Pembunuhan Kim Jong-Nam dilakukan dua wanita Vietnam...?TERAKHIR DIKEMASKINI: 15 FEBRUARI 2017
0[url=]inShare[/url]
Polis mengesahkan penahanan seorang suspek dan sedang memburu dua perisik wanita dalam kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un. Mangsa yang maut itu ialah Kim Chol yang sebenarnya Kim Jong-Nam, hidup dalam buangan di Macau dan ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke sana dari Malaysia. Seorang pegawai polis kanan di Bukit Aman memberitahu Oriental Daily, selepas Jong-Nam dibunuh, polis berjaya menahan seorang pemandu teksi di sekitar ibu negara pada petang Isnin yang membawa dua perisik wanita terbabit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang. “Ketika itu, Kim Jong-Nam berada di lobi lapangan terbang dan bersedia memasuki balai pelepasan.
“Tiba-tiba, dua perisik wanita itu menghampirinya, dengan salah seorang menyembur sejenis racun dan seorang lagi menggunakan sapu tangan menutup mulutnya hampir 10 saat, bagi memastikan semburan racun itu memasuki saluran pernafasannya, sebelum meninggalkan tempat itu.” Menurut sumber, dua ejen itu kemudiannya keluar dari lobi lapangan terbang dan segera menaiki sebuah teksi yang sudah menunggu mereka. Akhbar itu melaporkan pemandu teksi itu ditahan hasil siasatan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang. Polis juga mendapati dua ejen itu bukan dari Korea Selatan mahupun Korea Utara, sebaliknya mereka ialah wanita Vietnam. Menurut laporan itu, polis termasuk anggota Cawangan Khas (SB) giat mengesan dua perisik itu. “Polis percaya dua perisik itu diupah sebuah negara bagi melakukan misi kali ini. Polis sudah mengenal pasti semburan racun yang digunakan ejen wanita itu, ia jauh lebih toksik daripada sianida.”-15/2/2017
|