|
Fikiran
Fikiran buntu: tidak dapat memikirkan sesuatu kerana tiada idea.
Fikiran kolot: fikiran yang ketinggalan zaman.
Fikiran sempit: fikiran yang cetek.
Fikiran tajam: cepat faham akan sesuatu.
Fikiran terbuka: sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan, pembaharuan dan sebagainya.
Fikiran terganggu: sakit jiwa atau otak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila
Gila angau: sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.
Gila babi: penyakit sawan babi.
Gila bahasa: orang yang tidak panjang fikirannya.
Gila bayang: ingin akan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh.
Gila bayang-bayang: berhajatkan sesuatu yang mustahil.
Gila-gila air: kurang sihat ingatan (fikiran).
Gila-gila bahasa: kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).
Gila harta: sentiasa mementingkan harta kekayaan.
Gila isim: gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.
Gila judi: orang yang suka bermain judi.
Gila kuasa: sangat ingin mendapat kuasa.
Gila pangkat: sentiasa ingin mendapat pangkat.
Gila perempuan: lelaki yang suka melihat atau sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.
Gila talak: teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.
Gila urat: sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak tekak
anak telinga
anak kandung
anak tiri
anak buah
anak pokok
anak manja
anak pungut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
::ANAK::
Anak angkat - Anak orang lain yang dianggap / dijadikan seperti anak sendiri
Anak bapa - Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga
Anak beranak - Sekeluarga
Anak buah - Orang yang di bawah jagaan seorang ketua
Anak buangan - Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga
Anak cucu - Keturunan; zuriat
Anak dara - Gadis yang belum berkahwin
Anak dayung - Orang yang mendayung perahu
Anak emas - Anak kesayangan
Anak haram - Anak luar nikah
Anak kembar - Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan
Anak sulung - Anak yang tertua atau pertama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
all mouth and no trousers : no action, talk only
butter wouldn't melt in mouth : nampak innocent tapi sebenarnya hati tak berapa nak baik
down in the mouth : nampak unhappy atau depressed
foam at the mouth : sangat marah
live from hand to mouth : kais pagi makan pagi....
make mouth water : terliuq
put money where mouth is : cakap serupa bikin
take words out of mouth : bila someone bercakap sebijik apa yang korang nak cakap
say a mouthful : cakap berjela
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ajuDK at 16-8-2017 04:11 PM
Mabuk
Mabuk laut
Mabuk kepayang
Mabuk darah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makan
Makan Angin
Maksud: Berehat atau bersiar-siar.
Contoh Ayat: Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu.
Makan Angkat
Maksud: Orang yang suka dipuji.
Contoh Ayat: Pembantu rumah saya makan angkat, kalau dipuji semakin rajin dia bekerja.
Makan Beradap
Maksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).
Contoh Ayat: Mak Andak menemankan pengantin semasa makan beradap.
Makan Berdamai
Maksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).
Makan Besar
Maksud: Mengadakan jamuan.
Contoh Ayat: Jemputlah ke rumah kerana ada makan besar petang ini.
Makan Budi = Termakan Budi
Maksud: Menerima pertolongan orang.
Contoh Ayat: Akibat termakan budi pak ciknya, Zali dipaksa berkahwin dengan sepupunya.
Makan Bunga
Maksud: Mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan.
Contoh Ayat: Ceti itu makan bunga dengan mengenakan kadar faedah 20% daripada jumlah wang yang dipinjam. |
|
|
|
|
|
|
|
panjang:-
Panjang langkah-bebas tanpa halangan
Panjang akal-bijak
panjang tangan-suka mengambil hak orang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ANGKAT
Angkat Mata
Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.
Angkat Muka
Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.
Angkat Nama
Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian. |
|
|
|
|
|
|
|
BURUK
Buruk Laku
Maksud: Kelakuan tidak senonoh.
Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat.
Buruk Makan
Maksud: Pelahap.
Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja.
Buruk Mulut
Maksud: Percakapan yang kasar.
Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.
Buruk Perut
Maksud: Kuat makan.
Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HATI
berat hati - enggan, tak sampai hati
hati panas - marah
kecil hati - tersinggung
buah hati - kekasih
hati perut - perasaan
hati batu - degil dan sukar menerima nasihat
iri hati - cemburu
isi hati - perasaan yang terpendam
lembut hati - baik hati
besar hati - bergembira
mencuit hati - perkara yang lucu
murah hati - suka menderma , tidak kedekut
panas hati - perasaan marah
putih hati - hati yang bersih
sampai hati - tergamak melakukan sesuatu perkara
tawar hati - tidak mempunyai minat lagi
terang hati - mudah memahami sesuatu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kaki
Kaki arak: orang yang suka, ketagihan, atau kuat minum minuman keras seperti arak.
Kaki ayam: tidak beralas kaki
Kaki bangku: orang yang tidak pandai bermain bola.
Kaki botol: orang yang kuat minum minuman keras.
Kaki buli: orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
Kaki gaduh: orang yang suka bergaduh.
Kaki gunung: di bahagian permulaan gunung.
Kaki judi: orang yang suka bermain judi.
Kaki langit: langit di bahagian bawah.
Kaki lima: bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
Kaki rambu: orang yang suka merayau.
Kaki umpat: orang yang suka mengumpat orang.
Kaki wayang: orang yang suka menonton wayang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Langkah
Langkah baik: waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik.
Langkah bendul: adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Langkah kanan: bernasib baik.
Langkah kiri: tidak bernasib baik.
Langkah seribu: cabut lari dengan cepat kerana ketakutan.
Langkah sumbang: cara atau perbuatan yang tidak betul.
Lidah
Lidah bercabang: percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.
Lidah keras: tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
Lidah panjang: suka menghasut.
Lidah pendeta: kata-kata hikmat yang dituturkan oleh bijak pandai.
Lidah tak bertulang: mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alah
Alah sabung, menang sorak.
Alah membeli, menang memakai.
Alah bisa, tegal biasa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau
-Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.
-Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
-Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.
-Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
-Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
-Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|