Edited by CARI-IIN at 28-3-2016 03:32 PM
Oleh Izzah Abbasy
Bagaikan terikut-ikut dengan kehidupan orang lain sehinggakan menjadi hamba kepada kemewahan semata-mata.
Percaya atau tidak, gara-gara orang lain sering bergaya dan 'selfie' dengan telefon mahal, beg dan baju berjenama, kereta mewah dan segala-gala tentang kebendaan secara tidak langsung kita juga pasti ada rasa cemburu ingin menjadi seperti mereka. Hakikatnya, nak makan pun kadang-kadang tak cukup. Betul tak?
Baru – baru ini beberapa keping gambar 'conversation' sepasang kekasih menjadi viral di laman sosial kerana respon teman wanitanya yang boleh dikatakan “kasar” selepas teman lelaki hantar gambar kereta kancil 'secondhand' yang baru dibeli.
Kenapa hari ini anak-anak muda terutama perempuan semuanya ingin hidup mewah dan senang pada awalnya? Tidakkah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian lebih baik. Secara tidak langsung kita lebih menghargai pengorbanan yang telah dilakukan.
Tidak baik buat teman lelaki seperti itu. Ini baru berkawan, dah macam-macam. Esok bila dah kahwin? Sekurang-kurangnya lelaki tersebut ada perancangan dan tidak berhutang sana sini. Tidak perlu kemewahan jika si perempuan menerima pasangan mereka seadanya. Sebaik-baik perancangan pasti Allah akan permudahkan.
Tidak perlulah nak jadi seperti mereka yang 'hipster'. Paling mudah, jangan selalu 'scroll' atau intai-intai tentang kemewahan dan kebahagiaan orang lain di laman sosial. Selain menjaga nafsu kemahuan, anda tidaklah bersikap mementingkan diri sendiri dan nikmati hidup secara bersederhana. Ia pasti lebih indah. - CARI Infonet
*Carilah pasangan yang sama-sama boleh menerima segala kekurangan dan membantu di kala kesusahan serta bersama ketika senang.
Sumber : Facebook Saja Sembang
|