View: 5833|Reply: 32
|
Kahwin campur: Cinta tak kenal siapa
[Copy link]
|
|
Walaupun berlainan agama dan budaya, perkahwinan antara Low Kow Chai, 73, dan isteri, S Letchimny, 58, semakin utuh dari hari ke hari, tambah lagi mereka dikurniakan enam cahaya mata.
Usia perkahwinan mereka sudah mencecah 43 tahun, namun pasangan yang boleh dikatakan masih romantis itu terus hidup bahagia dan harmoni menjalani kehidupan mereka sama seperti pasangan lain.
“Dulu, 'uncle' kahwin dengan 'auntie' masa umur 32 dan dia pula baru 15 tahun.
“Dulu kahwin sama-sama bercinta, sudah tua makin sayanglah. Dulu pun dia banyak lawa, tapi sekarang dah tua, tak lawa dah,” katanya berseloroh ketika ditemui Sinar Harian di kediaman mereka di Estet Changkat Asa, baru-baru ini.
Kow Chai berkata, perkahwinannya bersama isteri dikurniakan lima anak lelaki dan seorang perempuan.
“Semua anak kami ikut nama keturunan saya, diberi nama Cina. Tetapi masing-masing tetap ada gelaran sendiri dalam bahasa Tamil.
“Saya selesa bersama isteri saya, dia sangat baik dan jaga kami anak beranak. Tak timbul pun isu dia India dan saya Cina kerana bila dah kahwin kita kena muafakat, sama-sama senang, sama-sama susah.
“Dulu pun saya kerja di Estet Lembah Beringin, tempat kami mula-mula bertemu. Kerja macam-macam di sana, kadang-kadang jaga lembu keluarga isteri saya, kemudian kerja kait kelapa sawit.
“Bermula jaga lembu, lama-lama saya kenal dengan isteri saya dan sekarang saya jaga dia pula. Sebelum kenal isteri, saya dah kenal dulu dengan mak ayah dia, jadi bila kami mahu kahwin langsung tak dapat tentangan,” katanya.
Amal dua budaya dalam rumah
Ketika Sinar Harian mengunjungi kediaman mereka, agak pelik kerana terdapat dua hiasan di hadapan pintu rumah iaitu hiasan untuk agama Hindu dan juga hiasan semasa perayaan Tahun Baru Cina.
“Memang rumah kami ada dua hiasan, satu hiasan tradisi kaum Cina dan satu lagi hiasan kaum India.
“Kami pun sambut dua perayaan. Tahun Baru Cina kami sambut, pergi makan besar dan Deepavali kami beramai-ramai akan sembahyang di kuil,” kata anak kelima Kow Chai, Low Chee Kam, 28.
Menurutnya, keluarganya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara, memandangkan ayahnya tidak berapa fasih menggunakan bahasa Tamil.
“Kami adik-beradik boleh bertutur tiga bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Mandarin. Abang sulung saya cukup fasih berbahasa Mandarin dan Tamil. Ayah boleh cakap Tamil sikit-sikit saja.
“Menu masakan dalam rumah pun sering bertukar-tukar. Kalau hari ni makan lauk kari, esoknya makan lauk kicap atau stim kegemaran ayah. “Mak saya tak pandai sangat masak makanan tradisi kaum Cina, jadi selalunya ayah masak sendiri,” katanya.
Keluarga amalkan perkahwinan campur
Bagi Kow Chai, perkahwinan campur dan berlainan budaya bukanlah asing dalam keluarganya.
“Abang saya sendiri peluk Islam dan dia bersama isterinya kini tinggal di Kalumpang. Setiap kali perayaan, kami adik-beradik pasti akan berkumpul bersama dan bawa anak dan cucu masing-masing.
“Dari dulu lagi kami memang dah amalkan budaya kahwin campur ni, jadi saya pun tak halang kalau anak-anak saya mahu kahwin dengan yang berlainan budaya.
“Kerana dalam apa pun keadaan, kita akan tetap bersatu dalam satu keluarga,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
so sweet |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet |
|
|
|
|
|
|
|
babydoll posted on 24-3-2016 01:01 PM
so sweet
eh sama hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
eh? hahahha! sama pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
cucu pasangan ni jadi cindianyu la ye... mix cina, india dgn melayu... mesti cantik~~ |
|
|
|
|
|
|
|
“Dulu kahwin sama-sama bercinta, sudah tua makin sayanglah. Dulu pun dia banyak lawa, tapi sekarang dah tua, tak lawa dah,”
btw so shuweett |
|
|
|
|
|
|
|
so auntie ni terpaksa mengorbankan cita-cita tak selepas kahwin dengan uncle? |
|
|
|
|
|
|
|
prnh org kta,cina dan mlyu xleh kawen.tkot cacat ank. |
|
|
|
|
|
|
|
staff aku pun ada sorang cemni.. bapak cina, mak india.. anak2 semua kuar muka memang melayu. Tapi baka, memang ikut baka india. Gedabak..
Ngan mak, cakap tamil.. ngan bapak, cakap cina.. mcm best kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
bertuahnya boleh ckp byk bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
akak rasa org yg cakap mcmtu yg cacat sebenonye
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu anak dari perkahwinan campur neh cantik ngan hansem. |
|
|
|
|
|
|
|
org kata kalau kawen campur ni.. anak2 bijak, keturunan elok |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal tak boleh? bapak aku cina, mak aku melayu, takde pun aku cacat, sihat tubuh badan je aku ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kat sekolah ada dalam 6 7 orang yang mix india cina ni. Tapi semua banyak rupa india. Ada sorang tu laki ensem gila |
|
|
|
|
|
|
|
mcm hakak pernah dengar aje ayat uols tu
|
|
|
|
|
|
|
|
heyyy memetik kata idola kita semua, ibu negara malaysia..
napa nama lelaki tapi hakak??????
|
|
|
|
|
|
|
|
hakak menggunakan nama gabungan suami dan anak2 gituww
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|