View: 7699|Reply: 37
|
Nak Beli Rumah Pastikan Beli Atas 1 Nama, Tapi Kenapa?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Bukan senang nak beli rumah sekarang. Nak-nak harga rumah melambung tinggi.
Tapi, bila dah berkahwin dan berkeluarga keinginan untuk membeli rumah pastilah tersemat di hati. Siapa tak nak sediakan rumah yang selesa buat isteri dan anak-anak kan?
Mengikut tip yang dikongsi oleh saudara Mohd Herman, membeli rumah bagi pasangan suami isteri digalakkan beli atas 1 nama. Bagaimana ya?
Begini, beli hartanah guna pinjaman digalakkan untuk beli atas 1 nama. Jika sudah berkahwin juga digalakkan beli hartanah atas 1 nama.
Ingat, hanya satu nama. Berikut penjelasan yang dicatatkan agar lebih faham berkaitan pembelian hartanah ini.
Yang mana belum beli rumah lagi, bolehlah intai-intai peluang yang ada. Tak salah beli yang kecil mengikut kemampuan. Jika ada rezeki yang lebih, bolehlah tambah koleksi untuk buat sewa dan homestay. Pastikan letak satu nama sahaja agar ia bermanfaat kemudian hari. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta ke ni? Baru tau. Anyway, Tq |
|
|
|
|
|
|
|
Suami aku beli rumah buat loan atas nama dia..tp kt snp dia letak nama aku skali..so mcm mana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
cocorex replied at 12-2-2016 03:24 PM
Suami aku beli rumah buat loan atas nama dia..tp kt snp dia letak nama aku skali..so mcm mana tu?
Nak tau gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
cocorex: Suami aku beli rumah buat loan atas nama dia..tp kt snp dia letak nama aku skali..so mcm mana tu?
Confirm balik dengan suami. Jika 2 nama bermakna salah seorang masih hidup maka insurans cover 50% seperti penjelasan pada artikel.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul satu nama lebih baik. Takut tak dapat hak buat je wasiat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Artemesiaa at 12-2-2016 05:14 PM
Sorry double post
|
|
|
|
|
|
|
|
agak pelik gak 2 nma insuran cover 50% klo sorang dh meninggal. sebab mmg ada jenis pinjaman buat 2 nama. dn beli dua insuran. salah seorang meninggal x perlu bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
waaa tau pasal hartanah
bangkem in love |
|
|
|
|
|
|
|
If nama pewarispun jgn letak nama suami. Letaklah nama adik beradik sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Owh baru tau.. nk kena kompem ngan opis camni |
|
|
|
|
|
|
|
Memg kena 2 nama..kalau x, loan x lepas sbb pendapatan sorang pun sikit jah |
|
|
|
|
|
|
|
insurans bergantung kepada loan. Bukan kepada snp. Kalau loan hanya nama suami, kalau suami meninggal dunia, insurans akan cover keseluruhan loan. Isteri tak perlu byar dah. Dan rumah akan jadi hak milik isteri. Tapi tak sure la bahagian suami punya akan kena faraid atau tak. Tapi kalau snp satu nama, rumah tu memang akan kena faraid. Jadi, adik beradik, parents suami pon ada hak ke atas rumah tu. Melainkan suami memang letak penama ke atas isteri.
Pandangan peribadi saya, elok letak 2 nama kat snp tu. Utk elakkan perebutan harta kalau suami dah tiada.
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas penerangan anda
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kambeng_masam at 1-3-2016 04:02 AM
Tak salah saya...penama hanyalah orang yang dipertanggungjawabkan sebagai pemegang amanah sahaja. Trustee tidak boleh buat tuntutan terhadap harta si mati ikut sukahatinya. Bertujuan sebagai pemudahcara untuk sebarang urusan pengeluaran harta si mati...akan dirujuk kepada trustee ini. Faraid akan dijalankan mengikut yang hak. Tidak akan ada perebutan harta sekiranya faraid dijalankan kerana ianya adil. Yang jadi berebut kalau jahil main ikut suka je memasing claim itu ini atas harta si mati.
Ini sama juga dengan insuran kematian dan sebagainya. Suami letak nama isteri sebagai penama atau sebaliknya tiada sebarang masalah. Ia hanyalah sebagai PEMUDAHCARA untuk urusan selepas kematian.
Boleh rujuk sini untuk faham sistem faraid --> http://faraid.usm.my/msl/default.html
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah terpaksa gak letak 2 nama...xlepas 1 nama masa tu...tp still laki yg dok byr...hakak byr property lg 1...dh tny bank..nak lepaskan nama hakak dr rumah tu mmg xblh dah...tp nk wat camne..7thn lpas gj kecik... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buat dua nama atas satu loan...let say hartanah berharga rm200k. Di dalam CCRIS, kedua-dua isteri dan suami dilihat mempunyai hutang sebanyak rm200k seorang. Ini agak melecehkan sekiranya salah seorang ini hendak membuat sebarang pinjaman lain di kemudian hari.
Betulkan kalau saya salah. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih di atas penjelasan dan pembetulan yg telah dibuat. salah faham rupanya saya selama ni. Penerangan saya sebelum ni adalah dari apa yang saya dapat dari orang sekeliling saya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|