Bagi negara seperti USA, filem Deadpool telah di klasifikan sebagai "r" dan filem ini juga diharamkan di China.
"R" bermaksud pengawasan ibu bapa perlu semasa menonton kerana terdapat material yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.
Filem keluaran Fox ini merupakan watak daripada karekter Marvel yang menjadi trending dalam internet yang baru sahaja diterbitkan di Malaysia minggu lepas.
Jadi bagi sesiapa yang telah menonton filem box office ini pastinya tertanya-tanya adakah filem tersebut sesuai ditonton oleh kanak-kanak?
Jika ditanya penulis pasti jawapan yang konkrit adalah TIDAK.
Maaf...namun penulis mengambil keputusan tersebut selepas merasakan bukan sahaja bahasa yang digunakan sangat tidak sesuai namun aksi dalam cerita tersebut yang terlalu ganas.
Penggunaan pistol dengan impak yang dasyat, kepala meletup, pedang dan pisau yang digunakan, penderaan yang tak masuk akal, tembak tanpa rasa bersalah dan macam-macam lagi.
Walaupun babak sex ditapis di Malaysia, ternyata ada banyak lagi aksi ganas dan tak masuk akal yang tak harus dilayan oleh kanak-kanak mahupun seisi keluarga.
Bahasa: Penggunakan F word dan bukan hanya itu MF word bagaikan irama dalam filem ini.
Jadi, jika anak-anak anda berminat untuk menonton filem ini ada baik anda menonton dahulu filem ini. Jika pada anda, anda mampu terangkan satu-persatu kesalahan atau aksi ganas yang dilakukan Deadpool kepada anak-anak anda, syabas anda seorang ibu/bapa yang prihatin. Namun jika anda tak mampu, belanja sahaja filem lain sebagai contoh Ola Bola.-CARI Infonet.
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Mmg patut pun bebudak or BBNU di larang tgk citer neh.
Ohh Iol g tgk weekend arituh.. ramai gak bbnu yg tgk citer neh walaupun dah dirated R. Bengong agaknya org yg jaga kaunter, xpantau.
Ot jap. Actually nak cite pasal ade satu couple yg gigih betul bawak baby tgk cite neh. Bile budak tu meragam abis satu panggung bising. Bapak n amak nye pulak mcm bodoh je xreti nak bawak baby tu kuar tenangkan. Xconsiderate langsung dgn org lain yg nak tgk cite tuh dgn tenang nya.
Post time 15-2-2016 12:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dekat tiket dia chop besar2 18+..and rasanya yg jaga entrance tu mmg tak bagi masuk kalau ada kanak2.
Tapi cerita dia best pada mzz. Time kepala kena ptoong, badan tercampak kat billboard tu semua mzz pandang lain. Aiyooo so ganas tapi deadpool mmg bengong. Mencarut ja kerjaan dia.
Deadpool asal dari comic marvel..
asalnya karakter tu adalah villain kemudian perlahan2 di ubah menjadi watak anti-hero seperti character the punisher..