoh belum sampai lagi la tu tt.

teruskan usaha murni anda. Makcik sapot dari belakang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2016 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
CheAnANN replied at 19-1-2016 05:25 PM
tapi kalau yang dah kenal 2 bulan hilang gituhh je nak jumpa guane...?

Sebab tuh kena bagi bunga2 ke klu2 yg akak Ann serius nak berkenalan dan nak jumpa bila dah bersedia.... So lelaki2 tuh kalau dorg pun serius berminat nak kenal dgn akak dorg dah ada sebab utk terus contact dgn akak... Pendapat sy je yaa kak hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
@blackwidowbae : terima kasih sbb menyapot sy acik. Hehe

@cHimo : nak kena bg bunga2 dgn klu ke? Aisey. Ni yg lomah ni. Bkn apa, tak nk la kita tersua2, tp the guy mcm nak tak nak je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi makcikkan tt, kalau lelaki tu sudah suka sama kita dia mesti akan tercari cari kita bila kita menyepikan diri.

kalau jenis lelaki yang tak cari kita tu sama ada dia takdalah suka kita sangat atau tak suka langsung dan selain itu ego nak perempuan yang terkejar kejar dia.

lelaki ego dan spesis suka perempuan yang terkejar kejar mereka ni kita patut potong bebird mereka dan gam fefek sajer
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:24 PM | Show all posts
TT jangan risau. X lama lagi, ada la yang datang tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu fakta yg agak menyedihkan le tapi benar.

Lelaki pandang rupa dan body.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 10:47 PM | Show all posts
Edited by CheAnANN at 19-1-2016 10:48 PM

@blackwidowbae : kan! saya fikir, buat apalah nak mengejar orang yang sah-sah tak berminat. buang masa dan tenaga je.

@insulin : lama tak lama, saya malas nak gantung harapan.. ngeee

@abangbikerz : iye. fakta itu memang dah lama saya tahu. sedih tapi itu realitinya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
So my advice is. If u dont have that, then u need to invest.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 10:52 PM | Show all posts
@abangbikerz : invest? as in invest in clothing, make-up? plastic surgery? (yang ni mmg sah-sah saya takkan dibuat )
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
CheAnANN replied at 19-1-2016 10:52 PM
@abangbikerz : invest? as in invest in clothing, make-up? plastic surgery? (yang ni mmg sah-sah saya ...

Setuju dgn @abangbikerz

Tak semestinya nak surgeri bagai. Cukup dgn pakaian yang up to date yet sopan, n if tone down body if agak berisi ..Fit,join gym ke and as for skin cuba make it look healthy glowing..klu tt mmg kulit cerah is plus point for u..knowing jejants meleis ni nk yg quputeh je. Iols kulit sawo matang,xkisah pun but i value glowing skin mcm tyra bank. Ni aesthetic help la mcm prp ke, or glutha or vit c injection ke. Ni kna invest kt aesthetic clinic.

Looks vs personality
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2016 09:23 AM | Show all posts
@hungryhenry : Kalau invest tang baju atau make-up, itu boleh diterima lagi.. tapi yang aesthetic help mcm glutha or vit c injection bukan long term akan ada bad side effect ke? I know it's not wrong to improve yourself in order to get prettier, tp worth it ke kalau guna method macam tu (referring to the aesthetic thing) ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 02:06 PM | Show all posts
memandangkan awk ni tanya kenapa org susah nak kenal lama dgn awk kan ... ermmm karektor che an ni cemana ya ... maksud sy awk ni cemana org nyer?

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 02:17 PM | Show all posts
x dpt aku nk bagi pendapat...sebab hidup aku lebih kurang je cam cerite ko...hahahahahaso...just enjoy ur life je la...tahap mls nk pk dh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 02:45 PM | Show all posts
Yg TT kenal online tuh, kenapa ada yg sampai 2 bulan pastu tetibe je MIA? TT ada buat sesuatu ke sebelum dia MIA?

TT ada tunjuk tak gambar TT kat deorang masa awal2 nak berkenalan? (atau profile TT ada tunjuk semua?).

Nak kenali lelaki melalui online nih payah skit, tau je la kan, lelaki nih mmg mostly pandang rupa dan badan, kalau tak kena ngan mata, deorang tolak terus, sama macam setengah pompuan, tgk laki pakai motor tros campak tepi. Nak attract lelaki through alam siber nih mmg payah sebab deorang x kenal TT, so cara dia filter ialah melalui rupa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 02:50 PM | Show all posts
mesmerize replied at 19-1-2016 05:05 PM
hello another thread andartu ke dik.. kan dah ada...sambung je sembang kat situ

biarlah andartu nak luahkan perasaan...hang ni potong stim tul...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.538690 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list