View: 12307|Reply: 70
|
Farah Asyikin Sah Cerai Talak Satu, Bayar Tebus Talak RM100
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Penyanyi Farah Asyikin atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.
Memetik laporan Mstar, lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.
Mahkamah turut memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier sebanyak RM100.
Hasil perbentangan hakam, Farah dan Zaahier didapati tidak berkomunikasi serta tinggal berasingan hampir dua tahun, Farah turut didera secara emosi menerusi kata-kata kasar.
Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter. Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais.
Terdahulu, Farah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina selama dua tahun. Malah, dia sememangnya tidak mahu menjadikan penceraian sebagai jalan terakhir. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan berakhir dengan penceraian. Mungkin perpisahan adalah jalan terbaik. Semoga Farah sentiasa tabah. - CARI Infonet.
Farah kelihatan tenang ketika keluar dari mahkamah.
Sumber - Mstar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Changa at 28-1-2016 03:40 PM
rugi nya sis
cc @sayang_mulut
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia nampak segak juga.
Sesegak fahrin ahmad.
|
|
|
|
|
|
|
|
muka dia mcm sgt lega....jantan tu murah gamaknya saje kenakan dia tang tebus talak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni cerai pasal ekonomi rumahtangga jg kan
Laki ni ckp susah nak dpt keje kat malaysia
Dia igt kawin ank org kaya, goyang kaki je kot dl |
|
|
|
|
|
|
|
takziah... apa la agaknya masalah mereka yea |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Smoga ada khidupan yg lebih baik dari sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
|
she ni kalau kuar berita mesti pasai kawin cerai... siannye |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sebelum nie pun pernah cerai gak ker? iols dh confuse... |
|
|
|
|
|
|
|
ni 2nd marriage kan..1st marriage dgn Dr...tp jodoh xpanjang...
takziah farah jaga anak elok2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tebus talak rm100 je? Berapa sebenarnya ex husband dia tuntut.. |
|
|
|
|
|
|
|
knp nak tebus talak erkk .. kew suami dia sbnrnya xnak ceraikan dia .. hurmm confiuss |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi mahkamah memang kena pakai serba hitam ka? Tiba2 teringat pinjamal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|