View: 18220|Reply: 171
|
ISU JUMLAH BELANJA KAHWIN (UPDATE 106#)
[Copy link]
|
|
Edited by kotakbaju at 3-4-2016 11:00 PM
Aku bakal bertunang dengan lelaki pilihanku. Atas dasar suka sama suka.
Sepanjang percintaan aku dengan si dia (3 tahun) memang ada halangan besar antara hubungan kami. Iaitu untuk mendapatkan restu daripada ayahku sendiri.
Ayahku memang tidak berkenan dengan si dia saat dia datang berjumpa ayahku buat pertama kali dengan tujuan meminta izin daripada ayahku untuk berkahwin denganku. Mungkin dari segi rupa parasnya yang kurang menyerlah (gelap dan nampak macam muka jahat), ditambah pula bukan di kalangan orang senang. Kerjayanya hanya sebagai budak pantai di salah sebuah pulau pelancongan terkemuka. Mungkin itu salah satu faktor yang membuatkan ayahku tidak berkenan di samping tinggal agak jauh dari tempat tinggalku (aku di kedah, si dia di perak).
Oleh kerana pilihanku ditolak setelah pertama kali si dia berjumpa dengan ayahku, aku kecewa juga. Dan aku positif. Mungkin kami berdua tiada jodoh. Tetapi kami masih lagi berhubungan seperti biasa.
Si dia juga ada memaklumkan pada aku bahawa keluarganya juga turut mencari beberapa gadis untuk dijodohkan dengannya. Tetapi si dia menolak. Atas alasan si dia masih lagi sayang pada aku dan masih mahu kekal bersamaku biarpun hubungan cinta kami dihalang oleh ayahku.
Ayahku juga pernah memberitahu aku bahawa ada 2 3 orang yang datang berjumpa ayahku dengan tujuan untuk merisik aku. Tetapi aku pun menolak juga. Aku memberitahu ayahku yang aku masih lagi berhubung dengan si dia. Ayahku diam.
Setelah setahun berlalu, usaha kami berdua untuk mendapatkan persetujuan ayahku tidak pernah terhenti. Si dia acap kali menelefon ayahku untuk bertanya khabar. Aku lihat ayahku tidak berapa mesra setiap kali bercakap di telefon dengan si dia. Mungkin tidak suka dengan si dia.
Aku hanya mampu berdoa supaya dibukakan pintu hati ayahku untuk menerima si dia. Aku akui si dia pun tidak sempurna seperti lelaki lain. Si dia cuma lelaki yang sederhana. Kerja pun kerja sendiri. Bukannya kerja tetap (kerajaan) yang ada gaji tetap masuk bulan-bulan dan ada pencen bila hari tua nanti (seperti mana yang diharapkan oleh ayahku bila nak pilih calon menantu).
Oleh kerana ayahku masih lagi dengan pendiriannya untuk tidak menerima si dia, si dia aku perasan sudah mulai pudar usahanya dalam memujuk ayahku. Si dia pernah memberitahuku, jika tak kerana sayang akan aku, sudah lama dia terima calon isteri pilihan keluarganya. Aku hanya menangis apabila mendengar kata-katanya. Si dia juga berkata, yang ayahku terlalu keras hati untuk menerimanya. Aku memujuknya, dengan berkata mungkin pintu hatinya belum terbuka lagi untuk membenarkan kami berkahwin. Aku memintanya supaya bersabar dan berjanji akan cuba memujuk ayahku lagi sampai dia setuju.
Hinggalah pada suatu hari, aku terfikir untuk meminta bantuan daripada ibu saudaraku yakni adik tiri kepada ayahku. Aku tahu yang ayahku memang rapat dengan adik tirinya itu kerana ayahku selalu saja singgah ke rumahnya.
Aku menelefon ibu saudaraku itu lantas menceritakan segala-galanya mengenai hubungan aku dengan si dia serta sikap ayahku yang tidak mahu merestui hubungan kami. Aku meminta pertolongan daripadanya untuk memujuk ayahku. Ibu saudaraku berkata dia akan cuba untuk memujuk ayahku.
Selang dalam tempoh seminggu dari itu, aku cuba bertanyakan kembali pada ayahku mengenai si dia. Tanpa ku duga, ayahku berkata, "Pi lah kawin dengan dia. Ayah bagi. Pi habaq dekat dia".
Sungguh ku tak sangka. Aku memang terkejut setelah mendengar jawapan daripada ayahku. Lantas aku menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada si dia untuk memaklumkan mengenai persetujuan ayahku itu. Aku sengaja tidak menghubunginya kerana tidak mahu mengganggunya bekerja.
Setelah menghantar SMS, aku menunggu maklum balas pesanan daripadanya. Sejam, dua jam, tiga jam menunggu, sampailah ke malam pesanan aku hantar tidak berbalas. Mustahil dia tak tengok SMS aku, getus hatiku. Lantas aku terus menelefonnya.
Panggilan aku dijawab olehnya. Aku segera menanyakan kepadanya mengenai SMS yang aku hantar pada petang tadi itu. Tiba-tiba dia berkata, "Maaf, abang rasa dah terlambat. Abang dah malas dah, taknak teruskan lagi. Biarlah abang macam ni."
Aku sangat terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh si dia. Lalu aku bertanya mengapa jadi begini sedangkan dahulu dia sungguh-sungguh berjanji tak akan tinggalkan aku dan sanggup menunggu sehingga ayahku setuju. Atau keluarganya sudah ada pilihan yang lainkah, soal aku lagi.
Si dia mengakui yang keluarganya sudah menemui gadis pilihan bapa saudaranya sendiri untuk dijadikan calon isteri. Si dia menambah, yang semua urusan untuk peminangan gadis tersebut telah diaturkan keluarganya.
Aku menangis semahu-mahunya. Aku merayu meminta padanya agar menolak pilihan keluarganya itu dan menerima aku. Tetapi kata si dia, adalah mustahil untuk dia menolak kemahuan keluarganya kerana itu melibatkan hal dan maruah keluarganya sendiri. Lagipun katanya kahwin dengan restu keluarga adalah lebih penting dari kahwin tanpa mendapatkan restu.
Aku jadi buntu. Aku langsung tidak boleh berfikir apa-apa. Apa yang aku tahu, aku hanya menangis dan menangis.
Selepas kejadian itu, aku jadi tidak bermaya, langsung tidak bersemangat untuk lakukan apa sahaja. Nak kerja pun tak boleh dengan emosi aku yang tidak
stabil ini, tapi aku gagahkan diri juga. Yang pasti, air mata aku memang tidak boleh tertahan untuk terus mengalir dek hiba yang tidak berkesudahan.
Entah mengapa, setiap kali aku teringatkan dia, aku akan menangis. Ketika itu aku langsung tak boleh tertahan hati untuk terus menghubungi si dia demi untuk
mendengar suaranya, demi untuk melepaskan kerinduan aku jika aku dapat berbual dengannya. Si dia seperti biasa terus berbual dengan aku, bertanya khabar aku. Katanya, walaupun situasi sekarang dah berubah kerana dia hampir menjadi milik orang lain, dia akan tetap menghubungi aku kerana susah untuk dia
lupakan aku. Si dia bagitahu aku yang perasaan sayang masih lagi menebal dalam dirinya. Si dia juga berpesan pada aku supaya jangan sedih-sedih, dan
berharap agar aku pun menemui jodoh aku yang tersendiri.
Aku hanya menangis apabila mendengar kata-katanya itu. Si dia terus memujuk aku, dan memberikan kata-kata semangat untuk aku teruskan hidup.
Entah mengapa selepas dari itu, aku merasa sedikit lega. Kata-kata semangat daripadanya membuatkan hati aku tenteram dan sedikit tenang. Aku cuba
jadi positif. Mungkin Tuhan takdirkan antara kami tiada jodoh untuk bersama.
Pada ayahku, aku langsung tidak ceritakan hal ini. Aku diam-diam saja.
Suatu malam, aku duduk di dalam bilik sambil melayari Forum Cari. Saja untuk menghilangkan rasa rindu pada si dia, serta cuba untuk tidak selalu teringatkan
si dia.
Tiba-tiba, ada dua SMS masuk ke dalam Inbox handphone yang aku pegang sambil aku melayari Forum Cari itu. Satu SMS daripada syarikat Telko yang menyatakan ada 2 3 panggilan tidak dijawab dari nombor si dia. Satu lagi SMS daripada si dia! Si dia bertanyakan pada aku, bagaimana keadaan aku pada ketika itu dan sudah makan malamkah?
Aku terasa macam sedikit hairan. Tetapi aku tetap membalas SMS si dia. Aku mengatakan yang aku ini baik-baik sahaja cuma belum makan lagi kerana
tiada selera pada malam itu.
Sejurus kemudian, si dia menelefon aku. Kata-kata daripada si dia membuatkan aku jadi seperti tidak sangka.
Katanya, si dia macam tak nak teruskan kehendak keluarganya itu untuk meminang gadis pilihan keluarganya.
Aku diam. Kenapa pulak, soal aku. Bukankah ini semua melibatkan maruah keluarga abang juga jika abang tolak pinangan keluarganya itu, soal aku lagi.
Si dia membalas, yang hendak kahwin adalah dirinya, bukan keluarganya. Dia berhak untuk tentukan siapa calon isterinya nanti. Tambahnya lagi, dia tak mahu
berkahwin kerana terpaksa.
Hatiku terasa sedikit berbunga. Aku mula nampak sinar perhubungan kami untuk kembali bersama semula.
Selepas perbualan kami tamat, aku mula termenung. Memikirkan kata-katanya tadi.
Terus aku mencapai handphone, menaip SMS pada si dia. Aku menulis, abang, harap-harap kata-kata tadi tu betullah. Jangan hari ni cakap lain, esok-esok
lain pula jadinya.
Sejurus kemudian, si dia pun membalas, InsyaAllah, dia akan cuba lakukan yang terbaik.
Malam itu, aku tidur dengan lenanya. Lena senyenyak-nyenyaknya dengan hati yang berbunga-bunga.
Keesokkan harinya, pada waktu awal pagi, seperti biasa aku bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Tanpa ku sedari, handphone aku berbunyi-bunyi getarannya.
Aku memang tidak perasan kerana mode handphoneku ketika itu adalah mode 'Silent'. Tapi lama-kelamaan aku perasan handphoneku berbunyi 'vibrate' kerana
ada panggilan masuk. Tak sempat aku nak menjawab. Rupanya panggilan daripada si dia. Oh, ada juga SMS daripadanya supaya meminta aku menghubunginya
kembali. Ada perkara penting untuk dimaklumkan katanya.
Lantas aku menghubunginya. Si dia pun menjawab, katanya dia sudah berfikir masak-masak. Si dia memaklumkan, bahawa dia sudah menolak pilihan keluarganya itu. Perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada ahli keluarganya yang lain beserta keluarga pihak si gadis yang bakal dipinangkan itu. Dia membuat keputusan, dia memilih aku. Sememangnya seperti diduga dari semalam lagi.
Aku gembira sangat-sangat. Sebelum aku bertolak ke tempat kerja, aku bertemu dengan ayahku dahulu. Untuk brtanyakan agaknya bila masa yang sesuai untuk si dia dan keluarganya datang meminang aku. Ayahku menjawab pendek, ikutlah bila pun.
Selepas daripada itu, si dia memaklumkan pada aku, yang dia akan datang dalam tempoh sebulan lagi dari tarikh sekarang. Aku melihat kalendar. Oh rupanya awal bulan depan. Aku setuju.
Dalam tempoh sebulan tersebut, aku cuba sediakan apa yang patut. Si dia maklumkan pada aku, yang pihaknya akan menghantar bekas dulang sebanyak 3 bekas. Oleh itu, kiranya aku kena membalas kembali bekas dulang sebanyak 5 bekas. Untuk hal ini, aku meminta pertolongan daripada sepupuku untuk menyediakan bekas hantaran pertunangan.
Si dia ada bertanyakan pada aku, adakah aku sudah bincangkan dengan keluarga aku mengenai berapa belanja yang mahu ditetapkan. Aku bagitahu, yang aku
belum lagi berbincang. Lagipun masih ada masa lagi.
Si dia minta pada aku, agar jangan letak harga terlalu tinggi. Katanya, dia hanya mampu beri belanja sebanyak RM5000 sahaja.
Aku pun cakap, ok saja. Nanti aku bagitahu ayahku. Aku bagitahu si dia, sebolehnya aku tidak mahu menetapkan sebarang harga tertentu untuk belanja kahwin
ini. Terpulanglah berapa si dia nak bagi. Sekadar yang dia mampu.
Seminggu sebelum hari pertunangan kami, si dia bertanyakan lagi mengenai hal perbincangan antara aku dengan keluargaku dalam hal penetapan belanja kahwin. Aku bagitahu si dia, yang sebenarnya aku belum lagi berbincang.
Setelah mendengar jawapanku, si dia memarahiku. Katanya, kenapa tak bincang lagi? Masa dah nak dekat. Cepat pergi bincang sekarang. Si dia mengingatkan
aku lagi yang dia hanya mampu beri belanja kahwin sebanyak RM5000. Tak lebih dari itu. Jika aku tak setuju, bagitahu dia cepat, nanti dia akan cancel untuk
datang meminang aku.
Aku jadi gelabah. Terus aku terfikir, malam nanti untuk mengajak ayahku dan adik lelakiku untuk pergi ke rumah ibu saudaraku. Berbincang di sana. Aku
fikir jika bincang bersama ibu saudaraku, akan jadi lebih mudah perbincangannya. Berbanding aku bincang sendirian dengan ayahku.
Ketika itu, sudah hampir pukul 7 malam. Aku menunggu ayahku balik ke rumah. Aku hendak mengajaknya ke rumah ibu saudaraku selepas maghrib nanti. Adik lelakiku sudah aku maklumkan, dan dia bersetuju untuk membawa kami ke rumah ibu saudaraku malam tersebut.
Aku mendengar bunyi motosikal ayahku di hadapan rumahku. Ayahku sudah balik. Mungkin tadi pergi bertandang ke rumah kawan sekampung ni juga.
Aku tunggu sehingga ayahku masuk ke dalam rumah, biar dia rehat sekejap. Kemudian baru aku mendekatinya.
"Ayah, satgi lepas maghrib mau dak kita pi umah makcik (ibu saudaraku)?"
"Pi buat apa?"
"Pi sebab nak bincang dengan makcik sekali pasai rombongan minang depa nanti tu."
"Orang tak pi bincang malam-malam. Sial (tak baik). Orang bincang siang-siang."
"Dah siang chek keja. Malam la boleh nak bincang pun".
Ayahku diam, terus berlalu ke ruang tamu hadapan.
Aku ikut sahaja di belakang ayahku. Masih menunggu keputusannya.
"Ayah, macam mana ni, nak pi ka dak ni? Satgi adik bawak kita pi la ayah."
"Huh, nak bincang apa aih??"
"Bincang la, pasai berapa yang kita ni nak letak."
Ayahku duduk di atas kerusi malasnya.
"Habaq kat dia RM15000."
Aku terkejut. "Ayah!!"
Ayahku menjawab "RM15000!!."
"Ayah, awat tinggi sangat letak tu? Letak murah sikit"
"Zaman lani mana ada orang letak murah-murah dahh."
"Ayah, depa pun bukannya orang senang. Susah macam kita jugak. Letak la murah sikit, takat mana depa mampu letak, takat tu sudah la."
"RM10000!!" ayahku menurunkan jumlah belanja kahwin.
Aku mula gusar. "Banyak jugak tu ayah. Depa minta kita letak jangan mahal sangat ayah."
"Tak mahai aih RM10000 tu. Cuba tengok orang sebelah tu letak banyak tu la. Lani orang dok letak habih murah RM10000 tu la. Lani nak kenduri
bukan murah-murah dah. Takkan nak letak sikit. Satgi nak beli barang nu tak cukup, barang ni tak cukup, mana nak cekau duit ha?"
Aku rasa nak menangis.
"Ayah, awat mahai sangat macam tu ayah? Ayah tak dengar ka ceramah agama tu, ustaz suruh letak jangan banyak sangat, satgi beban belah laki tu
nak bayar belanja kawin."
"Letak banyak tu laa. Kita ni pun bukan senang sangat, mana ada duit nak buat kenduri kawin."
"Buat kenduri takat mana kita mampu sudah la, tak payah nak buat besar-besar ayah."
" Ha dia lah! Tu yang pakatan kenduri syarikat saja dan sampai seratus orang! Dengan orang kampung lagi nak panggil. Tu adik beradik yang dok jauh-jauh
tu takkan tak panggil??Sedara mara yang dok jauh-jauh tu??Brapa ramai dah?? Kenduri takkan nak buat kat umah ni, umah dah nak reban dah? Nak kena
sewa dewan."
Aku mula jadi serabut.
"Ayah, abang (si dia) tu tak mampu nak bagi sampai RM10000 tu ayah. Banyak sangat tu."
"Dah tak mampu dok gatai nak nikah pasai pa? Kalau dah tak mampu suruh dia juai bot-bot dia tu!"
"Mana boleh ayah. Kalau juai bot tu, nanti dia nak cari duit kot mana?"
"Ha, suruh dia pi pinjam duit kat kawan-kawan dia. Pi lah pinjam banyak mana pun. Habeh tak boleh gak, suruh dia pi buat loan bank tu!
Pinjam duit nak kawin!!"
"Mana boleh camtu ayah. Nak kawin kena ikut kemampuan diri. Kalau dok pinjam sana sini, nanti nak kena bayar pulak. Lepas kawin lagi la
nak pakai duit banyak ayah."
Ayahku diam.
Aku cuba tahan untuk menangis.
"Ayah, satgi kita pi umah makcik ya?"
"Yang siang-siang tak gatai nak pi. Malam-malam tak baik dok pi bincang."
"Siang- siang chek keja ayah. Malam la yang free pun."
"Ha hang pi berenti keja! Senang."
Aku tersentak. "Awat cakap camtu ayah??"
Sejurus kemudian, kedengaran suara azan maghrib berkumandang di surau berdekatan rumahku. Pendebatan antara aku dengan ayah terhenti di situ.
Ayahku berlalu ke dapur untuk ke bilik air.
Aku pula, masuk ke dalam bilikku. Menangis semahu-mahunya.
Aku capai handphone, dail nombor adik lelakiku. Untuk bertanya sama ada lambat lagi atau tak untuk balik ke rumah. Adikku menjawab sekarang tengah on the way untuk balik ke rumah.
Adikku bertanya kenapa. Aku hanya menjawab, balik cepat. Ayah tu entah kenapa dah. Aku pun menceritakan serba ringkas mengenai kejadian tadi.
Dalam beberapa minit kemudian, adikku tiba di rumah. Kedengaran pintu kereta ditutup.
Tiba-tiba pintu bilik aku terkuak. Kelihatan adikku tercengang melihat aku menangis di atas katil.
"Awat nih? Ayah pasai pa tadi?"
Aku bangun duduk di atas katil. Aku mula menceritakan mengenai perbalahan antara aku dengan ayahku.
Adikku menggelengkan kepalanya. "Awat la ayah buat macam ni kat hang? Aku pun paham keadaan hang ni macam mana? Sat aku pi jumpa ayah."
Adikku keluar sebentar dari bilikku. Kemudian dia kembali semula.
"Ayah dok semayang. Sat, tunggu dia sudah dulu."
Aku mengangguk. Mataku hanya menatap paparan skrin pada handphoneku.
Dalam beberapa minit, adikku keluar semula dari bilikku. Pergi bersemuka dengan ayahku. Kedengaran perbualan mereka berdua.
"Ayah ooiii, awat la ayah buat lagu tu kat kakak?? Nak kawin ni kita kena la bagi mudahkan. Bukan bagi jadi payah. Ayah faham dak? Belanja hantaran tu
semua tak wajib bagi pun. Yang wajib kena bagi tu adalah mas kawin tu. Ha yang tu la yang wajibnya. Belanja hantaran tinggi-tinggi tu semua tak wajib tu,
tu semua adat tu. Tak bagi pun takpa. Bagi takat mana yang mampu ja ayah." Kedengaran adikku berhujah.
"Jomlah pi umah makcik hang. Lekaih sikit besiap tu, satgi lewat-lewat pulak" Ayahku terus bangun dari sejadahnya.
Adikku datang semula ke bilikku. "Ayah ajak pi nu. Sat aku mandi dulu."
"Pulak, tadi kata pi bincang malam-malam tak elok, sial lah, apa lah." sindir aku pelan-pelan.
Adik aku cuma menggelengkan kepalanya.
Sekitar pukul 8.30 malam, kami bertiga bertolak ke rumah ibu saudaraku. Setibanya di sana, aku dengan adikku menceritakan segala-galanya pada ibu
saudaraku. Ketika itu ayahku berada di ruang tamu. Kami bertiga pula berada di dapur. Sebab itu aku dengan adikku berani berterus terang tentang sikap
ayahku itu.
Apa lagi, memang kena "basuh" lah ayahku itu dengan ibu saudaraku. Ibu saudaraku menasihatkan ayahku supaya untuk tidak meletakkan jumlah belanja kahwin yang terlalu tinggi untuk pihak lelaki sediakan. Letak agak padanlah, pesan ibu saudaraku. Aku lihat reaksi ayahku. Macam bersahaja saja. Aku cuma
bimbang nasihat dari ibu saudaraku itu ibarat masuk telinga kanan, keluar ke telinga kiri.
Selebihnya, perbincangan kami lebih tertumpa kepada agenda pada majlis pertunangan aku nanti. Seperti keperluan apa yang perlu disediakan untuk
menjamu tetamu pihak sebelah lelaki nanti. Aku bersyukur kerana bab masak memasak hidangan akan disediakan oleh ibu saudaraku beserta dengan ahli
keluarga sebelah ayahku yang lain. Selesai bab itu.
Setelah kami bertiga pulang ke rumah, aku terus menghubungi si dia. Untuk memaklumkan yang aku sudah pun berbincang dengan ahli keluargaku yang lain.
Si dia bertanyakan padaku, sudah bagitahu yang dia nak bagi wang belanja sebanyak RM5000 itu?
Aku terdiam. Sebenarnya aku tak mahu bagitahu tentang jumlah yang si dia letak tu. Bimbang memang akan ditolak mentah-mentah oleh ayahku.
Aku bagitahu si dia, meyakinkan dia supaya mengenai itu boleh dibincang nanti bila waktu meminang. Kerana aku sudah meminta ayahku untuk tidak
meletakkan harga yang terlalu tinggi. Cukuplah sekadar yang si dia mampu.
Si dia bertanya lagi, berapa harga nak letak tu, soalnya. "Abang hanya boleh bagi RM5000. Tak lebih dari itu. Sepatutnya tadi kena la cakap kat diorang
masa berbincang tadi. Ni dah cakap ke belum ni?"
"Belum." Aku menjawab.
"Laa kenapa tak bagitahu tadi? Sekarang pergi cakap kat ayah tu, RM5000. Confirm cepat. Kalau setuju abang datang nanti. Kalau tak setuju, abang tak
datang."arahnya.
"Sekarang ni dia dah tidur la abang. Sekarang ni dah pukul brapa dah." Ketika itu jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam lebih.
"Kalau macam tu, esok sahaja la. Bagitau abang balik. Masa dah suntuk sangat ni." Sememangnya tinggal lagi dua hari tempoh untuk kami bertunang.
"Abang bukan apa. Karang waktu abang datang nanti, abang bagi belanja RM5000, ayah tak setuju, tolak pinangan macam mana? Buat penat ja datang jauh-jauh,
dengan bawak keluarga abang semua ni, dah la tu, costing nak datang tu pun dah habis berapa ribu dah ni. Dengan penginapan, makan, minyak kete la semua.
Abang yang sponsor semua ni. Sebab tu abang nak kasi tetap. Bagi betul-betul confirm."
Aku mula serabut. "Nanti masa datang nanti kan boleh bincang kan, berapa abang mampu letak, takat tu saja lah."
Si dia membidas. "Takmau nak tunggu nanti masa bertunang tu. Abang nak confirm sekarang jugak. Besok bagitahu abang balik ya." Si dia mematikan talian.
Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku terus hubungi adikku. Adikku tidak berada di rumah kerana selepas menghantar kami pulang, dia keluar semula
ke rumah kawannya.
Aku menceritakan perkara sebenar. Mengenai jumlah belanja yang si dia mampu beri tu.
Adikku terkejut. "Tak boleh bagi lebih sikit ka? RM5000 tu macam sikit sangat. Hang faham-faham la ayah tu macam mana. Kalau dalam 7 ke 8 ribu tu ok."
Aku tak tahu nak cakap macam mana.
"Eh sat, ada orang call aku ni. Sapa pulak call aku ni?" Adikku terus mematikan talian.
Aku bingung seketika. Apa yang harus aku buat ni, fikirku.
Beberapa minit kemudian, adikku menghubungi ku kembali.
"Abang (si dia) yang call aku tadi. Dia habaq dah kat aku tadi."
"Oh, apa katanya?"tanya aku.
"Macam yang hang cita tu la. Aku pun pening ni. Taktau macam mana nak tolong hang. Aku nak bawak keta ni. Nanti la sembang lain. Esok tengok macam mana. Aku try habaq dekat ayah."
"Erm, ok. Esok. Sebab abang (si dia) mahukan jawapan esok juga." pintaku.
Malam tu aku langsung tak boleh tidur. Fikiranku jadi berserabut. Terngiang kata-kata si dia tadi, jika ayahku tidak bersetuju dengan jumlah belanja
yang dia nak letak, dia akan cancel, tak jadi datang. Itu bermakna, hubungan kami akan putus terus. Dan tentunya si dia akan cari gadis lain yang
boleh menerima jumlah belanja kahwin sedemikian.
Aku rasa sebak. Menangis. Aku tak sangka akan jadi sebegini rupa. Lepas satu, satu halangan datang menimpa aku.
Sudahnya, hampir ke subuh aku langsung tidur tidak nenyak. Aku hampir terlelap setelah jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Tapi aku terjaga semula kerana bunyi jam loceng. Dah la aku kena kerja pagi itu. Tak sampai sejam pun aku tidur.
Sewaktu bersiap-siap untuk pergi kerja. aku terfikir untuk memaklumkan pada Ibu saudaraku mengenai perkara semalam.
Aku menghubunginya.
Seperti dijangka, memang dia terkejut setelah aku memberitahu mengenai jumlah belanja yang si dia tetapkan.
"Awat sikit sangat? Kalau dah macam tu memang tak boleh nak buat apa la makcik. Takpa makcik habaq kat ayah kamu nanti."
"Tolong habaq ya makcik." Pintaku. Aku langsung tak berani nak bagitahu sendiri ayahku.
Pada waktu petang, sebelum aku pulang kerja, aku WhatssUp adikku. Bertanyakan mengenai ayahku.
Adikku bagitahu, memang ayah marah la juga, dengan jumlah banyak itu. Memandangkan aku yang nak sangat terima, maka ayah pun terpaksa setuju. Setuju dalam terpaksa.
Aku jadi tidak bermaya.
Adikku bagitahu lagi, yang Ibu saudaraku telah memberitahu ahli keluarga ayahku yang lain, ternyata mereka semua sangat terkejut dengan jumlah yang
ditetapkan itu. Ada seorang saudara ayahku berkata, jumlah janda pun harganya RM7000, ini apatah lagi anak dara. Paling sikit pun seeloknya Rm8000 jumlah.
Aku jadi sedih sangat-sangat.
Seorang lagi ibu saudaraku sebelah arwah ibuku, berkata dekat adikku (dia tak tahu pasal jumlah RM5000 ni) seeloknya nak letak belanja tu RM 8 ke 9 ribu.
Sebab aku ini hanya anak perempuan seorang di dalam ahli keluargaku. Katanya harga biar lah berbaloi. Kalau letak bawah dari tu memang dia tak akan setuju.
Aku yang dengar ni jadi terus-terus down.
Adik aku pesan, lepas ni jangan cakap apa-apa lagi dekat ayahku. Dia tengah rasa pening, tertekan, malu dengan orang kampungnya, mengenai jumlah
belanja kahwin sebanyak RM5000 tu.
Aku sedih sangat-sangat. Aku tak tahu nak buat macam mana.
Adikku sudah maklumkan kepada si dia, mengenai persetujuan jumlah penetapan belanja kahwin tersebut. Dan si dia sudah pun bersedia untuk datang ke rumahku bersama ahli keluarganya yang lain untuk rombongan meminang.
Saat aku luahkan perasaan aku ni, pada tarikh 1 April 2016, pukul 2.00 Pagi. Aku dijangka bertunang dengan si dia pada tarikh 2 April 2016.
Forummer sekalian,
Apakah pendapat kalian semua? Apakah salah tindakan aku ini? Apakah salah untuk aku bersetuju menerima jumlah belanja kahwin sebanyak RM5000 tersebut? Apakah salah kerana membuatkan ayahku malu dengan tindakan aku ni? Aku jadi stress sangat-sangat. Dengan esok ni, aku kena prepare apa yang patut. Aku cuma mahukan pandangan dari kalian semua.
Terima kasih kerana sudi baca secebis kisah hidupku ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni...kumbang bkn seekor.
Moh kawen dgn i. Lupekn sidia ok? Setuju?
Ok bagus. Pm no fon k.
Slmt bknalan |
|
|
|
|
|
|
|
esk nak langsung, mlm ni citer. pendapat aku: ko x yah carik sape salah, sape btol. aku doakan segala urusan n usaha diberkati Allah n berjalan lancar. mlm ni n esk, solat sunat berdoa bebanyak. |
|
|
|
|
|
|
|
35 tahun ( kot umur kau skg 35) ayah kau besarkn kau...jaga kau.
Tapi last stage sblm kau jadi milik org, kau xle nk jaga hati dia. Rela ikut cakap lelaki yang baru nk tunang kottt.
By right laki tu y perlu nego secara ada telur dgn ayah kau. Bkn desak kalau tak dapat 5k tak nak dtg. Lelaki mcm tu tak blh pakai
Dah kawen for sure lelaki tu dan ayah kau tak akan ngam..bygkn hari raya atau waktu waktu perlunya kluarga berkumpul. For sure jadi kera sumbang. Ayah kau nak orang yang kerja tetap..sebab dia tak nak kau hidup susah..sebab apa? Sebab dia sayang kau tnpa kau sedar. Tapi kau cinta agung konon. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takpelah tt... ayah tt pun dah bersetuju... bukan tt yg setuju dgn amount tu tp family tt...
aku doakan semoga semuanya berjalan dgn lancar.. tahniah tt |
|
|
|
|
|
|
|
Susah jugak dapat ayah dan bf yang berkira. Mau pening kepala jugak nak settle dua-dua. Bahasa tt mcm tulis novel. |
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan aku tolak dia.kalau btol dia nak.dia jumpa ayah kau..sebut hantaran berapa.lelaki mcm ni nak main kan perasaan jer..kau lupakan dia..dia suka tengok kau merayu2....lelaki mcm ni takde sbb utk d kahwin kan..sila terima pinangan yanga dtg mminang hari itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck jer la sis. Awal2 dah berantakan hubungan anak-ayah pasal takde restu. For sure lepas kahwin lagi banyak cerita. Yang penting sekarang, kalau dah sanggup terima lelaki tu seadanya, sila bersedia mental dan fizikal untuk downgrade cara hidup untuk serasikan diri dengan lelaki tu DAN KELUARGANYA. Kalau tak, buka jer lah thread baru yer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kos yang dtg pun bkira2..dh kawen nnti lagi bkira...kalau btol nak dia tak kan terima pinangan lain(aku anggapkan itu acah2 jer dia dh terima pinangan lain-sbb nya aku tak pcaya)kalau btol nak usahakan la lebih ambik hati org tua...kau kena ingat...kau knl lagi ayah kau mcm mana dpd lelaki tu.lelaki bkn seekor...ayah cuma satu jer.jgn di ikutkan hati sgt.bila kau lepas smua..blh tengok nnti lelaki yang merayu2.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap semuanya bejalan lancar buat tt..apa yg penting keberkatan dr allah..kalau letak 8 juta pun xdak keberkatan x guna jugekk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sis,anggap la ini semua ujian.klu betul sis nk kan bf sis ni,sis bantu lah juga dr segi wang hantrn tu let say tambh dlm 2k..cuma satu je sy nk tya,sis betul2 nk hidup sama2 dgn bkl tunang ni? Da nekad ke? Sbb sy sbg seorg pmpuan bila org laki bkira kos nk dtg mhantar pminangan ckp mcm tu, rs tak sedap. Cuma,kdg2 tuhan beri rezeki lps kahwin,mna tahu kn?life is full with possibilities.tt, solat istikharah,hajat n taubat mlm ni. Minta ptunjuk dr Pencipta kita..pape pun semoga tt bjaya mharungi sglnya. Amin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 07:57 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Victorioussss replied at 1-4-2016 03:21 AM
Mcm ni...kumbang bkn seekor.
Moh kawen dgn i. Lupekn sidia ok? Setuju?
Ok bagus. Pm no fon k.
Aku serius ni. Hmmm. Tima kasih saja la. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 07:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mziskandar replied at 1-4-2016 03:33 AM
esk nak langsung, mlm ni citer. pendapat aku: ko x yah carik sape salah, sape btol. aku doakan segal ...
Aku tengah berserabut sebenarnya. Baru ingat nk tnya pendapat hangpa sekalian.
apa pun. Thanks. Aku harap smoga semuanya berjalan lancar. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 08:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Victorioussss replied at 1-4-2016 03:42 AM
35 tahun ( kot umur kau skg 35) ayah kau besarkn kau...jaga kau.
Tapi last stage sblm kau jadi mili ...
Aku skrg 30.
Ya aku faham. Sblm aku jumpa bf aku ni, aku dh byk kali bercinta dgn org yg keja gomen. Kiranya yg duduk tak jauh dari area aku dok ni. Dgn harapan dpt penuhi hasrat ayahku. Tapi entah mengapa tak ada jodoh. Aku redha ja. Dan aku ditakdirkan bertemu dgn bf aku.
Aku taktahu mcm mna terjadi. Semua jadi dengan sendirinya. Aku akui aku tak dpt nk penuhi kehendak semua orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 08:07 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mystica replied at 1-4-2016 04:21 AM
takpelah tt... ayah tt pun dah bersetuju... bukan tt yg setuju dgn amount tu tp family tt...
aku ...
Ya terima kasih banyak2 ya. Mudah mudahan begitu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 08:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
cepheid replied at 1-4-2016 06:27 AM
Susah jugak dapat ayah dan bf yang berkira. Mau pening kepala jugak nak settle dua-dua. Bahasa tt mc ...
Sememangnya memeningkan.
Aku cuba untuk terima kenyataan, jika ayah aku tetap tak setuju untuk terima..
Alih2 setuju pula dia.
Thanks. Aku cuba karang dlm bentuk yang mudah untuk disampaikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 08:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
toteng replied at 1-4-2016 06:57 AM
Pandangan aku tolak dia.kalau btol dia nak.dia jumpa ayah kau..sebut hantaran berapa.lelaki mcm ni n ...
Aduhh aku sangat berbelah bagi ni
Nk tolak semata2 penuhi kehendak org lain. Tapi kehendak aku sendiri bagaimana pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 08:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
fairy_fairy replied at 1-4-2016 06:59 AM
Good luck jer la sis. Awal2 dah berantakan hubungan anak-ayah pasal takde restu. For sure lepas kahw ...
Komen kau ini buat aku rasa gerun pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 08:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
alieyrina replied at 1-4-2016 07:28 AM
Harap semuanya bejalan lancar buat tt..apa yg penting keberkatan dr allah..kalau letak 8 juta pun xd ...
Mudah mudahan la.
Terima kasih ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2016 08:17 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
4everMore replied at 1-4-2016 07:35 AM
Sis,anggap la ini semua ujian.klu betul sis nk kan bf sis ni,sis bantu lah juga dr segi wang hantrn ...
Cakap kau ni sama macam cakap adikku.
Apa pun aku harap semuanya akan berjalan lancar esok. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|