CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12780|Reply: 91

Dilema seorang pelajar

[Copy link]
Post time 19-3-2016 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya tak pasti nak letak ni kat masalah cinta atau masalah peribadi since ini gabungan keduanya. So, kalau thread ni tersalah tempat, mohon maaf ea? Okay la, malas nak intro panjang-panjang. Nama saya M dan bakal menamatkan degree kat sebuah universiti awam lagi 3 semester insyaAllah. Saya bakal bertunang lepas raya puasa ni jugak. Amaran: Cerita ni agak panjang so saya mintak maaf in advance.

Okay, kisahnya begini. Bakal tunang saya, namanya H, seorang pelajar universiti yang sama jugak dgn saya, cumanya dia fakulti lain. Dia ada join 1 group usrah yg secret yg misinya utk berdakwah. Fine, itu bagus, saya sokong, saya tak kisah. Dia ada la ajak saya untuk join group dakwah tu jugak tapi cara dia bukan sekadar mengajak, dia expect saya join group tu. Masalahnya sekarang saya mempunyai doubt dan prejudice yg agak besar terhadap group tu. Sebab apa? Okay saya cerita.

Sekitar hujung bulan Januari lepas, dia ada join 1 program initiation untuk group usrah tersebut. Well, dia pergi ke program tu langsung tak beritahu saya untuk 5 hari so naturally saya tertanya-tanya la dia pergi mana. Mungkin silap saya hantar mesej bertanyakan keadaan dia bila kakak usrahnya yg reply dan start tarbiah ala-ala tarbiah sentap kat saya. Akak usrah tu and I had a huge fight. Saya pertikai cara dia cuba berdakwah sebab etikanya ketika itu memang teruk bg seorang yg mendalami agama Islam utk menyebarkan dakwah. Start drpd situ, saya prejudis terhadap group tersebut.

Sekitar hujung Januari jugak, satu lagi kejadian berlaku. Saya tgh otp dgn bakal tunang dan secara tiba-tiba dia bgtau saya,"awak, saya sebenarnya kena kahwin dengan ahli group usrah, saya sgt tak digalakkan kahwin dgn org bukan ahli group usrah." Saya terkejut gila la dengar then saya tanya atas arahan siapa. Dia kata arahan org atasan group usrah tu. Sekali lagi saya terkejut. Just in case la kalau ada someone yg join group usrah ada kat forum ni, mmg normal ke anda paksa ahli group anda untuk kahwin dengan ahli group usrah anda jugak? Ini reason kedua saya sangat prejudis dgn group usrah tersebut, the way dorg paksa ahli dorg kahwin sesama sendiri sounds like a cult to me. And please, jgn banding situasi ni dengan zaman dulu sebab zaman dulu akhlak orgnya semua hebat.


Saya ada bertanyakan kat bakal tunang macam mana group usrah tersebut jalankan kerjanya, meetings, programs etc sebab saya ikhlas nak join tapi I still need to be convinced since saya kan tak sebulu sikit dgn group usrah tu. Everytime I ask, jawapan yg saya dapat,"rahsia","awak masuk nanti awak tengok la sendiri". Apparently dia tak dibenarkan cerita apa-apa pasal group tu, not even untuk recruitment ahli baru *mindblown*. Disebabkan benda bodoh ni jugak la saya kerap bergaduh dgn dia sebab dia expect saya join dia tapi masalahnya saya langsung taktau apa-apa pasal group tu, saya taktau kewujudan group tu sebelum 3 bulan lepas dan bila saya nak tanya pasal group tu, dia kuncikan mulut. Alasannya dia diberikan amanah untuk tak cerita apa-apa. What? You expect me to join something that I have no knowledge of? Something that withholds its own info even for recruitment sake?


Saya penat bila conversation pasal ni datang. Surely dia akan tanya saya nak join ke tak dari masa ke semasa. Bila saya cuba utk bertanyakan details lanjut pasal group tu, bakal tunang akan sepantas kilat kata,"takpa la awak, lupakan ja la". Obviously dia marah. What's my sin to begin with? Sebab bertanya untuk cerahkan kabur?


And saya berhasrat untuk kerja part-time untuk tambah duit poket and untuk simpanan yg mungkin perlu digunakan untuk pertunangan nanti. Tapi dia kata menyebarkan dakwah lagi penting, rezeki boleh cari bila-bila masa. If only awak tau realiti dunia sekarang, semuanya perlukan duit. Nak bertunang dengan awak pun perlukan duit...


So saya nak tanya, apa yg saya patut buat? Penat la gaduh pasal benda ni. Saya nak join, truthfully, tapi I need convincing. Tp saya tak nampak convincing tu akan datang pada masa terdekat. Is there any nice way to say I'm not interested without timbulkan petty disagreement? Saya lebih inclined utk bekerja part-time ja sekarang untuk persediaan masa depan dan saya harap sangat-sangat dia faham kenapa saya lebih memilih utk berkerja part-time. Thanks sebab baca!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by znorm at 19-3-2016 12:55 PM

Kalau dah rahsia2 macam ni, ada la yg tak kena tu. Macam ajaran sesat wilayah al zaytun dari indonesia. Kt Msia ni dia ada byk nama dan pergerakannya memang rahsia.

Bakal tunang tt macam dah kena brainwash je. Dakwah Islam takdenye perlu nak rahsia-rahsia. Bila teman teringat ajaran wilayah al zaytun ni, memang menyakitkan hati. Anyway, tt cuba siasat dulu tanpa pengetahuan bakal tunang. Jangan provok dia buat masa ni. Kumpul bukti dulu pastu bgtau bakal tunang. Good luck
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 12:59 PM | Show all posts
Hang lelaki kan? Student kan? aku andaikan ala2 warak dun wabarakuk

mak bapak hang org berada kot since student lagik dah plan kawen segala?
budak skrg dlm kepala mmg every second pikir psl kawen?
beside kawen cer hang citer vision mission hidup hang skit.
next 3 years, 5 years, 7 years etc....

ok back to usrah & future tunang tu...
honestly aku skeptikel la dgn set2 tudung labuh jubah ke tumit  usrah ke hulu ke hilir ni....
ntahla kan nk komen byk pun kang mengumpat pulak...
since hang sendiri belajar tinggi, guna akal utk decide mana yg terbaik utk hang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya tukar tajuklah bhai....dilema seorg tunang..sebab tajuk ko dilema seorg pelaar xde kena mengena lansung ngan kisah utama yg ko nak sampaikan.. xde skit pon kisah ko ni ada kena mengena ngan status student ko ni... bukan bab pelajaran pon..

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:06 PM | Show all posts
bunnyhoney replied at 19-3-2016 01:03 PM
Patutnya tukar tajuklah bhai....dilema seorg tunang..sebab tajuk ko dilema seorg pelaar xde kena men ...

karangan lari topikmaklumla tgh serabut

bkn tunang lagi pun....

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 19-3-2016 01:06 PM
karangan lari topikmaklumla tgh serabut

bkn tunang lagi pun....

Erk..aahla..belum tunang lagi..ok tukar dilema seorang kekasih...

Tajuk xselari dengan kisah.. igtkan nak pilih course aper ke..mak bapak paksa study benda yg tak minat ke..baru nak rasa bagi komen2 ilmiah skit...skali kisah cintan cintun jugak..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2016 01:13 PM | Show all posts
bunnyhoney replied at 19-3-2016 01:09 PM
Erk..aahla..belum tunang lagi..ok tukar dilema seorang kekasih...

Tajuk xselari dengan kis ...

itula psl.... dlm kepala otak student skrg ni mmg cinta kawen sajakah?
penat aku nak digest....dah la panas kat luar tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 01:18 PM | Show all posts
@znorm, Itu la skeptikal, dengan kena kahwin dengan ahli group sendiri la apa la, dgn pergerakannya yg secret, saya pernah korek pasal ni, katanya group ni kena ban dgn pihak universiti. Atas sebab apa, tak pasti. Taktau la sebab langgar undang-undang universiti atau langgar undang-undang yg lagi besar... Nauzubillah. Nanti la saya siasat, kena planning betul-betul ni hahaha

@innrukia, tunang sahaja la, dia muda setahun drpd saya dan lewat 2 sem drpd saya, lepas dia dah selamat grad nanti baru fikir kahwin, sekarang just nak ikat diri masing-masing sahaja, berada tu tak la, still bernyawa guna PTPTN hahaha

@bunnyhoney, actually nak letak dilema sahaja tapi macam pendek sangat hahaha, mungkin akan dipinda nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 19-3-2016 01:13 PM
itula psl.... dlm kepala otak student skrg ni mmg cinta kawen sajakah?
penat aku nak digest....da ...

Itulah hai...
Ni ala2 ketika cinta bertasbih punya style ni...

Sis aku rasa ko ni hebat orangnya..baca tulisan ko kat thread sebelah..ko mesti bukan calamg2 org kan.?

Rugi la tt baik ko tanya pasal camner nak tulis resume ke..camne nak hadap interview ke..camner nak cari keje bela anak bini nanti ke...gf ko tu skrg bolehla dia cakap rezeki tu Allah bagi la bla3..nanti dtg duit xde tgk org lain berumah berkereta dia berhujan panas naik motor..ada lagi dia nak sebut gtu....org hebat2 ada depan mata ni.. baik ko tanya tips2  dunia pekerjaan..

Pada akulah sis...gf dia ni budak2 baru nak up...xtahu lagi sepak terajang dunia nan fana ni... masa ko study bolehla duit ptptn ada rasa semuanya cukup... lepas tu dah beranak karang..mulalh gf dia tu pulak masuk sini luah perasaan..

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
redschematic replied at 19-3-2016 01:18 PM
@znorm, Itu la skeptikal, dengan kena kahwin dengan ahli group sendiri la apa la, dgn pergerakannya  ...


Hahhh...Dilema pon ok..hahaha cam lagu rap dulu2 ada tu hah..

No matter what i do..
All i think about is you
Even if i"m with my boo
Boy u know i'm crazy over u


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:30 PM | Show all posts
bunnyhoney replied at 19-3-2016 01:19 PM
Itulah hai...
Ni ala2 ketika cinta bertasbih punya style ni...

tred sebelah?
hakak ni biasa jer mcm hngpa semua...
yg beza maybe hakak dah kertu

skrg rasanya zaman pakat2 nk show aku lebih Islam dr hangpa semua...
tu yg usrah kena kawen dgn kelompok depa jer...
outsider maybe penuh dosa so tak setarap...
pd akak la biar sederhana, perilaku & tindakan kita...
kalo ekstrem akan mudah terbabas...tambahan pulak iman kita cuma senipis bawang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 01:31 PM | Show all posts

RE: Dilema seorang kekasih

bunnyhoney replied at 19-3-2016 01:19 PM
Itulah hai...
Ni ala2 ketika cinta bertasbih punya style ni...

Reasonnya nak ikat diri masing-masing sahaja, nothing more than that, kahwin tu after dia grad, which means at least lagi 2 tahun setengah, rasanya boleh planning awal-awal since saya pun dah nak grad tahun depan. Well, forgive me kalau cara saya planning silap tapi rasanya takde salah planning berkeluarga since saya pun dah 23 tahun. Cumanya kerja la. Untuk itu, saya doa dan usaha sahaja la, okay?
Pasal dia, mungkin sebab dia tak pernah ada hubungan apa-apa dengan lelaki sebelum ni so dia still berfikiran idealist and a bit naive. Yg itu boleh diubah insyaAllah.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 01:38 PM | Show all posts
Innrukia replied at 19-3-2016 01:30 PM
tred sebelah?
hakak ni biasa jer mcm hngpa semua...
yg beza maybe hakak dah kertu

Setuju tu akak. Saya pernah jumpak org usrah (bukan dari group usrah bakal tunang la tapi) yg kata sapa yg tak masuk usrah, masuk neraka. Adoi taktau nak cakap apa. Sebab tu la saya takut, tanggungjawab besar, saya pun takde la baik sangat nak ceramah org lain. Nak ceramah org lain, diri sendiri yg terasa. Pasal group usrah tu mungkin saya nak observe sahaja dulu, in case saya rasa dah mengarut, mungkin terpaksa kritik group usrah dan bakal tunang sekali la
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
redschematic replied at 19-3-2016 01:31 PM
Reasonnya nak ikat diri masing-masing sahaja, nothing more than that, kahwin tu after dia grad, wh ...

Sorilah tt... ahkak bukan nak hentam ko.. eh akak.pulak..hihihi..

Xdelah aku faham.perasaan ko..niat ko bagus..n dr cara ko pon aku dapat rasa ko budak baik... baguslah ko nak plan baik2 cam ni...tapi belum apa2 secara halus dia dah nampak gaya nak kontrol2 ko n mudah dipengaruhi org lain..bahaya tau kalu nak berumahtangga tapi sorg asyik dengar cakap org lain.. n macam dia xhormatkan ko pulak... i guess ko ni lelaki kan? Payah owh....

Tapi nasihat aku jugak  xsalah ko gi try duk dalam group dorg..trylah tgk apa yg rahsia sgt2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:40 PM | Show all posts
redschematic replied at 19-3-2016 01:18 PM
@znorm, Itu la skeptikal, dengan kena kahwin dengan ahli group sendiri la apa la, dgn pergerakannya  ...

Ooo kiranya spender masing2 pun beli guna ptptn la kan
u know what? aku ada sorg adik lelaki (the only one)... ni yg slalu aku ckp kat dia...


kalau diri sendiri pun tak lepas utk tanggung/jaga tak payah gatai nak bercinta dgn anak dara org..
jaga/tanggung bkn dr segi duit @ material saja, tp dr segi tanggungjwb pd Allah & keluarga esp. mak &  saudara pmpuan...(arwah ayah dah tadek).
tapi kalau dia rasa dia mampu utk tanggung/jaga diri/mak/sedara pompuan maka bolehla dia depangkan tgn utk menjaga seorang lagi ratu & anak2 ..
dan lepas kawen, kalau dia mengabaikan tnggungjwp pd mak/ratu/anak2 dia mmg aku lah org pertama yg akan belasah dia

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 19-3-2016 01:30 PM
tred sebelah?
hakak ni biasa jer mcm hngpa semua...
yg beza maybe hakak dah kertu

Kertu? Kt omputih age is just number ke haper.hah gtula... hahaha dlm ni xde org tau usia siaps..so kita semua muda belia kiranya...hihihi..


Betullah..sis aku sokong ckp ko..zaman org nk tunjuk holier than thou ke aper tu... sibuk tudung org sana sini...tp senyap2 berjimak dalam semak.. ustaz konon usrah ngan artis..last nikah...bini no 2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2016 01:53 PM | Show all posts
bunnyhoney replied at 19-3-2016 01:40 PM
Sorilah tt... ahkak bukan nak hentam ko.. eh akak.pulak..hihihi..

Xdelah aku faham.perasaan ko. ...

Takpa saya faham kak, saya tak expect pun datang sini saya dapat rainbow sunshine saja teguran membina pun penting kak. Hmm dia usually okay sahaja, tapi bila datang bab usrahnya sahaja dia terlalu ikut telunjuk group usrah tu. Katanya sebab dia diberikan amanah, kalau dia bocorkan dia dilabel org yg munafik. Adoi payah jugak bakal tunang terlalu lurus ni. Mungkin kena buat perbincangan pasal ni. Tgh contemplate nak masuk ke tak sebab saya pun tak pasti saya boleh spend time utk group tu atau pun tak sebab course sy mmg packed, 23 credit hours for this sem and saya secretary utk satu event besar bulan april ni. Kennot brain this. Macam mana lelaki dapat jadi secretary...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 01:55 PM | Show all posts
Innrukia replied at 19-3-2016 01:40 PM
Ooo kiranya spender masing2 pun beli guna ptptn la kan
u know what? aku ada sorg adik lelaki (t ...

Saya doa Allah mudahkan urusan sambil-sambil saya usaha utk cari rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
redschematic replied at 19-3-2016 01:53 PM
Takpa saya faham kak, saya tak expect pun datang sini saya dapat rainbow sunshine saja  tegur ...

23 kredit 1 sem mmg pack tu... ko buat jerlah takat termampu... ko lelaki ko bg jerla kata 2..nanti silap2 kenduri kendara korg pon geng usrah tu nyibuk jugak hah...

Aku ni nk bg nasiht lebih2 org susah gak org nk ikut sbb aku ni jenis hati kering jer..klu aku mmg aku bg kta 2 jer..pilih aku atau usrah ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 02:04 PM | Show all posts
bunnyhoney replied at 19-3-2016 01:58 PM
23 kredit 1 sem mmg pack tu... ko buat jerlah takat termampu... ko lelaki ko bg jerla kata 2..nant ...

23 kredit tu biasa jahh....
zaman akk dulu degree 3 tahun ja... ada sem yg amik 28 kredit
kena plak course professional.... still enjoy tadek nk stress pun...
habis blaja pun enjoy jer psl takde hutang blaja aka ptptn


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.193631 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list